Live Malaysia vs Singapore pusingan kedua Kelayakan kedua Piala Dunia 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia terhenti tepat jam 8.45pm 28/7/2011 untuk menyaksikan live perlawanan pusingan kedua kelayakan kedua piala dunia 2014 Malaysia menentang Singapore. Harimau Malaya yang tertinggal 2 gol setelah tewas di pusingan pertama di stadium Jalan Besar setelah tewas 3 – 5 pasti bagaikan Harimau cedera yang akan berjuang hingga titisan peluh terakhir.

Lebih 85ribu tiket telah habis dijual untuk memenuhi Stadium Bukit Jalil bagi melihat secara live Malaysia vs Singapore dan memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Berdoalah semuga Harimau Malaya dapat bermain pada prestasi terbaik melawan dan menjaringkan gol tapi jangan lupa pertahanan mesti kukuh menahan serangan Singa Singapore. Aku mahu lihat Malaysia menang 3-0 barulah power.

Harimau Malaya Pasukan Kebangsaan Malaysia

Aku seperti biasa akan mengikut keputusan terkini Malaysia lawan Singapore melalui live streaming di stadium Twitter dengan hashtag #HarimauMalaya  yang akan di update setiap saat oleh penyokong tegar Malaysia dan Singapore. Pasti Pasukan Harimau Malaya dengan jersi kebanggaan akan memberi tentangan yang hebat untuk memastikan Malaysia layak ke kelayakan ketiga zon Asia.

KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA MALAYSIA vs SINGAPORE : 3 – 5

Tonton juga Live Streaming @ Zulkbo.com

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA MALAYSIA vs SINGAPORE : 1 (Safee Sali) – 1

Keputusan penuh Malaysia vs Singapore Agregate : 4 – 6

Rakyat Malaysia dan Harimau Malaya jangan kecewa perjalanan baru bermula. Pasukan Kebangsaan boleh pergi lebih jauh di pertandingan yang lain insyallah.

Nota : Jangan lupa letak hashtag #HarimauMalaya setiap kali update tweet perlawanan Malaysia vs Singapore.
[ad#Yieldads]


Spread the love

52 Comments

  1. Nasi sudah menjadi bubur, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Hanya selangkah sahaja untuk layak ke pusingan ketiga dan menjadi 20 pasukan terbaik Asia, akan tetapi tidak menjadi kenyatan. Apa guna ‘juara’ menang sorak di halaman sendiri tetapi kualiti masih rendah, agak gopoh. Apa guna bermain dengan gergasi bola sepak dunia Asenel, Liverpool,calsea taoi akhirnya kecundang. Singapura hanya 2 perlawanan persahabatan sudah layak. Malaulah dengan singapura negara kecil tetapi sudah ‘berjaya’. Soal pemain import bukan ukuran, tetapi ‘sikap’ kita leka dan lalai dalam perlawanan bola sepak. Malaysia perlu merendah diri, belajar dari kesilapan. Seluruh rakyat malaysia yang memberi sokongan sedih, pemain malaysia sendiri yang memilih jalan ‘keluar’. JKru latih singapura dengan rendah diri atau perli berkata : Jika singapura menang di halaman sendiri , malaysia juga boleh menang di halaman sendiri.

    Sediah.

      1. Yakan…masih ada perlawanan lain dan boleh cuba d masa akan datang…yang penting semangat masih ada.

    1. Skurang2nye team kta dh main dgn sdaya upy..kagum dgn kekentalan team msia wlupun last minute still brush membuat asakkn keats team s’pore,mknaye diorg x ptus asa..x pe team Harimau Melaya teruskn prjuangn.

    2. skurang2nye team kt dh brmain dgn spenuh tnga wlupn mmg ada klemahkn trutamanye bgian pthanan.Kagum jg dgn smgat diorg sbb last minute pn still wat asakkn team s’pore..Teruskn perjuangn Harimau Melaya…kmi stiasa myokong pjuangan kmu..caiyo..caiyo…

    1. yer lah… memang tak salah dengan pepatah dah adat bertanding ada menang ada kalah, cuma adat dah bagi kalah kat Malaysia.. usaha lagi…

  2. bagus harimau melaya, walaupun kecundang tp korang punye game memang gempak. macam harimau yang ter luke…. xmacam singaporah! pemain import berlonggok2 tp main pengecut macam singa sarkes je hahahahahaaaa…. tp memang wa tabik spring la same korang harimau melaya…… MALAYSIA BOLEHHHHHHH!!!!!!!!! TQ

  3. malaysia sangat slow dan lembap, tiada tactical dan strategy, hantaran tak tepat dan selalu tak lepas, stamina kurang….harap GK yer yang terror…apa nie Harimau Malaya…cakap confident…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!