Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Masih ingat lagi program Manhajj Mutawwif?
Program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan pembaharuan dan elemen segar. Penerbitnya, Ustaz Abd Halim Ikhsan beritahu semua yang musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara. Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa.
Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya.
Angkat martabat mutawwif
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat juga berlangsung pada 28 Oktober 2018 yang lalu. Ia dihadiri oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.
Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang.
Program Manhajj Mutawwif yang berdurasi selama satu jam setengah itu akan mula dijadualkan tayangannya pada 25 Januari 2019 di Astro Oasis dan Astro Maya. Manhajj musim pertama yang bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi..
Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).
Muat turun aplikasi Manhajj Mutawwif secara percuma
Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada umat Islam di negara ini dalam permasalahan ibadah umrah.
Aplikasi tersebut berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.
Aplikasi Manhajj turut menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha menambah ilmu pengetahuan. Muat turun segera aplikasi Manhajj Mutawwif di play.google.com/manhajj
Manfaat ilmu di dalam aplikasi Manhajj Mutawwif
Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. Ia merupakan satu langkah atau pendekatan yang diambil Manhajj Mutawwiff bagi membantu bakal jemaah untuk mempersiapkan diri menunaikan umrah.
Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan di samping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj.
Antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community.
Gambar-gambar juga boleh dimuat turun melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan jemaah umrah.
“Aplikasi Manhajj juga mempunyai ‘panic button’ sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah apabila kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci.
Pada masa sama, pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah,” Ustaz Abdul Halim Ikhsan
Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan apabila menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian dan paling istimewa mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah. Pelbagai informasi menarik turut dibekalkan kepada pengguna di mana Aplikasi Manhajj dibangunkan selama empat bulan termasuk merangka dan menyediakan isi kandungan aplikasi.
Kepada yang ingin menunaikan ibadah umrah dan juga haji, ilmu pengetahuan amatlah penting dipelajari bagi memudahkan urusan di kemudian hari. Manhajj Mutawwif salah satu platform untuk anda lebih selesa mendalami ilmu dan seterusnya dapat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
Rindu suasana Masjidil Haram? Tonton video di bawah.
32 Comments
Bagusnya program ini sebab akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa
Tak sabar nak menonton mutawwif musim ke dua ni Mesti lagi menarik dan lagi banyak info baru yang berguna utk ke tanah Suci
Ha banyak info kan. Pertandingan pula di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bagus program macam ni kan. Kena cepat cepat install apps tu. Bagus sangat jika ingin menunaikan umrah nanti.
Ha, persediaan awal juga ni sebelum menunaikan umrah. Belajar sikit sikit amalan yang dibuat semasa umrah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Program yang berunsur dakwah seperti ini bagus untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali masyarakat
meang sangat bagus program sebegini kan. Pihak TV perlu lebih banyak siarkan program sebegini
Sepatutnya program yang bercorak islamik perlu diperbanyakkan di negara kita
Tak de lah asyik hiburan yang lagha saja
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Pastinya lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Hadiah lumayan yang disediakan dalam program ini secara tidak langsung dapat menarik minat penonton untuk terus mengikuti program ini pada setiap episod..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Bagus program macam ni.. Saya sokong supaya program ini dapat diteruskan sampai bila-bila, sebab lebih baik berbanding program realiti Tv berbentuk hiburan..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
InsyaAllah apps Manhaj ni sangat banyak membantu jemaah dalam menunaikan ibadah. Nak guna apps ni pun senang je..takdelah komplikated sangat.
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Apps yang mudah senang lah orang awam nak guna. Tak yah nak complicated sangat.
Bagus program macam ni bukan. CN dah install apps tu. Bagus sangat jika ingin menunaikan umrah nanti.
bila dah ada app macam ni, urusan jemaah semakin lancar. senang nak cari info dan panduan.. restoran terdekat pun ada
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Ha, apps ni sebenarnya untuk memudah cara pengguna kan. So, kalau semua lengkap disitu je senang lah
Bagus program macam ni. Kita sokong 100%. Apss tu bagua utk kita utk mengulang ilmu yg dh belajar, tapi kalau utk jadikan pengganti x sesuai sbb ilmu perlu berguru.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Zat Besi Terbaik Untuk Ibu Hamil
Setuju tak jika dikatakan kita kekurangan program yang bersifat keagamaan seperti ini kan
Yup.. apps ni sgt bagus utk bakal yg ke Tanah Suci utk mengulang ilmu yg dh belajar, tapi kalau utk jadikan pengganti x sesuai sbb ilmu perlu berguru.
Alhamdulillah, program yang baik kita sama sama sokong supaya boleh memberi manfaat kepada orang ramai.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Gaji RM3 Ribu Beli 4 Buah Rumah
Alhamdulillah. benda baik kena sebar-sebarkan kepada kawan-kawan. Barulah mencapai hajat penciptaan apps ni kan.
Curahan rasa JMR @ ..Annual Dinner 2018 di Feast, Hotel Sheraton P.J
Alhamdulillah. Manhajj Mutawwif musim kedua tampil dengan aplikasi android yang akan memberi pendedahan dan bimbingan kepada orang ramai. Semoga usaha murni mewujudkan aplikasi ini mendapat ganjaran sebaiknya di sisi Ilahi.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Tak sabr nak menonton Mutawwif musim kedua. Dah tak lama lagi rasanya akan ke udara
Jadi tidak perlu lagi bawa buku kecil panduan umrah. Sekarang semuanya guna HP sahaja. Tapi harapnya aplikasi ini sebagai tambahan untuk mengingatkan ilmu sahaja selepas berguru secara berdepan dengan guru. Perlu juga berguru dengan guru betul untuk mengambil berkat. Kemudian gunakan aplikasi ini sebagai ingatan jika terlupa ilmu yang dipelajari.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Bagaimana Bina Content Media Sosial Untuk Naikkan Follower Dan Menjual
ya. sebelum ini ramai yang bawa buku kecil untuk panduan. sekarang semuanya lengkap dalam telefon. bila dah ada app macam ni bertambah senang.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Dunia makin canggih. Dengan smartphone je, macam macam ilmu dan maklumat boleh di simpan
Ye, semua ni boleh dicari dgn apps ni .LAgi senang. Mesra pengguna. tua muda pasti mudah menggunakannya nnt
Aplikasi ini bisa digunakan untuk umum kah Bang? Kalau saya lihat bagus aplikasinya untuk panduan dalam menjalankan ibadah umroh.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Sejak Ganti Akses Internet Tercepat di Dunia, Warkop Modern Ini Langsung Rame Pengunjung
ya bisa di guna untuk umum. di masa akan datang perusahaan akan kerjasama dengan berbagai syarikat umrah nusantara.
Curahan rasa denaihati @ ..Debit kad BigPay fasiliti macam kredit kad
Bila dah bekerjasam dengan syarikat umrah senusantara, mesti lagi best apps ni. Lagi banyak info dan features
Comments are closed.