Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah mengembara ceruk rantau merata dunia antaranya kembara Eropah, kembara New Zealand, kembara Palestin dan kembara Turki aku sangat bersyukur dipilih oleh ALLAH untuk dilahirkan di Tanah Tumpah Darahku, MALAYSIA yang terlalu banyak tempat menarik.
Di tanah bertuah inilah aku dilahirkan di sebuah rumah usang di dalam kebun getah di kampung yang jauh pendalaman tanpa kemudahan asas, mandi air perigi, berlampukan pelita minyak tanah dan masak dapur kayu api. Hari ini segalanya sudah berubah kampung tersebut dilengkapi dengan berbagai kemudahan asas cuma semakin sepi kerana anak-anak kampung ramai yang berhijrah ke bandar mengejar rezeki.
Di tanah tercinta inilah aku menuntut ilmu berjalan kaki di jalan tanah merah berdebu menuju ke sekolah rendah yang jaraknya empat batu dari rumah. Alhamdulillah dengan kuota anak kampung pendalaman aku berjaya melanjutkan pelajaran sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh meninggalkan keluarga buat pertama kali. Menjadi seorang murid yang sederhana pandai aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran keluar negara tetapi memilih untuk belajar di universiti tempatan. Menjadi kumpulan pelajar pertama yang tidak mendapat biasiswa yang ditukar kepada pinjaman tetapi alhamdulillah berkat usaha dapat juga diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 75%.
Di tanah penuh berkat inilah aku mencari rezeki setelah tamat pengajian dengan memulakan pekerjaan sebagai pembantu penyelidik di universiti tempat aku belajar. Mungkin bukan rezeki aku disitu akhirnya aku terpaksa berhijrah penjadi eksekutif pemasaran di sebuah syarikat Ali Baba. Walaupun hanya setahun bekerja tetapi di syarikat ini aku diberi peluang untuk keluar negara buat kali pertama iaitu bercuti di Pulau Phuket. Demi untuk berbakti kepada masyarakat aku berhijrah bekerja ke Jabatan Kerajaan selama enam tahun sebelum berhijrah ke Badan Berkanun selama tiga tahun. Dunia pekerjaan terakhir aku adalah bekerja dengan syarikat konglomerat yang terkenal merata dunia selama lebih kurang tiga tahun. Segala ilmu dan pengalaman gerih perih selama aku berkerja lebih 14 tahun aku gunakan untuk berniaga sendiri. Rupanya berniaga sendiri indah khabar dari rupa, lebih teruk dari aku sangkakan terpaksa kerja siang malam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Dulu semasa bekerja paling malas bekerja cukup bulan pasti anda gaji yang masuk ke dalam akaun.
Di sinilah lahirnya sebuah cinta apabila aku berkahwin dengan isteri pada usia 25 tahun setelah gagal dengan beberapa cinta monyet. Kami melalui berbagai pengalaman susah susah susah senang hidup bersuami isteri sehingga lahir enam orang cahaya mata dengan seorang telah dijemput ALLAH lebih awal. Bertahun-tahun isteri dan anak ditinggalkan di rumah kekadang berjumpa beberapa jam sahaja sehari itupun di kala malam waktu tidur, tanpa ada hari minggu seperti keluarga yang lain demi mencari kesenangan. Pernah juga akau merantau di negara orang meninggalkan keluarga bertahun-tahun demi mengejar cita-cita untuk menjadi insan berjaya. Tetapi itu semua sudah menjadi sebuah kenangan dan pengalaman yang terlalu mahal nialinya.
Tiada apa yang nak aku banggakan dengan prestasi kehidupan setakat ini selagi belum dapat membalas jasa kepada Tanah Tumpah Darahku yang telah banyak berjasa memberi berbagai peluang kehidupan kerana semua itu belum pasti ada di negara-negara yang lain. Semuga aku, keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan aku sehingga hari kiamat bakal menjadi manusia yang sentiasa berbakti bukan sahaja kepada Tanah Tumpah Darah kami, Malaysia malahan memberi manafaat kepada seluruh alam.
