Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Kopi yang boleh hilangkan letih dan mengatuk segera“. Kali ni Abang nak kongsi cerita tragedi durian musang king, mesti ramai sukakan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini selepas meraikan majlis walimatul urus anak sahabat di Teras Jenang kami gerak ke Restoran Patin Temerloh Bandar Baru Bangi, bukanlah tak cukup makan tapi nak tapau untuk makan malam. Dah terlanjur ke Bangi ambil peluang sebab Abang memang suka dengan masakan Pati Tempoyak di sini.
Madam sudah sebut banyak kali teringin nak makan durian dan sudah banyak kali diulang-ulang permintaan. Terbayang durian warna kuning dengan biji kesep, memang terliur. Lebih tiga bulam juga kami tidak menjamah durian sebab bukan musimnya.
Keluar daripada kawasan Restoran Patin Temerloh ternampak ada beberapa gerai menjual durian di tepi jalan, kami pun berhenti dengan harapan setinggi gunung. Kawasan ini memang terkenal tempat menjual durian di Bandar Baru Bangi. Tertulis besar di papan tanda, durian kampung dan durian D88. Toke yang menjual, gaya bahasa seperti orang seberang tunjuk durian musang king dan durian udang merah.
Memang menjadi kebiasaan kami makan durian di gerai durian tak bawa balik ke rumah. Bukan apa kalau tak elok boleh lansung tukar. Sudah banyak kali kejadian bila bawa balik rumah, duriannya sangat mengecewakan terutama digerai-gerai yang tidak biasa beli.
Abang minta dia bukakan durian musang king, apabila dibelah nampak lain macam, warna berbeza dan ulas durian lain sangat. Abang beritahu dia, saya biasa makan durian musang king, terus je dia kata ini musang king grade B.
Bila madam pegang je ulas durian, benyek macam kualiti sudah dua tiga hari. Abang malas nak komplen terus minta dia bukakan durian udang merah. Tengok warna pun tak menyakinkan dengan nama. Tapi terfikir madam nak makan, ok kan jugalah.
Bila buka durian udang merah, kualiti lagi teruk. Toke yakinkan ini durian baru. Abang tak mahu bertegang leher, tanya berapa harga dia kata RM35 sekilo. Mahal sangat berbanding dengan kualiti. Abang bayar, selamba sahaja toke tu ambik, dan kami berlalu dari situ tanpa menghabiskan durian-durian yang telah dibuka. Dalam kereta Abang cakap pada madam kalau toke ini betul-betul bagus pasti dia tidak ambik duit yang kita bayar atau pun berusaha tukar dengan durian yang berkualiti.
Teringat tahun lepas Abang dan tetamu dari Indonesia singgah Gerai Durian SS2, toke tu tak nak jual pada Abang sebab kualiti tak bagus. Dia tahu Abang mengunjung tetap jadi dia tidak mahu kami kecewa dengan kualiti dan tak datang lagi. Gerai Durian SS2 punyalah ramai pelanggan sampai tak cukup meja tapi tempat yang Abang singgah di Bangi sunyi sepi. Bezakan!
Kami memang pengemar durian Malaysia terutama Durian Musang King, Durian Tracka, Durian Black Thorn dan Durian Hor Lor sehingga sanggup bayar mahal janji kualiti bagus, bukan nak makan banyak pun dapat dua tiga ulas dah cukup. Punyalah selalu makan bolehlah kenal jenis-jenis durian dan beza rasa setiap durian.
Jadi penjual durian tidak bolehlah nak menipu pelanggan yang semakin bijak memilih.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
63 Comments
Peniaga jenis macam ini tak fikirkan keuntungan jangka masa panjang. Fikirkan untung setakat itu ajelah.
Kita yang dah ditipu inipun confirm tak datang lagi pastu war-warkan pada kawan-kawan hah! tengok siapa yang rugi sebenarnya.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Achilles Tendonitis
Saya memang takut nak beli durian mahal2 ni, takut kena tipu, tp selalunya kalau nak bawak balikpun minta toke belah dulu, tengok isi dulu dan rasa dulu, puas hati baru bayar..
Curahan rasa mus @ ..Tempat Menarik Terbaik Negeri Pahang Seronok Sungguh Berada Di sini
Tak lama lagi bulan puasa akan tiba, boleh nilaikan kejujuran peniaga di bazar ramadan menerusi makanan yang dijualnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Uber Percuma Untuk Anda
Saya berharap semoga semua peniaga di Bazar Ramadhan boleh berniaga secara jujur… Kena ingat dosa dan pahala sepanjang berniaga di Bulan yang penuh dengan kemuliaan..
