Assalamualaikum dan salam 1Dunia, walaupun ramai blogger yang kata saja suka-suka berblog tak fikir pasal income tapi ramai juga yang hari pertama buat blog dah cari code iklan samada nuffnang, innity atau adverlets juga adsense. Jujur aku pun sama tapi mungkin matlamat berbeza.
Pada awalan berblog aku letak iklan advertlets bukan nak income sebab tahu trafik tak banyak tapi lebih nak cantikan blog. Kan bila ada iklan tu nampak berwarna-warni sikit blog yang putih ni. Tapi setelah berbulan claim income yang tak sampai RM300 tak dapat-dapat aku pun berubah angin. Bukan merajuk tapi mungkin tak sesuai je. Aku berubah ke Nuffnang tapi tak pernah ikut komuniti onlinenya apatah lagi event jadi status forever biasa sahaja dan income pun tak lepas RM100.
Seronok baca komen di entri Nuffnang di blog kak jie. Kak Jie ambil masa 2 tahun untuk letak iklan pertama di blognya. Kita baru setahun jagung berblog dah letak iklan dan bising sana bising sini tak dapat income.
Aku memang tak pernah nak fokus pada iklan malah jarang sangat jual ruang iklan kerana takut tak ada prestasi. Setuju seperti nasihat Kak Jie kita bina nama dan jenama baru fokus pada iklan itu pun bagi blogger yang nak cari online income. Blog denaihati masih dalam proses membina jenama dan perjalanan masih jauh untuk mencari masa yang paling sesuai untuk meletak iklan di blog.
91 Comments
simpan iklan blog nampak warna warni…cantik…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
letak iklan nampak cantik blog…
betul tu sirna, baru ada semangat nak baca…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
blum pede pasang iklan,,
masih Newbe :p
Curahan rasa Bun No Ichi @ ..Link Adf.ly Diblokir Mediafire
kat nuffnang ada di terangkan secara tperinci…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
iklan skrg pun dah macam2 ada…pening jugak nak pilih mn satu
Curahan rasa Patrick Star @ ..Betul Betul Ohsem! Salar De Uyuni – Cermin Terbesar Di Dunia
yalah bro…banyak sgat pilihan…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Comments are closed.