Maharaja Lawak 2011 pilihan denaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tanya samada aku tengok tak Maharaja Lawak dan siapa pilihan hati. Sudah pasti aku layan program Maharaja Lawak produksi ASTRO tapi tak lah sampai kirim SMS. Ada yang kita boleh belajar dari program Maharaja Lawak ini iaitu minda kreatif dan daya tahan mengharungi pertandingan yang lama.

Lihat sahaja JAMBU yang dari awal merupakan antara kumpulan yang menjadi sebutan untuk menjadi johan tetapi di penghujung semakin hilang sengatnya, jenakanya semakin tidak menjadi mana silapnya adakah sudah kekeringan idea kreatif. JOZAN pada awal persembahan dikritik hebat tetapi mampu bangkit memberi kelainan. SEPAH pula pandai membina identiti dengan jenaka syarat dengan budaya Melayu. Paling mencabar adalah NABIL yang bergerak solo cuba menarik perhatian dengan berbagai idea yang mencuit hati.

Nampak mudah tetapi cuba kita sendiri yang mengharungi pertandingan ini pasti kering idea untuk membuat persembahan baru yang berbeza setiap minggu. Kenapa tidak kita belajar dari program Maharaja Lawak 2011 ini untuk kita menjadi manusi yang berjiwa kreatif dan mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi untuk mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. Dalam dunia IT yang pantas kita mesti menjadi sebagaimana peserta Maharaja Lawak akhir yang mindanya sentiasa bergerak mencari idea yang kreatif kerana kalau tidak pasti kita akan ditinggalkan oleh kemajuan yang tidak pernah menoleh ke belakang.

Antara Maharaja Lawak SEPAH, JOZAN, NABIL dan JAMBU siapalah favorite johan Maharaja Lawak 2011 anda? Agak-agak siapa pulak Maharaja lawak pilihan denaihati?

Tahniah kepada SEPAH yang menjadi pemenang Maharaja Lawak 2011. Memang jadi favorite 1Malaysia ni dan layak jadi juara Maharaja Lawak pertama.

71 Comments

  1. apa yg dapat sya rumuskan adalah antara Jozan dan Sepah ..dua2 mmg bagus..cuma lawak Sepah mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat..manakala lawak Jozan lebih ber’seni’ dan lebih kreatif dr Sepah dan hanya segelintir masyarakat je boleh terima lawak mereka
    Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Sweet 17, Memori 1990My Profile

    1. Jenaka Jozan ni urban jadi tak semua masyarakat biasa boleh terima manakala jenaka sepah lebih pada jenaka masyarakat tu yg lebih diterima tapi segi peratusan sms tak lah jauh sgt.

  2. Siapa pun pemenangnya Nabil tetap terhebat sebab solo dan tak perlu teman untuk menghibur penonton. World class. Bak kata Mawi Nabil World….

  3. aku rasa yg menang malam nih ialah jozan, diikuti sepah, jambu dan nabil..

    jozan mmg awal2 macam kureng skit.. tp da nk final nih mmg gler lawakkkkk!!! hehehhheh
    Curahan rasa Paiz @ ..Aku Seorang BloggerMy Profile

  4. mula-mula memang berharap sangat dengan JAMBU tetapi entah kenapa makin lama lawak diorang makin tak menjadi. Betul kata Denaihati, melihat bukan sekadar hiburan tetapi lihatlah kesungguhan mereka menempuh alam pertandingan.
    Curahan rasa cik dara @ ..Kuasa Adiwira Yang KumahuMy Profile

  5. Saya dapat merasakan ramai yang sudah berteka-teki pemenang Maharaja Lawak Akhir. Kalau dilihat perigkat akhirnya hanya seorang pelawak solo yang berjaya bertahan iaitu Nabil dan yang lain adalah lawak berkumpulan. Kalau ikutkan bukan mudah hendak membuat persembahan stand up comedy berbanding berkumpulan kerana ada banyak kepala yang boleh feed dan punch in.

    Walaubagaimana pun keputusan di tangan penonton untuk mengundi pemenang Maharaja Lawak Akhir ini.
    Curahan rasa akubiomed @ ..Keputusan Maharaja Lawak AkhirMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!