Pernah dulu ku fikirkan, Tanpa Malaysia tak mengapa, Bila aku pergi jauh baru ku rasakan, Sunyinya di hati, Baru kini ku tahu, Nilai cintamu … Malaysia.
Luahkan perasaan anda untuk bumi bertuah … Malaysia Tanah Tumpah Darah Kita …. wangian yang hilang di Timur jauh.
620 Comments
Awal berkahwin ye..dikurniakan dengan anak yang ramai..di tunggu oleh anak di pintu syurga..mengembara keliling dunia..indahnya kan?tetapi Malaysia tetapi dihati ye
Curahan rasa nord @ ..Kebaikan Protein Soya Kepada Tubuh Badan
Awal berkahwin ye..dikurniakan dengan anak yang ramai..di tunggu oleh anak di pintu syurga..mengembara keliling dunia..indahnya kan?
Curahan rasa nord @ ..Kebaikan Protein Soya Kepada Tubuh Badan
Awa berkahwin ye..dikurniakan dengan anak yang ramai..di tunggu oleh anak di pintu syurga..mengembara keliling dunia..indahnya kan?
Curahan rasa nord @ ..Kebaikan Protein Soya Kepada Tubuh Badan
malaysia mungkin tak secantik eropah. tapi kaya dengan adat dan budaya. malaysia lain dr yg lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Malaysia menjadi negara yang disegani oleh negara luar kerana kita memiliki pemimpin yang berkaliber seperti Tun Dr. mahathir, bapa pemodenan yang banyak membawa nama Malaysia ke persada dunia
Kita patut rasa bertuah dan bangga dengan negara tercinta Malaysia, sebuah negara yang unik walaupun berbilang kaum, bangsa, agama. Tapi dapat hidup bersatu padu dalam satu negara
Kita bertuah kerana pernah mempunyai seorang pemimpin yang sangat berkaliber seperti Tun Dr Mahathir… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Malaysia semakin maju.
tapi rakyatnya segelintir masih lagi tidak ke hadapan.
ada yang tak mahu ubah nasib diri. sekadar menunggu rezeki jatuh dari langit.
tak ada usaha sendiri. moga ada perubahan buat kita untuk sama2 majukan negara.
Curahan rasa sekilass @ ..Sudah seminggu berlalu. Rindu pula rasanya.
Betul tuan..bila berada di luar Malaysia, baru kita tahu nikmat hidup di Malaysia yang aman damai..
Curahan rasa JMR23 @ ..Maaf menggangu. Boleh bantu saya RM2000 hari ni?
Ya, betul…sangat bertuah tinggal di bumi Malaysia ni…bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri…tapi, baik lagi di negeri sendiri…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
kita semua harus bertimbangrasa, bersatu-padu untuk terus memakmurkan negara kita yang tercinta ni..kalau masih nak ada sifat perkauman,memang makin parahlah perpaduan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Semoga suatu masa nanti ada sesuatu yang boleh saya sumbangkan pada negara saya sendiri.
In sha Allah, adalah menjadi amanah kita untuk memakmurkan tanah air kita yang tercinta. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
siapa lagi yang boleh sumbangakan sesuatu pada malaysia kalau bukan rayat sendiri
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau tuan DH kata tiada apa yang beliau dah lakukan pada tanah air, saya yang baru nak kenal masalah kehidupan ni lagilah tiada jasa pada negara.
akhirnya negaraku merdeka lagi..selamat hari malaysia walaupun sudah lama tarikh ini telah berlalu.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Suburkan sifat patriotisme dalam diri, semoga keamanan dan kesejahteraan Malaysia akan terus berkekalan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Sekiranya ktia semua tidak bersatu, sudah pasti Malaysia akan menjadi kucar-kacir.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Pada masa itu, musuh-musuh dari luar sudah pasti akan senang menakluki tanah air.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memurnikan kelestarian dan keharmonian negara. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk membuktikan cinta kita kepada Malaysia ialah membeli produk Malaysia.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
kita memiliki pemikir terulung melayu iaitu
Tun Dr M , segala yang diperkatakan dan dilakukan menjadikan Malaysia sebuah negara yg disegani oleh negara luar
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Program Diploma Muzik UPSI
Betul tu tun mahathir sebagai bapa pemodenan malaysia dah banyak membawa nama malaysia ke persada dunia. Kita bangga ada pemimpin sepertinya di malaysia.
