Manfaatkan Masa Yang Ada, Dunia Ini Hanyalah Sementara

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kawan saya bercerita, bahawa dunia ini hanyalah sementara sambil memberi contoh yang sangat-sangat membuatkan saya sentap. Saya kongsikan serba sedikit cerita beliau.

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi ready nak pergi solat Subuh.

Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok Whatsapp, Telegram. Update dulu ucapan selamat pagi di Facebook, Instagram, dab Twitter. Bila subuh dah nak habis, baru cepat-cepat lari pergi ambil wudhuk.

Ada orang dah bangun tapi tidur balik. Ada orang subuh memang tak bangun-bangun.

Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma’thurat, mengaji dan sebagainya. Ada orang lepas solat subuh, dia terus main phone, atau tengok tv dulu. Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik. Ada orang, subuh gajah pun tak bangun lagi.

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.

Baca : Sikap Yang Perlu Dicontohi Apabila Ditimpa Ujian Atau Musibah

Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar sahaja, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang buat benda yang sama.

Ada orang, dia tak buat apa-apa pun sepanjang hari, cuma duduk tengok tv, main game atau lepak dengan kawan-kawan.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.

Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang-sorang, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.

Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang.

Masing-masing memainkan watak tanpa disuruh oleh siapa-siapa. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut.

Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang. Ada orang akan mati ketika dia khusyuk main game. Ada orang yang akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi. Dan ada orang yang mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad ending kah, atau happy ending ?

Ternyata, semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yang mesia-siakan selama ini.

Tup tupp bila mati, menyesal tidak henti.

Ingatlah wahai sahabat Syurgaku, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up ! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan dah untuk kita ke syurga.

Baca : Allah Turunkan Ujian Dalam Pelbagai Bentuk Dan Waktu Yang Berbeza

Oleh itu, MANFAATKAN LAH MASA YANG MASIH ADA. JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN.

Moga kita sempat bertaubat sebelum terlambat. Aminn <3

Semoga bermanfaat. Sila share 🙂


Spread the love

One Comment

  1. Bila baca sahaja perenggan pertama, bagai kilat menyambar peringatan untuk muhasabah diri. Masa yang ada di dunia ini hanya sementara yang sewajarnya diisi dengan amalan bermanfaat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!