Main video game sampai mati

Spread the love

Seorang remaja di Thailand dilaporkan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di komputer miliknya selepas menghabiskan masa bermain permainan video sepanjang malam semasa cuti persekolahannya semalam.

Piyawat Harikun, 17, menghabiskan waktu terluangnya di dalam bilik dengan bermain pelbagai permainan video di komputernya.

Ibu bapanya berkata, remaja itu akan berjaga sepanjang malam dan meneruskan aktiviti tersebut di sebelah siangnya menghabiskan masa dengan komputer di rumahnya di Udon Thani, selatan Thailand.

Mereka akan membawa makanan ke biliknya dan menyuruhnya berhenti, namun remaja itu gagal mengawal ketagihannya.

Terdapat beberapa bungkusan makanan di atas meja dengan botol minuman.

Jaranwit, ayah kepada Piyawat menemui anaknya di dalam bilik pada petang Isnin dan mendapati anaknya tidak sedarkan diri dan jatuh dari kerusi komputer ke lantai.

Pegawai tentera udara itu berkata, terdapat beberapa bungkusan makanan di atas meja dengan botol minuman ditemui dan dia cuba mengejutkan anaknya tetapi sudah meninggal dunia.

“Saya memanggil namanya dan menyuruhnya bangun, tetapi dia tidak menjawab. Saya lihat dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Pihak perubatan yang melakukan pemeriksaan pada mayat berkata, remaja itu meninggal dunia akibat angin ahmar (strok) dipercayai disebabkan bermain komputer secara berterusan sepanjang malam.

Jaranwit mengakui, ketagihan anaknya terhadap permainan video dan memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak-anak melakukan perkara sama.

“Anak saya pintar dan sentiasa hebat di sekolah tetapi dia mempunyai masalah besar dengan ketagihan permainan.

‘Saya cuba memberi amaran kepadanya kerana terlalu lama bermain dan dia berjanji untuk mengurangkannya, tetapi sudah terlambat. Dia telah meninggal dunia sebelum mempunyai peluang untuk berubah.

‘Saya mahu kematian anak saya menjadi contoh dan amaran kepada ibu bapa yang anaknya adalah ketagih permainan. Mereka perlu lebih tegas pada waktu bermain, jika tidak mereka mungkin akan berakhir seperti anak saya,” katanya. – S.Harian


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!