Curahan rasa Anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
Nampaknya si penjual lebih pentingkan duit dari durian yang dijual. Lepas ni belum tentu pelanggan akan datang membeli lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftar Uber
Betul tu!! Sebab tu berniaga tak berkat… Pelanggan datang sekali makan terus rasa tertipu dan tak nak datang lagi dah lepas tu…
Curahan rasa Anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
Yang lebih menyedihkan… Bukan setakat tak nak datang lagi… Malah pelanggan yang dah pernah datang tak teringin pun nak promosikan kedai tu kepada kawan-kawan lain…
Curahan rasa Anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
Siap kena tulis dalam blog lagi… Habis viral sampai satu Malaysia boleh tahu… Huhuhu…
Curahan rasa Anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
bukan stakat tak promot, kena kutuk pulak tu.. haih… setiap hari tauke tersedak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis SHH I Love You di Tv3
itu lah.. pelanggan semua lari.. sampai bila nak harapkan pelanggan baru. itu kesan menipu dlm berniaga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Menanti Februari di Tv3
berniaga tak jujur, rezeki tak berkat.. walaupun laku tapi tak happy.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Menanti Februari di Tv3
Pasti yang dah terkena takkan datang beli lagi kalau kualiti yang diberi jauh dari yang diharapkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftar Uber
Isteri dan anak-anak saya dah tak sabar menunggu.. bila agaknya musim durian akan kembali?
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
Macam dah lama betul tak ada musim durian.. terutamanya di Kampung saya.. dekat Kampung Gajah Perak..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
Bila lama sangat tak ada musim durian inilah jadinya..
Akan ada pihak yang cuba ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
Macam mana lah nak dapat rezeki yang berkat.. kalau menipu macam ni…. huhuhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
Bila rezeki tak berkat, perniagaan pun tak boleh nak berkembang… Pelanggan akan lari.. Hidup susah hati…
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
ape je yang tak kena tipu sekarang ni.. beli karipap pun inti angin. haih..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Menanti Februari di Tv3
beli karipap pun orang sanggup Q panjang asbab powernya kuasa viral
Curahan rasa denaihati @ ..Setiap kejadian pasti ada hikmahnya cepat atau lambat
Kalau kita jual sesuatu yang sedap dan disukai ramai… tak mustahil orang sanggup beratur panjang untuk membelinya..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
Yang penting makanan sedap.. orang suka.. dan servis tip top.. barulah boleh jadi viral. Pemasaran percuma dari mulut ke mulut..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
susah la kalau menjadi pennjual yang tidak jujur..
rezeki tidak berkat nanti ..
kalau nak kaya pun ..
kaya secara beretika..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..5 Sebab Saya Suka Blog Denaihati
Setuju sangat.. kita nak berniaga bukan setakat sehari dua.. janga fikir nak untung dalam masa yang singkat.
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
kena fikir untuk jangka masa panjang.. hati pelanggan kena jaga.. sebab pelanggan adalah raja..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
jual durian bermusim..
tak kisah kastemer puas hati atau tidak..
last-last ..
kastemer yang menjadi mangsa
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tawaran Untuk Menjana Duit Di ADhance
Saya ngiler lihat gambar duriannya, meskipun beritanya tentang penipuan tak apa apa lah yang penting bisa hilang dahaga kepengen es durian, haaa
Curahan rasa ali afif @ ..Cerita Dewasa Silat Mandarin Lawas : Sian Li Engcu 2
Rasanya tauke tu dah terdesak sangat nak jual tu.. sbb tu sanggup pusing keluar grade b la.. durian baru la..
buang masa je bertekak dengan org macam ni..
Curahan rasa Mohd Aswad @ ..Kedah – Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan
tengok masih terpacak lagi dia ada kat situ jual durian bila saya lalu kat situ. kesian pada mangsa yang lain, soalnya jual mahal tapi kualiti tak ada.
Curahan rasa denaihati @ ..Tips mendapat ilham dari Malaikat ketika susah
YEA..PENJUAL HANYA PENTINGKAN DUIT MASUK SAHAJA. KALU KITA KENA TIPU PUN TAK KISAH SEBAB PELANGGAN LAIN PULAK MARI.. MEMANG SUSAH NAK JUJUR ZAMAN LO NI..
Curahan rasa nikrohayu @ ..PROMOSI BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
peniaga bermusim memang macam itu tapi ramai penjual durian profesiona tak macam tu siap sediakan tempat duduk yang bagus dan air utk pelanggan. yang datang pulak sangat ramai
Curahan rasa denaihati @ ..Biobax hilangkan sakit dalam masa 10 saat
Musang king, kalau nak kenal kena lihat bahagian bawah durian tu Tuan
.
Ada corak macam bintang
.
Kalau tak ada memang tipu lah
.
Tak payah buka dah tahu
Curahan rasa Mazni & Friend @ ..12 Jenis Sakit Perut Semasa Mengandung & Cara Atasi
betul tu dari luar dah boleh kenal kalau dah buka lagi senang nak kenal warna dan saiz bijinya.
Curahan rasa denaihati @ ..Kopi Codi Cafe menghilangkan keletihan dan mengantuk segera
Wah gitu tega teganya jaman sekarang banyak tipu3, harus pinter2 neh biar gak dibodohi, semoga untuk kedepan abang gak ketipu bang.
Curahan rasa ali afif @ ..Cerita Guru Dewasa Bercinta ; Si KS 5
Bab makanan pun nak tipu.. nak cari keuntungan cepat.. agaknya dia tak tahu kepuasan pelanggan tu la sumber keuntungan yang sebenar..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Senarai 53 Blog Menarik Untuk Blogwalking dan Dilawati
Comments are closed.