Manhajj Mutawwif Musim Kedua tampil dengan Aplikasi Android

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih ingat lagi program Manhajj Mutawwif?

Program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan pembaharuan dan elemen segar. Penerbitnya, Ustaz Abd Halim Ikhsan beritahu semua yang musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara. Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa.

Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya.

Angkat martabat mutawwif

Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat juga berlangsung pada 28 Oktober 2018 yang lalu. Ia dihadiri oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang.

Program Manhajj Mutawwif yang berdurasi selama satu jam setengah itu akan mula dijadualkan tayangannya pada 25 Januari 2019 di Astro Oasis dan Astro Maya. Manhajj musim pertama yang bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi..

Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).

Muat turun aplikasi Manhajj Mutawwif secara percuma

Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada umat Islam di negara ini dalam permasalahan ibadah umrah.

Aplikasi tersebut berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.

Aplikasi Manhajj turut menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha menambah ilmu pengetahuan. Muat turun segera aplikasi Manhajj Mutawwif di play.google.com/manhajj

Manfaat ilmu di dalam aplikasi Manhajj Mutawwif

Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. Ia merupakan satu langkah atau pendekatan yang diambil Manhajj Mutawwiff bagi membantu bakal jemaah untuk mempersiapkan diri menunaikan umrah.

Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan di samping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj.

Antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community.

Gambar-gambar juga boleh dimuat turun melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan jemaah umrah.

“Aplikasi Manhajj juga mempunyai ‘panic button’ sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah apabila kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci.

Pada masa sama, pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah,” Ustaz Abdul Halim Ikhsan

Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan apabila menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian dan paling istimewa mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah. Pelbagai informasi menarik turut dibekalkan kepada pengguna di mana Aplikasi Manhajj dibangunkan selama empat bulan termasuk merangka dan menyediakan isi kandungan aplikasi.

Kepada yang ingin menunaikan ibadah umrah dan juga haji, ilmu pengetahuan amatlah penting dipelajari bagi memudahkan urusan di kemudian hari. Manhajj Mutawwif salah satu platform untuk anda lebih selesa mendalami ilmu dan seterusnya dapat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Rindu suasana Masjidil Haram? Tonton video di bawah.


Spread the love

32 Comments

  1. Tak sabar nak menonton mutawwif musim ke dua ni Mesti lagi menarik dan lagi banyak info baru yang berguna utk ke tanah Suci

    1. Yup.. apps ni sgt bagus utk bakal yg ke Tanah Suci utk mengulang ilmu yg dh belajar, tapi kalau utk jadikan pengganti x sesuai sbb ilmu perlu berguru.

  2. Alhamdulillah. Manhajj Mutawwif musim kedua tampil dengan aplikasi android yang akan memberi pendedahan dan bimbingan kepada orang ramai. Semoga usaha murni mewujudkan aplikasi ini mendapat ganjaran sebaiknya di sisi Ilahi.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik AmeerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!