Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tanya samada aku tengok tak Maharaja Lawak dan siapa pilihan hati. Sudah pasti aku layan program Maharaja Lawak produksi ASTRO tapi tak lah sampai kirim SMS. Ada yang kita boleh belajar dari program Maharaja Lawak ini iaitu minda kreatif dan daya tahan mengharungi pertandingan yang lama.
Lihat sahaja JAMBU yang dari awal merupakan antara kumpulan yang menjadi sebutan untuk menjadi johan tetapi di penghujung semakin hilang sengatnya, jenakanya semakin tidak menjadi mana silapnya adakah sudah kekeringan idea kreatif. JOZAN pada awal persembahan dikritik hebat tetapi mampu bangkit memberi kelainan. SEPAH pula pandai membina identiti dengan jenaka syarat dengan budaya Melayu. Paling mencabar adalah NABIL yang bergerak solo cuba menarik perhatian dengan berbagai idea yang mencuit hati.
Nampak mudah tetapi cuba kita sendiri yang mengharungi pertandingan ini pasti kering idea untuk membuat persembahan baru yang berbeza setiap minggu. Kenapa tidak kita belajar dari program Maharaja Lawak 2011 ini untuk kita menjadi manusi yang berjiwa kreatif dan mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi untuk mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. Dalam dunia IT yang pantas kita mesti menjadi sebagaimana peserta Maharaja Lawak akhir yang mindanya sentiasa bergerak mencari idea yang kreatif kerana kalau tidak pasti kita akan ditinggalkan oleh kemajuan yang tidak pernah menoleh ke belakang.
Antara Maharaja Lawak SEPAH, JOZAN, NABIL dan JAMBU siapalah favorite johan Maharaja Lawak 2011 anda? Agak-agak siapa pulak Maharaja lawak pilihan denaihati?
Tahniah kepada SEPAH yang menjadi pemenang Maharaja Lawak 2011. Memang jadi favorite 1Malaysia ni dan layak jadi juara Maharaja Lawak pertama.
71 Comments
sepah lebih dekat di hati. tapi malang. saya tak undi 🙂
Curahan rasa syafiq @ ..[Tutorial] Jadikan Blogspot Anda Mesra Mobil
Jozan dengan Sepah terbaik
salah satu tu akan ajdi juara nanti
Curahan rasa wazy @ ..Kelebihan Air Sembahyang
saya pun rasa mcm tu 🙂
Curahan rasa eyra @ ..Respon Ustazah Siti Nor Bahiyah Tentang Lawak Sepah, Siapa JUARA Maharaja Lawak 2011?
Sukar untuk dijangkakan kerana persaingan begitu sengit terutamanya antara JOZAN & SEPAH… ape2 pun sama2lah kita saksikan mlm ni k… Jozan @ sepah sya tak kisah sebab kedua2nya sya suke… hehehehe
Curahan rasa queen @ ..Majlis Cukur Jambul
SM vote for Sepah…. hehehehe… tapi tak pernah sms pun. sokong gitu2 je
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Nora Elena | Babak kesalahan-kesalahan yang tidak disedari
sokong dari jauh, kan> haha
Curahan rasa eyra @ ..Respon Ustazah Siti Nor Bahiyah Tentang Lawak Sepah, Siapa JUARA Maharaja Lawak 2011?
Mad
maharaja lawak mmg best!
harap2 Sepah menang….Baekkk punyeee 🙂
tpi kesian yg tmepat ke-4 tak dpt apa2 nanti sbb hadiah smpai no 3 jek..
Curahan rasa noriz @ ..Johor akan dapat MRT?…. yeaay 🙂
tak pernah tengok… 🙁
Curahan rasa yangbaik @ ..5 blog paling kerap dilawati 2011
Rasa-rasa JoZAN akan juara. diharapkan nabil tak mengecewakan persembahan malam ni.
Curahan rasa afzal laidin @ ..Back to school – bisnes
Dari segi populariti, nampak macam Jozan paling glamer dan lawak Astro mereka antara yg paling menarik setakat ini. Cuma kawe rasa Sepah paling consistent dan Nabil paling sesuai dlm stand up comedy. Since undi melalui penonton, Jozan lah rasanya akan menang. 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Malaysia Lwn Lubnan
harap2 persembahan malam ni lebih lama tempoh berbanding sblom2 ni. tak puas gelak kalau skjp sgt. hehe
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Malas Nak Kemas Katil? Beli Letto Zip! Seminit Saja Sudah Kemas!
Betul2 tp takut kalau lama sangat, nanti peserta akan hilang fokus
Curahan rasa Mat Topup @ ..Selamat Datang Ke Best Topup
semua ada potensi utk menang berdasarkan persembahan keseluruhan.
Jambu pernah mengejutkan semua dgn persembahan mantap.
Jozan dan Sepah ada kekuatan tersendiri.
Nabil keseorangan dgn kreativiti dia.
So, tgk je la mlm nih.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2
aku pilih antara jozan atau sepah berdasarkan prestasi semasa. Tapi kalau nabil dan jambu nak jadi juara..diorang kena buat sesuatu yang berbeza dan mampu bagi orang gelak tanpa henti..
Curahan rasa titan @ ..Yeh!! Malaysia menang lawan Lubnan. (2-1)
nabil dan jambu kena buat sesuatu yang hebat dan kelebihan ada pada mereka kalau dapat buat persembahan awal .takut orang tak sempat undi bila lambat sangat keluar 😛
Btol tu bro. Bukan sng nk bagi org ketawa. Lgpn idea tiap2 minggu kena la lain2. Lainlah kalau standup comedian yg mmg ada show tiap2 minggu mcm Russell Peters yg asyik buat lawak perkauman yang sama tiap2 kali show. Tp padanlah dgn sekali show standup pon beliau berjenaka sampai sejam hingga 2 jam NON-STOP. Huhu.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Malas Nak Kemas Katil? Beli Letto Zip! Seminit Saja Sudah Kemas!
oo lupa nak cakap. Saya pilih Sepah utk final malam ni. hehe
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Malas Nak Kemas Katil? Beli Letto Zip! Seminit Saja Sudah Kemas!
Saya suka Alex tapi dah keluar dah (pernah tgk dia lawak live).
mungkin jozan kot…. 🙂
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Tips to get adsense approved in one day
mcm mana lawak Alex semasa live? spontan ke?
Curahan rasa Mat Topup @ ..Peluang Berniaga Topup
saya pilih SEPAH..
Curahan rasa Anarm @ ..Selamat Hari Bapa, Happy Father’s Day 2011
KA pilih sepah….:)
dafi ada dafi? huhuhuhuu
Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Berapa lama tak guna public phone
Comments are closed.