MB Johor, Osman Sapian letak jawatan

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Menteri Besar Johor, Osman Sapian sudah meletakkan jawatan, berkuatkuasa semalam.

Osman Sapian beri dua surat pada hari semalam, 1 surat kepada Tun M dan 1 surat kepada Sultan Johor.

Sebab-sebab peletakan jawatan itu akan diumumkan nanti. Buat sementara, Johor tidak ada MB. Mungkin akan beri pemangku.

Sementara itu, Mahathir berkata kerajaan mempunyai 3 hingga 4 calon untuk mengisi jawatan menteri besar.

Ikut perjanjian Pakatan Harapan, menteri besar Johor daripada PPBM.

Perkembangan ini menyusuli desas-desus mengenai penukaran menteri besar Johor yang mengiringi pertemuannya dengan Mahathir semalam.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan arahan untuk menukar menteri besar sudah lama diberikan.

Tunku Ismail mengingatkan kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak sultan.

Osman dipilih menjadi menteri besar Johor ke-16 pada 12 Mei 2018.

Dewan Muda Johor (DMJ) mahu Menteri Besar, Datuk Osman Sapian mengambil langkah berjiwa besar melepaskan jawatannya de­ngan cara terhormat, jika benar spekulasi beliau akan ditukar.

Menurut DMJ, cara begitu adalah lebih baik dan terpuji untuk Osman daripada membiarkan negeri ini terus diheret dalam kancah politik dalaman yang sememangnya bakal me­rugikan rakyat dan Johor jika spekulasi itu dibiar.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!