Luahan Pavithra, “saya maafkan suami”

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Luahan ringkas diberikan Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra “Saya maafkan suami,” berhubung konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami yang menarik perhatian masyarakat seluruh negara, sejak beberapa hari lalu.

Pavithra, 28 tahun, berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku sebaliknya, mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube.

Bercerita lanjut, Pavithra menjelaskan, apa yang berlaku semuanya berkaitan masalah keluarga dan dia sudahpun maafkan suami atas apa yang berlaku.

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat.

Terdahulu, suaminya, M Sugu, 29 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

Sumber: Awani


Spread the love

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!