Malaysia Social Media Week 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 2011 aku tak join Malaysia Social Media Week walaupun dijemput tapi tahun ini macam teringin pulak nak join “Malaysia Social Media Week 2012“.  Seperti yang Ariffshah cakaplah pergi bukan nak glamour tapi nak menambah network dan menambah Rakan Blogger, memang terasa selepas join test drive Honda Insight. Masih teringah bila Benashaari peluk aku pada hari kedua test drive walaupun dah bersama lebih daripada 36 jam … almaklumlah walaupun dah lama berblogging boleh kira dengan jari berapa orang je Rakan Blogger yang dah bertemu bersua muka.

Selain World Bloggers and Social Media Award yang blog Denaihati join bawah katogeri Best of the Best Blog ada banyak lagi aktiviti antaranya 2nd World Bloggers and Social Media Summit yang akan dihadiri oleh VIP Blogger seperti Tun Dr Mahathir bersama ribuan Blogger dari lebih 10 buah negara. Insyallah ada rezeki aku akan bawa team Denaihati untuk ikut serta program yang hebat ini. Siapa lagi nak meriahkan acara kalau bukan kita para Blogger.

Nak ucapankan jutaan terima kasih kepada semua yang dah vote blog Denaihati macam tak percaya je boleh mengatasi blog hebat Emilayusof.com beberapa kali walaupun seminit dua jadi no 1 untuk Best of the Best Blog terasa sungguh gembiranya. Semasa entri ini ditulis blog Denaihati masih no 2.

Cara mengundi

Cara menilaian : Judging criteria is based on 20% popularity level, 15% site or blog content, 5% design and layout, 5% ethics and effectiveness and 50% public poll and online voting.

Untuk dapatkan update informasi terkini World Bloggers and Social Media Summit 2012 sila follow Facebook dan Twitter penganjur.


Spread the love

234 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!