Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
alhamdulillah team Denaihati telah dijemput untuk menghadiri rakaman rancangan realiti TV yang baru diberi nama Manhajj Mutawwif. Rancangan ini merupakan inisiatif untuk mendidik dalam masa yang sama mencari Mutawwif yang akan dapat membimbing jemaah yang mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah.
Rancangan ini ditayangkan di Saluran Astro Oasis 106 dan Astro Maya HD 135. Ada 10 episod secara keseluruhan. Apa yang menarik, 8 peserta yang terlibat dalam rancangan ini, walaupun disingkirkan, tetap akan meneruskan pembelajaran yang disediakan oleh pihak pengelola.
Mutawwif memikul tanggungjawab yang berat
Seorang Mutawwif memikul tanggungjawab yang berat iaitu bukan sekadar menjaga kebajikan jemaah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, bahkan, seorang Mutawwif yang baik akan dapat membimbing, memberikan pengajaran, menyatakan kisah sejarah dan banyak lagi.
Setiap lokasi penting di kota Madinah dan kota Mekah ada kisah sejarah yang penting untuk kita pelajari dan mengambil iktibar. Terutamanya kisah-kisah melibatkan Baginda Rasullullah s.a.w dan para Sahabat r.a. Kisah-kisah ini andai diceritakan semasa membuat lawatan ke lokasi-lokasi itu, akan memberikan impak yang lebih mendalam.
Manhajj Mutawwif membaca jemaah bersama Mutawwif ke pelbagai peringkat
Dalam rancangan realiti TV ini, ada beberapa peringkat yang berbeza yang dilalui oleh para peserta. Ini sekaligus memberikan pendidikan secara langsung kepada para penonton, apa yang berlaku dalam proses mengerjakan ibadat umrah. Masalah-masalah yang mungkin timbul semasa mengerjakan umrah dan yang berkaitan akan diselesaikan dengan penerangan oleh para peserta yang terlibat.
Persembahan dan cara para peserta berkomunikasi dan menerangkan jawapan untuk permasalahan itu akan dinilai dan dikritik oleh juri-juri profesional yang telah dipilih untuk mengadili rancangan kali ini.
Ada banyak ilmu-ilmu yang mungkin tidak pernah terfikir dalam minda akan dapat dipelajari hanya dengan menonton rancangan Manhajj Mutawwif di saluran Astro 106 atau 135.
Menyelami pengalaman sebelum pergi ke Tanah Suci
Rancangan Manhajj Mutawwif ini, membawa semua penonton untuk mengalami dan memahami proses bagaimana ibadat Umrah ini dilakukan, bermula dari awal hingga tamat. Memang tidak pernah lagi rancangan TV yang memberikan pengalaman sebegini hebat kepada penonton.
Keunikan ini memberikan rancangan Manhajj Mutawwif ini kualiti yang tiada tolok bandingnya. Ucapan tahniah kepada krew dan semua yang terlibat dalam menjayakan rancangan TV yang istimewa ini. Sama-sama kita menonton rancangan ini dan memasang azam untuk menunaikan Umrah juga pada tahun ini atau tahun mendatang.
Boleh rujuk FB Page – Manhajj Mutawwif untuk maklumat siaran dan info-info lanjut yang berkaitan dengan rancangan Manhajj Mutawwif 2018 ini.
32 Comments
serius kata, Keunikan ini memberikan rancangan Manhajj Mutawwif ini kualiti yang tiada tolok bandingnya.
mutawwif ni individu penting yang bantu jemaah di tanah suci.. kalau ada apa apa masalah rujuk mereka shj
yup, begitu lah tugas mutawif semasa kita di tanah suci. Bukan tugas yg mudah
menarik konsep nya.. belum pernah kita jumpa lagi ni.. mutawwif pun penting juga kerjannya
ni dah nak masuk musim kedua. musim pertams pun konsep yg sama kalu tak silap la
Program apa kah ini? Semoga membawa kebaikan dan bukan sekadar melepas batuk di tangga. Rakyat jelata dahagakan bimbingan agaman
Curahan rasa nasa azman @ ..Pinjaman Perumahan Bank Mudah Lulus Jika 5 Perkara Ini Cantik!
