Assalamualaikum dan Salam dari London, mata memang mengantuk, badan memang letih tapi tak mahu lelap walaupun selepas dinner di Restoran Haandi Knightsbridge tak jauh dari Harrods. Malam pertama di London sempat juga pusing-pusing di Kotaraya London melihat nightlife in London.
Sempat tidur dua jam, jam 4.30 am pagi terjaga lansung tak nak lelap mata ni akibat Jet Lag perubahan masa tujuh jam dari Malaysia memang sangat terasa.
Hari kedua kami lunch di Restoran Melur yang menghidang makanan Malaysia dan Indonesia. Terletak di Edgware Road selang dari beberapa kedai arab yang aku sarapan pagi semalam. Edgware Road ni lebih bagus tukar nama jadi Arab Street sebab banyak sungguh restoran, market dan kedai arab tu tak masuk lagi orang arab yang bersimpang siur.
Macam-macam menu Melayu dan Indonesia ada paling best dapat pekena teh tarik. Rasa makan yang dipesan memang sedap jadi kepada yang nak ke London mesti singgah sini nikmati kelazatan makanannya. Lain kali kalau dah jemu ngeteh kat Shah Alam bolehlah Abang Ensem dan Zarul Umbrella organise ngeteh kat London … heee.
Selepas lunch naik teksi pergi ke The Square Mile London pusat kewangan London. Mengikut seorang teman yang menemani The Square Mile ini adalah kawasan hartanah termahal di dunia. Boleh lah aku ajak Bro Jomhartanah survey prospek kat sini … mampu ke??
Ni antara pemandangan London dari tingkat 21 sebuah menara perniagaan yang terkenal di The Square Mile London yang kami lawati.
Banyak juga bangunan yang cantik di The Square Miles ini gabungan bagunan lama dan baru. Semasa perang dunia ke dua hampir semua bagunan di sini musnah di bom oleh German. Bagunan warna merah ini antara yang cantik dan kreatif.
Trafik di The Square Miles ni pun boleh tahan. Untuk menuju ke Oxford Street kami ambil keputusan untuk naik Tube (keretapi bawah tanah). Kami berjalan ke stesen paling dekat Liverpool Street Station. Boleh tahan besar dan lebih teratur kalau nak dibandingkan di Rome (teringat-ingat pulak kembara di Rome).
Punyalah ramai manusia shopping di Oxford Street. Macam bangsa, rupa dan gaya. Cuaca pun agak sejuk jadi memang seronok duduk ngopi sambil cuci mata melihat simpang siur manusia dengan berbagai ragam. Di Oxford Road ni ada macam-macam kedai dan mall dengan berbagai jenama dari yang murah hinggalah yang super mahal, pilih je apa yang nak ikut bajet yang ada. Kalau dapat shopping dengan Sweetkurma mesti best ni.
Nak pusing-pusing Kota London tak susah sangat boleh naik Tube atau paling popular naik teksi yang unik hanya ada di Kota London sahaja tapi perangai pemandu teksi macam lebih teruk dari pemandu Teksi Malaysia je. Pusing di mana-mana sahaja diaorang nak, bawa laju dan tergesa-gesa macam tak welcome je tapi bukanlah semua. Banyak juga berlaku kemalangan di London ni serupa seperti di Malaysia.
Paling popular dan paling unik boleh juga travel dengan bas double decker.
Malam kalau nak merasa suasa dingin boleh naik beca. Insya Allah ada rezeki nanti bolehlah bawa isteri pusing-pusing Kota London naik beca moden ni.
Kepada yang lebih adventure boleh sewa basikal pusing-pusing Kota London.
Nak bersiar-siar melihat kehebatan London lebih mudah naik London Tour Bus yang akan bawa kita kebermacam tempat yang menarik. Tiket bas boleh dibeli di reception hotel atau di kaunter hentian bas dengan harga 29 pound. Kepada yang nak tengok keindahan London jom terjah blog ini yang dah biasa pusing-pusing London.
Kami akhirkan hari kedua dengan dinner di Restoran China Tang di Hotel Dorchester yang diperolehi dari aplikasi Zabihah. Bukan senang nak cari Chinese Halal Food di London dan Restoran China Tang antaranya.
Tapi tak sangka rupanya ni upmarket restoran majoriti yang makan di sini Orang Kaya Arab, perut dah lapar kami order je lah. Macam-macam kereta besar dan sport yang parking depan hotel antara yang paling pelik yang ini.
