Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, baru-baru ini negara digemparkan dengan berita status muflis raja pecut Watson Nyambek kerana gagal melunaskan hutang dengan bank RM100 ribu yang digunakan untuk merawat mendiang ayah beliau. Sebelum berita ini tersiar rakan Jemaah Bisnis Denaihati telah beberapa kali bertemu dengan Watson Nyambek berbincang bagaimana kami dapat membantu beliau dan keluargamenjana pendapatan kedua selain sibuk menjadi jurulatih kepada bakal pelari pecut yang baru.
Apabila berita muflis keluar di media masa kami telah bertindak secara proaktif dengan mempertemukan berbagai pihak di Majlis Makan Malam Gabungan Program Usahawan Asia Herbal Biotech dan NASEC bersama Watson Nyambek dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak. Selain menyerahkan sumbangan tunai kepada Watson Nyambek bagi meringankan bebanan ekonomi perbincangan yang lebih serious telah dijalankan untuk membantu ekonomi beliau dengan merancang cara terbaik untuk menjana income kedua.
Jemaah Bisnis Denaihati akan membantu Watson Nyambek dalam jangka masa panjang untuk menjana pendapatan kedua tanpa menganggu tugasan sebagai jurulatih. Apabila kita mengetahui cara pasti perancangan akan menjadi lebih murah. Cuma semua tidak datang dengan mudah kerana perniagaan pasti ada pahit getirnya tetapi akan jadi lebih ringan apabila dibuat berjemaah.
Semuga Watson Nyambek yang masih memegang rekod 100 meter Malaysia selama 18 tahun dapat menjana pendapatan kedua untuk membayar hutang bank yang masih tertunggak. Doakan semua.
No related posts.
77 Comments
harap ramai yang tampil membantu watson nyambek.. satu lagi nilai murni yang dilakukan oleh team DH
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Suami Tanpa Cinta di Astro Ria
kita juga mengharapkan bantuan yang diberikan oleh team Denaihati ini dapat membantu Watson dalam menyelesaikan kemelut kewangan
sungguh tidak disangka dalam usaha mendapatkan rawatan yang terbaik terpaksa pula menanggung beban yang berat ini.
semoga usaha murni ini berterusan dan dapat membantu mana-mana insan lain yang memerlukan.
Satu lagi perkara positif yang dilakukan oleh Jemaah Denai Hati.Semoga segala usaha yang mereka lakukan akan menjadi contoh kepada orang ramai.
usaha ini pastinya membuka mata banyak pihak khususnya dalam arena sukan tanah air mengenai sumbangan yang pernah diberikan
Curahan rasa yangbaik @ ..Belian Pertama di Zalora
Alhamdulillah ada team DH yang sanggup membantu Watson menjana pendapatan bagi menjelaskan hutang bank yang tertunggak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ambil Lebih Karotenoid Bagus untuk Kesihatan Mata
Apa yang dilakukan oleh team DH seakan memberikan sebilah kapak kepada Watson Nyambek untuk digunakan bagi mencari rwzeki tambahan..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
semoga beliau berjaya bebas dari hutang dapat dapat jalani kehidupan seperti org lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM
Bukan senang juga nak dapat peluang sebegini. Watson Nyambek juga merupakan satu nama besar yang pernah mengharum nama negara
Curahan rasa yangbaik @ ..Belian Pertama di Zalora
Watson Nyambek juga dibantu oleh team jemaah bisnes denaihati..
ini memang satu usaha yang baik. sekurang-kurangnya beliau masih dapat membantu meningkatkan sukan negara dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah kewangan.
lepas ni team denaihati boleh juga membantu orang lain yang banyak mengharumkan nama negara di persada antarabangsa ni..
Curahan rasa zool @ ..Selesai PTPTN, Daftar FIt Malaysia Melaka, Setup Scanner iSCan di Windows 7
Ya betul tu… Perlu ada pihak yang membantu masalah kewangan beliau… Supaya beliau dapat fokus untuk membantu meningkatkan sukan negara…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
wah…watson nyambek! tak lupa raja pecut yang mencipta sejarah ini. moga beliau terus maju dalam arena ini.
Curahan rasa siti hazreen @ ..Kemasukan Ke Program Pengajian Siswazah 2016/2017 Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Ingat lagi… Semasa zaman kemuncak pelari pecut 100m.. Persaingan hebat masa tu diantara Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim… kalau tak silap saya.. Kalau salah, tolong perbetulkan…. Tapi masa tu, berita tentang sukan ini banyak menghiasi akhbar dan media..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
lama tak dengar cerita pasal raja pecut malaysia ni. apa pun, terbaiklah team Jemaah Bisnis Denaihati. pantas di dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. semoga rezeki abam denaihati semakin melimpah ruah. amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Pengantin lelaki ditumbuk sebab duit hantaran tak cukup.
Amin… Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Team Denaihati…. Semakin banyak kita membantu orang…. In Shaa Allah, rezeki kita akan semakin bertambah…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Semoga usaha tuan diberkati Allah. Pendapatan yang kedua. Semoga pahala pihak tuan terus mengalir.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..25 things that make me happy
Semoga usaha Jemaah Bisnes Denaihati untuk membantu Watson Nyambek mempunyai pendapatamn kedua berjaya dilaksanakan..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Wajah Watson Nyambek sekarang agak berbeza berbanding semasa beliau bergelar Atlet… Kalau terjumpa dekat Kuching, mesti saya tak kenal punya..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
usaha Team Denaihati menemukan Watson Nyambek dengan beberapa pihak untuk membantu beliau, harus di puji… Tahniah!!
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Semoga dengan usaha ini dapat menarik lebih ramai lagi sukarelawan untuk membantu mereka yang memerlukan..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Walaupun beliau bukan seagama namun keprihatinan team DH harus dipuji kerana bertimbang rasa kepada bangsa lain
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ambil Lebih Karotenoid Bagus untuk Kesihatan Mata
Lama tak ikuti pekembangan bekas raja Pecut Negara ni… Semoga beliau dapat membantu negara melahirkan lebih ramai raja pecut seperti beliau…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Bagus usaha yang dibuat oleh team denaihati. Semoga usaha murni ini akan dapat membantu beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Mac 2016
Sungguh mulia apa yang telah dilakukan Jemaah Bisnis Denaihati yang membantu Watson Nyambek. Semoga Jemaah Bisnis Denaihati semakin sukses.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Dinamika Saat Menjual Rumah
Usaha yang patut dicontohi. Bantu membantu sesama yang memerlukan amalan yang mulai.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Mac 2016
diisytihar muflis adalah salah satu perkara yg paling menakutkan.. semoga beliau dpt melunaskan hutang..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Beli Barang di Lazada
Betul tu. Semoga perkara ni tak terjadi juga kepada diri kita. Jika dah jadi kena usaha agar perkara ni dapat di’bersihkan’ .
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Mac 2016
Comments are closed.