program pencarian mutawwif musim kedua ni. memang bagus program macam ni. tak banyak
belum pernah ada program tv yg macam ni. sebelum ini kita selalu cari pendakwah muda sahaja.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Jual Barang di Shopee
program yang penuh maanfaat dan ilmu bagi kita semua,.program macam nie jangan sampai berhenti harus bisa menjalan nya terus.,:)
ya. patut di teruska program yg melahirka individu bijak pandai mcm ni..
ilmu ilmu sebegini la yang patut dipersembahkan di kaca TV berbanding program yang merepek dan lagha
Astro sentiasa buat program yang ikut selera masyarakat terkini. Agaknya sebab sekarang ni ramai pergi umrah
Dan nak buat program umrah sendiri. jadi keluarlah program baru ni
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..12 Tempat Menarik Di Melaka Waktu Malam? Rugi tidur awal di hotel!
mungkin jugalah. belanja untuk pergi umrah makin murah. ramai yg nak ke sana. sebab tu program mcm ni dianjurkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kalis Kasih Tv3
belanja makin murah satu hal. Fasiliti persediaan nak ke san makin power, tu ramai ke sana skang ni
Program sebegini la pstu diperbanyakkan . nak nak dengan keadaan zaman yg serba mencabar ini kan
Bagus ASTRO ni buat program realiti, tapi hasilnya biarlah benar benar memberi manfaat kepada penonton.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Biasanya program keagamaan mcm ni dpt sambutan. walaupun sambutannya tak sehebat program hiburan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kalis Kasih Tv3
walaupun tak sehebat sambutan program hiburan, tetapi terasa seronok menonton program sebegini kan
Memang mendapat sambutan tapi masih tak menyeluruh. ada yang tahu ada yang tak htahu
Hasil drp progra ini mungkin lebih kepada input ttg ilmu tunaikan umrah atau ttg mutawif.
Rancangan Manhajj Mutawwif diharap menjadi platform terbaik bagi persediaan setiap orang yang ingin menjadi mutawwif. Pencarian mutawwif terunggul insya-Allah akan membantu meningkatkan pendedahan dan kefahaman para jemaah haji.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Diharap bakal mutawwif yang memenangi program ini akn diserap masuk kekompeni sbg mutawif muda
Rancangan ini merupakan inisiatif untuk mendidik dalam masa yang sama mencari Mutawwif yang akan dapat membimbing jemaah yang mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah.
Program yang penuh dengan ilmu yang bermanfaat untuk semua. Memang patut diteruskan program begini kan. Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi makumat ini.
Curahan rasa Ira @ ..Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil
Ada program program terbitan ASTRO yang sudah tidak diteruskan lagi, barangkali kurang sambutan atau hasilnya tidak memuaskan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pembantu Penguasa Kastam WK19
Ada saja program baru muncul untuk tarik penonton. Kalau berkualiti memang patut di teruskan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Jerawat Batu Banyak Sebab 7 Makanan ini! Elak Makan & Hilangkan Parut Dengan Cepat!
Ada penonton komplen, hadiah yang diberi tak setinggi program realiti hiburan, kita harus faham ganjaran bukan objektif utama program seperti ini.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Guna Wang Orang Lain Untuk Jadi Kaya
Orang yang komplen tolong lah sponsor. Belajar meniaga sampai jadi kaya raya.
Yang sponsor pun peniaga juga. Kalau ramai orang suka rancangan agama. Mesti ramai nak sponsor kan.
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pencuci Muka Terbaik DIY Di Rumah! Ada 4 Resepi Yang Berkesan
untuk program agama, pasti ada yg komplen. bila hadiah terlalu tinggi, nanti cakap cuba nak jual agama pulak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Jual Barang di Shopee
tapi bila prhram hiburan dapt hadiah ratus ribu, tak pe lak kan..iskh iskh
bagusnya rancangan melayu terbitan astro ni, mereka seimbangkan hiburan dan program agama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kalis Kasih Tv3
Setuju YB! Setiap rancangan berkualiti, berilmu seperti ini, perlu diberi dana utk terus diadakn
Comments are closed.