Hari ketiga lebih banyak pusing-pusing London dengan London Tour Bus dan window shopping di Chinatown dan Oxford Street. Puas mencari restoran Halal ikut aplikasi Zabihah, setelah berjalan hampir 1Km baru jumpa C & R Restoran tapi bila tengok menu ada pulak menu yang tak halal. Jalan lagi lebih kurang 400 meter jumpa Restoran Jom Makan tapi dah tutup. Jalan lagi 500 meter sampai di Restoran Melati setakat tengok gambar makanan yang sedap kerana restoran ini pun dah tutup. Akhirnya buat keputusan makan di Restoran Melur. Inilah uniknya kembara ke luar negara mencari Halal Food memang susah tapi pengalaman yang manis.
188 Comments
dan… bas merah sudah tentu menjadi trademark kota London kan? Memang menarik
Curahan rasa yangbaik @ ..Kenapa susah nak tidur
REstoran Melor di kota London? Menarik. Di Malaysia sendiripun nama restoran dah jadi macam nama di London…
Curahan rasa yangbaik @ ..Kenapa susah nak tidur
Menunggu kisah kembara london selanjutnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
Setelah sahabat DH berkongsi mengenai london pusing cuci mata ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
kita lihat cerita mengasikkan apa lagi yang akan muncul berikutnya
Curahan rasa smp3lembang @ ..10 google logo untuk menghormati 10 tokoh terkenal di dunia
siap ada beca tuh
Curahan rasa Juan @ ..Kenapa Wanita Ingin Tampil Cantik?
kalau saya pasti pilih bycicle sehat dan murah
Curahan rasa smp3lembang @ ..Donwload RPP KTSP terbaru Berkarakter
Dan tentunya lebih ramah kepada lingkungan juga Bang Munir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
bus london tour tu mmg terkenal .. hihi..
Curahan rasa muazfaris @ ..Giveaway Buku “Blog + Google AdSense = Duit” untuk semua
Pergi ke negara Sepak bola mantapnya bukan ke Italia atau ke Argentina begitu kira-kira lagu yang populer di negara kami
Curahan rasa smp3lembang @ ..10 google logo untuk menghormati 10 tokoh terkenal di dunia
perjalanan flight saja 16jamm… fuhh xleh byg kalau bawak anak2 kecik macammanalah….
jetlag pula lagi kan… tapi tak apa, demi pengalaman… 😉
bro sorang2 je ke sana atau dgn geng?
kalau saya, confirm tak tau nak jalan mana2… mmg kena bergantung pd gajet lahh utk cari lokasi makan2 n shopping 😉 owh, nnti nak cari apps iPhone zabihah tu
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Jalan-jalan Johor-Singapura-Melaka
har3… Chinese rest paling popular orang ARAB kaya2..??
Biasalah tuh.. ada somthing yang tersembunyi..
anyways… how long u guys di London? Enjoy
Curahan rasa nurmisnan @ ..Penawar mengurangkan berdengkur dan menguatkan minda
wah hebat…………………………suddah kaya sekarang..hehehehehe
Curahan rasa hafizal @ ..Bonus Raya Aidilfitri 2012 Dengan 10 Entri Terbaik Denaihati
seronok dapat berjalan di negara orang…:)
Curahan rasa rosezha @ ..Rezeki di Aidilfitri – Duit Raya dari DenaiHati
Mau dong kelondon, biar bisa cuci mata.hehehe
macam best je ..London nih ..
Tah berapa harga makan dekat upmarket restoran tu kan. Tengok kereta yang park tu pun dah terasa yang orang macam saya ni tak mampu.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Kad Jemputan VIP Pasukan Selangor | Piala Malaysia 2012
hebat tul kereta yang last sekali tu… DH naik beca moden tak? heheheee
Curahan rasa KiD @ ..Enaknya GCB Double McDonalds
London kota yang ramai, tapi tertata rapi
Curahan rasa Dadan @ ..Meraih Gelar Muttaqin
foto-foto yang bagus, terima kasih atas berbagi fotonya
Curahan rasa Dadan @ ..Meraih Gelar Muttaqin
ya bukan mudah mengetahui segala sesuatu tentang london apalagi melalui laporan kembara langsung seperti ini
Curahan rasa smp3lembang @ ..10 google logo untuk menghormati 10 tokoh terkenal di dunia
Berbagi cerita dan juga ditambahi dengan gambar foto yang menunjang isi ceritanya Bang Munir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
Paling tidak kita bisa menikmati juga kota London melalui hasil-hasil foto yang masuk dalam entri di atas kan Kang Dadan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
Setelah kita melihat hasil jepretan foto sahabat DH ini di London
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
Memang tuan Amir Hasan berbagi Foto dengan segala kebaikan tanpa watermark lagi ini bisa jadi di ambil untuk blog atau postingan seseorang
Curahan rasa smp3lembang @ ..10 google logo untuk menghormati 10 tokoh terkenal di dunia
Comments are closed.