Manhajj Mutawwif – rancangan pencarian mutawwif terunggul

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

alhamdulillah team Denaihati telah dijemput untuk menghadiri rakaman rancangan realiti TV yang baru diberi nama Manhajj Mutawwif. Rancangan ini merupakan inisiatif untuk mendidik dalam masa yang sama mencari Mutawwif yang akan dapat membimbing jemaah yang mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah.

Rancangan ini ditayangkan di Saluran Astro Oasis 106 dan Astro Maya HD 135. Ada 10 episod secara keseluruhan. Apa yang menarik, 8 peserta yang terlibat dalam rancangan ini, walaupun disingkirkan, tetap akan meneruskan pembelajaran yang disediakan oleh pihak pengelola.

Pencarian Mutawwif Terunggul

Mutawwif memikul tanggungjawab yang berat

Seorang Mutawwif memikul tanggungjawab yang berat iaitu bukan sekadar menjaga kebajikan jemaah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, bahkan, seorang Mutawwif yang baik akan dapat membimbing, memberikan pengajaran, menyatakan kisah sejarah dan banyak lagi.

Setiap lokasi penting di kota Madinah dan kota Mekah ada kisah sejarah yang penting untuk kita pelajari dan mengambil iktibar. Terutamanya kisah-kisah melibatkan Baginda Rasullullah s.a.w dan para Sahabat r.a. Kisah-kisah ini andai diceritakan semasa membuat lawatan ke lokasi-lokasi itu, akan memberikan impak yang lebih mendalam.

barisan peserta yang menyertai rancangan ini
barisan peserta yang menyertai rancangan ini

Manhajj Mutawwif membaca jemaah bersama Mutawwif ke pelbagai peringkat

Dalam rancangan realiti TV ini, ada beberapa peringkat yang berbeza yang dilalui oleh para peserta. Ini sekaligus memberikan pendidikan secara langsung kepada para penonton, apa yang berlaku dalam proses mengerjakan ibadat umrah. Masalah-masalah yang mungkin timbul semasa mengerjakan umrah dan yang berkaitan akan diselesaikan dengan penerangan oleh para peserta yang terlibat.

Persembahan dan cara para peserta berkomunikasi dan menerangkan jawapan untuk permasalahan itu akan dinilai dan dikritik oleh juri-juri profesional yang telah dipilih untuk mengadili rancangan kali ini.

Ada banyak ilmu-ilmu yang mungkin tidak pernah terfikir dalam minda akan dapat dipelajari hanya dengan menonton rancangan Manhajj Mutawwif di saluran Astro 106 atau 135.

Pentas Manhajj Mutawwif 2018
Pentas rakaman di UNISEL, Bestary Jaya

Menyelami pengalaman sebelum pergi ke Tanah Suci

Rancangan Manhajj Mutawwif ini, membawa semua penonton untuk mengalami dan memahami proses bagaimana ibadat Umrah ini dilakukan, bermula dari awal hingga tamat. Memang tidak pernah lagi rancangan TV yang memberikan pengalaman sebegini hebat kepada penonton.

Keunikan ini memberikan rancangan Manhajj Mutawwif ini kualiti yang tiada tolok bandingnya. Ucapan tahniah kepada krew dan semua yang terlibat dalam menjayakan rancangan TV yang istimewa ini. Sama-sama kita menonton rancangan ini dan memasang azam untuk menunaikan Umrah juga pada tahun ini atau tahun mendatang.

Boleh rujuk FB Page – Manhajj Mutawwif untuk maklumat siaran dan info-info lanjut yang berkaitan dengan rancangan Manhajj Mutawwif 2018 ini.


Spread the love

32 Comments

  1. Rancangan Manhajj Mutawwif diharap menjadi platform terbaik bagi persediaan setiap orang yang ingin menjadi mutawwif. Pencarian mutawwif terunggul insya-Allah akan membantu meningkatkan pendedahan dan kefahaman para jemaah haji.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa AmeerMy Profile

    1. Rancangan ini merupakan inisiatif untuk mendidik dalam masa yang sama mencari Mutawwif yang akan dapat membimbing jemaah yang mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!