Malaysia jangan jadi seperti Itali dan Switzerland negara paling terkesan oleh Covid-19

Spread the love

Pagi Jumaat 18 Mac lalu, saya telah memuat naik satu update jumlah kes Covid untuk hari sebelumnya.

Masa itu, jumlah kes Covid seluruh dunia ialah 220,097 manakala 8,982 orang terkorban.

Tiga hari kemudian 21 Mac, jumlah kes seluruh dunia telah naik 86,580 kes dan telah mencecah 306,677 dengan 13,017 orang terkorban.

covid-19-dunia-18-mac

Enam buah negara dalam dunia telah mencecah jumlah 20,000 kes.

Negara Amerika Syarikat menjadi negara dengan jumlah kes ketiga terbanyak dalam dunia manakala jumlah kematian 4,825
di Itali telah jauh melebihi negara China.

Jumlah kes di Itali kini ialah 53,578 dan ianya menjadi negara paling terkesan oleh Covid di mana satu orang dari setiap 1,100 penduduk telah disahkan positif.

covid-19-dunia-21-mac
3 hari kemudian

21 Mac, Itali mencatat 6,557 kes baru dengan 793 nyawa terkorban.

Negara Switzerland yang saiz penduduknya agak rendah dengan 8.6 juta orang adalah negara kedua paling terkesan Satu orang dari setiap 1,250 penduduk Switzerland telah dijangkit.

Keadaan Covid di Iran nampaknya mula menunjukkan sedikit kemajuan kerana jumlah kes tidak lagi semakin meningkat. Malah ianya mula menunjukkan trend menurun.

Iran telah melaksanakan langkah yang amat drastik termasuk menghentikan solat Jumaat dan acara umum sejak 23 Feb dan larangan berkurung yang amat ketat dengan bantuan tentera sejak13 Mac.

Dengan ini, Rakyat Malaysia patut memahami dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di negara-negara lain.

Kita mesti terus ambil serius perintah kawalan kerajaan ini.Kita tiada pilihan kerana peluang hanya sekali sahaja.

Kita perlu memberi kerjasama penuh dengan mematuhi perintah kawalan untuk duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak untuk keluar serta mengamalkan tabiat menjarakkan diri dari orang sekeliling semasa di luar rumah dalam tempoh kritikal ini.

Kita juga perlu menggalakkan sesiapa yang percaya mereka telah terdedah kepada risiko Covid untuk berhubung dengan Kementerian Kesihatan dengan segera.

DS Najib Razak


Spread the love

4 Comments

  1. risau sangat bila ramai yang tidak ambil peduli arahan kerajaan…hope lepas tentera turut terlibat, orang ramai tidak lagi berkumpul beramai-ramai

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!