Sebut sahaja nama Lisa Surihani, siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon comel kecil molek ini bukan?
Lisa yang dikenali dengan sifat lemah-lembut dan keibuannya itu membuatkan masyarakat menjadikan dirinya sebagai seorang idola. Mana tidaknya, Lisa merupakan salah seorang artis terkenal tanah air yang juga berjaya dalam kehidupan.
Tambahan pula, baru-baru ini setelah pulang dari mengerjakan umrah, Lisa kembali dengan penampilan terbaru iaitu berhijab. Sudahlah dirinya memang manis, diserikan lagi dengan hijab, tambah manis pula bila tengok.
Penampilan terkini Lisa Surihani membuatkan warganet memberikan komen positif buatnya.
“Doakan saya terus istiqamah”
Menurut laporan, sekembalinya Lisa daripada menunaikan umrah, dia tampil berhijab ketika memuat naik gambar di laman Instagram miliknya. Peminatnya juga turut berharap semoga imej terbaru ini dikekalkan sampai bila-bila.
Namun begitu, Lisa turut menjelaskan bahawa dia menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya merupakan keputusan peribadi yang akan diputuskan oleh dirinya sendiri.
“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.”Lisa Surihani
Lisa turut mengatakan bahawa dia bimbang jikalau dia memuat naik foto berhijab seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan
Ianya adalah satu keputusan peribadi bagi dirinya dan dia juga turut mengambil masa yang agak lama untuk memuat naik foto pertamanya berhijab di laman Instagram. Lisa berharap supaya dirinya akan terus istiqamah dan melakukan semua ini kerana Allah SWT, bukan kerana tekanan atau kehendak sesiapa.
Lisa menjelaskan bahawa dia mahu menjalani dan menikmati fasa baharu ini dengan perlahan-lahan. Selain itu, dia turut menceritakan tentang pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarganya baru-baru ini merupakan sesuatu yang begitu indah buat dirinya.
Apa pun, kami akan mendoakan supaya Lisa terus beristiqamah. Amin.
9 Comments
Ketika seorang wanita mengenakan tudung (hijab) ianya akan terlihat lebih cantik, termasuk Lisa Surihani. Semoga beliau istiqomah.
Curahan rasa Dawaihati @ ..General Motors Ikut Meramaikan Pasar Segmen Small SUV
Moga Lisa Surihani kekal istiqamah, dan dapat tawaran lakonan yang tak jejaskan imej beliau setelah berhijab.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Tips Bina Pendapatan Konsisten Di Internet
Semoga Lisa terus istiqomah untuk menutup aurat dan memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk menutup aurat…insyaallah
Curahan rasa Kambing Aqiqah Murah @ ..Hukum Mewakilkan Pihak Lain Melaksanakan Aqiqah
Sesiapa juga dalam hidupnya… keinsafan akan datang kepada diri. Terpulang kepada individu itu untuk memberi perhatian atau membiarkan keinsafan itu pergi tanpa hinggap dalam hati.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tanpa Sedar Ramai IbuBapa Telah MemperRAJAkan Anak!
Alhamdulillah. Akhirnya. Dulu terdetik di hati saya, bilakah pelakon cantik manis akan bertudung. Alhamdulillah. Akhirnya. Semoga Lisa terus istiqamah.
Curahan rasa sharimah @ ..MUSIM HAJI SUDAH TIBA : PERSIAPAN JEMAAH HAJI?
Alhamdulillah. Semoga terus dibukakan hati untuk menutup aurat sehingga ke akhir hayat. Amiin.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Taylor Swift Dan Justin Bieber Bergaduh Gara-gara Scooter Braun
alhamdulillah…
bersyukur dan moga istiqamah hingga ke akhirnya.
memang sangat seronok juga melihat mereka yang sudah berhijrah ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kesihatan Diri Sendiri
Dahlah Lusa Surihani ni cantik dan menarik ditambah pula berhijab, lagilah manis orangnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery
Kita sama-sama berdoa agar Lisa Surihani terus kekal bertudung atau berhijab , nampak lagi manis dengan penampilannya terkini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery
Comments are closed.