Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Luahan ringkas diberikan Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra “Saya maafkan suami,” berhubung konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami yang menarik perhatian masyarakat seluruh negara, sejak beberapa hari lalu.
Pavithra, 28 tahun, berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku sebaliknya, mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube.
Bercerita lanjut, Pavithra menjelaskan, apa yang berlaku semuanya berkaitan masalah keluarga dan dia sudahpun maafkan suami atas apa yang berlaku.
“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Dia berkata demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat.
Terdahulu, suaminya, M Sugu, 29 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.
Sumber: Awani
6 Comments
semoga terus tabah, dan teruskan masakan video yang ada , baru nak belajar masakan baru india
Kesian gak tengok diorg ni. Elok elok buat duit. tetiba ada konflik macam ni plak. Betul la, duit ni tak semua boleh beli bahagia kan.
Curahan rasa Laila @ ..Video Di Youtube Sugu Pavithra Dipadamkan. Duit Tidak Boleh Beli Bahagia.
baguslah ada pengakuan maaf begitu..
buang yang keruh dan ambil yang jernih..
semoga kes begini tidak berulang lagi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Meratah ayam penyek Kedey Kamek Metrocity
Cepat dia popular dengan saluran masak masak Youtube, tapi tentera bawang lagi suka dengan kisah rumah tangga beliau.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Langkah Buat Dropship USD 7 Ribu Seminggu
diorang ni dah stress handle fame. netizen pulak buat perangai toxic. kesian pavithra.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Beli UC PUBG Mobile
Kesian dia kan, tapi dia lebih mengetahui baik buruk dan selok belok keluarga dia, terutama suami. Semoga dipermudahkan hidup mereka.
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Ubi Badak Rebus Cicah Gula
Comments are closed.