Makin gila! Lelaki itu tembak jemaah di Masjid Christchurch sambil buat live streaming

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Polis New Zealand telah mengesahkan kejadian tembakan rambang yang berlaku di Masjid Al Noor di Deans Ave, Christchurch. Seramai 27 orang setakat ini dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian yang sangat mengejutkan itu.

Ketika kejadian terdapat lebih kurang 400 orang jemaah di dalam masjid dan penembak rambang tersebut dilihat menembak mereka yang sedang berusaha melarikan diri. Beberapa mangsa dilihat sedang cuba melarikan diri sebelum ditembak bertubi-tubi.

Penembak rambang, yang dikenalpasti sebagai Brenton Tarrant 28 tahun juga telah menyiarkan tembakan tersebut secara siaran langsung di akaun YouTube dan Facebooknya.

Polis menasihatkan untuk semua penduduk berhampiran untuk menjauhi kawasan masjid buat sementara waktu untuk keselamatan.

Video yang tular menujukkan seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah masjid di New Zealand.

Seorang rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

Menerusi kemaskini Twitter akaun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Welington, mangsa dilaporkan cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter beliau.

Malah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

Pasukan kriket Bangladesh berada di sekitar kejadian itu tetapi semua pemain selamat, kata jurulatih pasukan kepada media. Alhamdulillah.

Apa agaknya motif kejadian sehingga berlaku kepada umat islam di New Zealand? Sama sama kita doakan InshaAllah dan nantikan keadaan terkini rakyat Malaysia dalam serangan pengganas Christchurch ini.


Spread the love

8 Comments

  1. Allahuakhbar! Semoga si pelaku mndapat azab dan balasan yg setimpal dari Allah. Sedih melihat kekejaman yg dibuat ke atas saudara sendiri

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!