Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
acara besar untuk blogger dan penggiat sosial media iaitu Malaysia Social Media Week (MSMW) bagi tahun 2017 telah berlangsung pada 8 dan 9 November 2017. Pada tahun ini, acara berlangsung di dewan Manhattan, Berjaya Times Square. Pelbagai syarikat, persatuan mahupun individu yang hadir saban tahun dan tim Denaihati tidak terkecuali untuk menghadiri hadir bersama 1000 peserta yang lain.
Program ini dianjurkan Social Media Chambers dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kesihatan. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Apa yang menarik pada setiap tahun, MSMW pasti menyajikan input-input serta perkongsian ilmu terbaru dari ahli panel dalam dan luar negara.
Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan
Seperti edisi MSMW terdahulu, persidangan kebangsaan ini menghubungkan individu-individu mengenai kandungan dan perbualan mengenai trend yang muncul dalam media sosial. Media sosial secara dramatiknya telah mengubah cara kita berfikir dan bertindak.
Apa yang menarik mengenai media sosial adalah bahawa ia adalah alat pemasaran viral yang berpatutan dan berpengaruh pada zaman digital ini. Namun kita perlu mengawal bagaimana untuk menggunakannya secara berhati-hati.
Perkongsian menarik oleh ahli panel dan moderator MSMW2017 membawakan beberapa tajuk menarik :
Sesi 1 : Bagaimana mengenalpasti dan membendung gejala ‘buli siber’ ?
Sesi 2 : Cara pintar untuk gunakan digital dan media sosial untuk mempertingkatkan jualan
Sesi 3 : Membina E-Commerce Kelas Dunia
Sesi 4 : Chatbots
Sesi 5 : Trend Sosial terbesar pada 2017 & 2018 dan Berapa jauh ia akan pergi?
Sesi 6 : Membentuk Media Berita Menuju Teknologi Digital & Cabarannya
Ilmu Perlu Ada pada Penggiat Media Sosial
Tidak dapat dinafikan lagi, majoriti kehidupan manusia sudah bergantung dengan media sosial. Contohnya kita dapat lihat bagaimana keadaan apabila aplikasi ‘Whatsapp’ yang mempunyai masalah tidak berfungsi dan juga aplikasi Facebook juga pernah mengalami masalah yang sama.
Kita juga tidak terkecuali dengan menerima dan melihat berita-berita dan juga kiriman di media sosial yang belum tentu kesahihannya. Oleh itu, sebelum kita menerjah ke dalam isu viral dalam media sosial, mulakan dengan membaca, menonton dan mendengar. Teruskan dengan mengumpulkan maklumat penting, menganalisis dan menyuarakannya secara bijak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberikan penghormatan apabila menerima Anugerah Kepimpinan Global sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2017.
Datuk Seri Najib diberikan anugerah tersebut berdasarkan pembabitan aktifnya dalam media sosial khususnya di Facebook dan Twitter. Selain Perdana Menteri, selebriti terkenal, Zizan Razak turut dipilih sebagai Ikon Media Sosial Malaysia 2017.
Malaysia Social Media Week (MSMW) kini bukanlah lagi sekadar acara tahunan, tetapi ia telah menjadi satu penggerak kepada industri media sosial. Moga rakan blogger dan penggiat media sosial terus menimba ilmu dengan sebaiknya bagi memanfaatkannya dalam kehidupan.
25 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like it
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Pada tahun ni MSMW tak ada buat contest ke seperti tahun-tahun sebelum ini?
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Memang best andai dapat hadir timba ilmu terutama yang ada kaitan dengan SOCMED ni .. dalam zaman sekarang kena bijak ambil peluang dalam SOCMED .. baru boleh berkembang.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..5 Kesalahan Penggunaan Jam Tangan Pria Ini Bikin Gaya Lho Gak Banget Deh!
Saya pun kalau ada peluang atau kesempatan memang nak hadir.. tapi sayangnya selalu buat masa waktu bekerja.. huhuhu..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
teringin juga nak join… dulu pernah dapat jemputan. tapi bila dah lama menyepi tak tau lah ada semangat ke tidak nak join nie.
ada 1000 peserta.
begitu ramai sekali.
pengaruh mereka amat kuat dan sangat bagus untuk membina jenama dalam perniagaan.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Menyelesaikan Hutang Keliling Pinggang
1000 peserta merupakan bilangan yang dikira cukup ramai untuk event macam ni.. memang bebaloi siapa yang dapat hadir
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
ni la masanya utk sosial media influencer cipta nama. supaya mereka mendapat pengiktirafan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 4
Comments are closed.