memang setuju sangat..pemikiran beliau memang memandang ke masa hadapan demi kepentingan rakyat Malaysia..hasil idea beliau telah membuat pembangunan di negara kita dibuat secara sistematik
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Sebabtu kita bangga ada tun M sebagai pemimpin dulu. Banyak jasanya pada Malaysia. Tak kurang juga pemimpin pemimpin lain. Jangan sesekali kita lupakan mereka.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
setiap pemimpin ada corak pemikiran yang berlainan ada fokus dan perancangan mereka yang tersendiri
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Benar. Kita sebagai rakyat seharusnya memberikan kerjasama dan padu yang tinggi kepada barisan pemimpin demi memastikan keamanan negara terjaga.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
mana-mana perdana menteri bila sandang jawatan berat mereka akan memandang masalah agama, sosial dan pelbagai hal ke hadapan semua inginkan yang terbaikkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Usah menjadi kelompok manusia yang suka mengkucar-kacirkan keadaan. Paduan yang jitu harus ditonjolkan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
mereka antara yang terbaik dalam mentadbir Malaysia jadi kita perlu berterima kasih kepada pemimpin seperti ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
nikmat kemakmurahan limpahan rezeki dugaan yang mendatang semua kita akan hadapi cara bersatu hati selalukan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
yup betul ! Yang pasti jasa mereka untuk negara tak boleh kita lupakan .
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
Benar. Kita harus mensyukuri nikmat keamanan yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
mensyukuri nikmat yang kita miliki sekarang ini .. Malaysia sebuah negara aman dan damai serta membangun
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Program Diploma Muzik UPSI
Betul. Kalau tengok negara lain, makanan pun tak cukup. Ada yang berperang bom sana sini. Kita ni dah kira okelay dah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
Bila kita keluar dari zon selesa dan melihat kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat lain, pasti terbit rasa insaf dan syukur dalam diri.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Bila tengok orang lain tak ada makanan, kita yang dah ada makanan tak seharusnya membazir makanan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Selain itu, sebelum kita merungut makanan yang kita makan, fikir dahulu saudara-saudara kita yang langsung tak ada makanan untuk dimakan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
betul sangat…bab membazir makanan yang tak patut diamalkan..kene ingat orang lain yang tak mampu makan sedap macam kita ni
betul..kita patut bersyukur yang kita dilahirkan dan dibesarkan di negara aman dan membangun…dengan ada pemimpian yang berjiwa rakyat
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
bersyukurlah dengan kehidupan bumi yang bertuah lagi aman ini.itupun masih ada yang suka buat kekacauan lagi
alhamdulillah negaraku merdeka lagi semua yang nikmati hari ini kerana pejuang-pejuang yang benar-benar cintakan tanah melayu
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
di bumi ini kita lahirkan hinggalah dari kemajuan yang membanggakan harap ia akan kekal hingga anak cucu cicit pada masa – masa akan datang
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
orang melayu harus hargai tanah sendiri jangan bagi bangsa lain membeli bumi kita hasil nenek moyang kita tinggalkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Benar. Kita sebagai rakyat harus terus memurnikan Malaysia dengan membuat sumbangan kepada orang lain.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
ada suka ada tidak apa kita haruslah menjaga keamanan negara ini bersama-sama jangan pentingkan diri sendiri dan terlalu emosi
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Suka atau tiddak, kita sebagai anak malaysia memang menjadi tanggungjawab malah kewajipan kita untuk menjaga keamanan negara.
Ego dalam diri harus dibuang jauh-jauh. Jangan menjadi hamba emosi.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Berusaha menjadi rakyat kelas minda pertama dan sama-sama bekerjasama memakmurkan Tanah Air.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Tanpa sokongan yang padu dari semua, sudah pasti Malaysia akan mundur dan tidak maju.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Sesungguhnya nikmat keamanan yang Allah kurniakan kepada kita ini tak ternilai harganya.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Comments are closed.