Malaysia #QuranHour : 9 Budaya Membina Tamadun

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinergi bergabung untuk meneruskan misi Malaysia #QuranHour 1439H / 2018M sempena Hari Kebangsaan ke 61.

Aktiviti berinteraksi dengan Al Quran melalui baca, faham dan amal ini julung kali diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 Shah Alam pada 30 Ogos ini bermula jam 10.30 pagi hingga 1 petang.

Malaysia #QuranHour kali ke 4 ini bertemakan “9 Budaya Membina Tamadun” yang diambil daripada Surah Al Naml. Surah tersebut menjadi kesinambungan penghayatan Surah Al Hujurat bagi World #QuranHour pada 7 Jun lau, iaitu dari sebuah pemupukan sahsiah diri dan etika sosial kepada kaedah membangan tamdun dalam membina sistem pentadbiran sesebuah keluarga, komuniti, organisasi dan negara.

Antara intipati daripada surah An Naml melalui kisah Nabi Daud A.S. dan Nabi Sulaiman A.S. ialah pertingkatkan ilmu pengetahuan, pembentukan , perkadaran generasi pelapis, mengoprimumkan potensi diri dan sumber, tadbir urus yang baik, latihan dan syukur sebagai pelonjak upaya motivasi, disiplin dan ketegasan, mempunyai visi dan misi, tepat dalam membuat keputusan, dan bermesyuarat untuk menegakkan kebenaran.

Malaysia #QuranHour kali ini memfokuskan pembinaan tamadun Malaysia melalui pembentukan kerangka fikir dan tindakan golongan pemimpin dan masyarakat berbilang kaum berpandukan Al Quran, selaras dengan prinsip Rukun Negara dan #SayangiMalaysiaku

Malaysia #QuranHour 1439H / 2018M dinaungi oleh JAKIM dan dianjurkan oleh Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Rumah Ngaji, Majlis Dakwah Negara, AKademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd dan Takaful Ikhlas Berhad.

Lokasi Malaysia #QuranHour akan diadakan di seluruh negara dan di luar negara termasuk di tanah suci oleh rakyat Malaysi dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pelajaran pada hari tersebut.

Gerakan kempen #QuranHour serta doa dari Mekah, diharapkan ia dapat mempercepatkan gelombang Al Quran ke seluruh dunia, seterusnya kita mencapai negara Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur atau negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.

Jemaah diajak bertadabbur surah Al Hajj yang mengambil ibrah kisah Nabi Ibrahim A.S. dan keluarganya. Ia juga menceritakan pensyariatan ibadah korban dan menyantuni orang susah di kalangan fakir dan miskin di Kota Mekah. Ibadah korban datang daripada jiwa dermawan yang diberi kesenangan dalam kehidupan.

Dijemput beramai-ramai untuk sama-sama membaca Surah Al-Naml, mendengar tadabbur dan kemudian kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Jangan lupa janji temu kita:
30 Ogos, 10.30 pagi – 1 tengahari
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan di lokasi-lokasi berhampiran anda.

Daftar lokasi hotspot di: bit.ly/MQH1439H

Bawa bersama Al-Quran terjemahan. Kepada mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah lakukannya di lokasi masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook.com/WorldQuranHour dan laman sesawang www.worldquranhour.com


Spread the love

27 Comments

    1. Ya, Islam adalah agama yang hebat. Patut bersyukur dengan semua nikmat ini. Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang benar

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!