Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
hari ini kita akan berbincang dan membuat review mengenai laman LimauMandarin.com sebuah laman yang berkongsikan pelbagai info mengenai lokasi lawatan di China. Ianya membawakan konsep blog yang mudah di baca dan di fahami. Kali ini ulasan akan lebih kepada struktur laman dan beberapa perkara teknikal.
Ini adalah ulasan untuk kita belajar bersama-sama, bukan untuk menuding kesalahan sesiapa, yang baik kita ambil dan teladani.
Halaman utama yang kemas
Apabila kita membuka halaman utama LimauMandarin.com, kita akan dihidangkan dengan paparan yang kemas dengan paparan 2 sticky post yang mereka ingin tonjolkan, diikuti oleh artikel terbaru di bawahnya. Laman Limau Mandarin menggunakan template yang ringkas dan mudah untuk dilayari oleh pembaca.
Ruangan menu menggunakan konsep mega menu, dan mempunyai pembahagian mengikut kategori, ianya memudahkan pembaca yang ingin membuat rujukan dalam laman ini. Setakat yang disemak semasa artikel ini ditulis, ada 87 artikel yang telah diterbitkan dan 12 halaman statik yang boleh dilayari.
Capaian dan optimasi laman
Semasa membuat semakan awal menggunakan gtmetrix, berikut adalah keputusan yang diperolehi.
Ini adalah keputusan yang terlalu kasar jika kita ingin buat penilaian, antara faktor utama kenapa ianya kasar adalah disebabkan lokasi pelayan gtmetrix ini yang berada di luar negara. Biasanya gtmetrix ini hanya digunakan untuk analisa awal.
Andai skor di gtmetrix terlalu teruk, kita boleh buat optimasi terlebih dahulu, sebelum ujian menggunakan tools yang berbeza pula. Dalam gambar, skor untuk limaumandarin pada tahap yang baik. Walaupun mungkin anda nampak ada skor D di situ. Ianya bukan dalam kategori kritikal, kerana hanya perlu buat beberapa tetapan untuk perbaiki skor D tersebut.
Seterusnya, semakan menggunakan webpagetest.org pula dibuat, ini membolehkan kita memilih pelayan yang lebih dekat dengan negara kita Malaysia. Dalam gambar di bawah, ini adalah keputusan menggunakan pelayan dari Singapura.
Kita dapat lihat bagaimana semua elemen utama yang diuji mendapat skor A. Tahniah diucapkan kepada LimauMandarin.com. Skor ini adalah baik cuma untuk total loading time 4 saat itu masih boleh diperbaiki. ada beberapa file yang digunakan menyebabkan ianya jadi begitu. kita boleh lihat dalam paparan di bawah.
Ini adalah paparan waterfall view daripada webpagetest.org, rakan-rakan boleh buat semakan sendiri untuk web masing-masing. Pergi ke halaman webpagetest.org kemudian masukkan URL penuh untuk analisa percuma.
Ruangan artikel yang boleh ditambahbaik
Sekiranya kita memilih mana-mana artikel dalam laman LimauMandarin untuk dibaca, paparan seperti dibawah akan kelihatan terlebih dahulu.
Paparan seperti ini memang nampak cantik, namun ianya menyebabkan pembaca keliru terutama pembaca yang masih baru melayai halaman ini. Ada ketika, pembaca tak perasan ada anak panah di bawah paparan itu atau perlu skrol untuk membaca artikel penuh.
Sebaiknya, apabila link artikel diklik, sekurang-kurangnya paparkan perenggan pertama agar pembaca tahu, mereka perlu skrol untuk membaca artikel penuh. Ini sekadar cadangan agar pengalaman pembaca akan lebih baik. Kita bukan sekadar inginkan kecantikan tetapi ianya perlu praktikal.
Lain-lain sudut dalam laman LimauMandarin.com
Secara keseluruhan, laman LimauMandarin ini tidak mempunyai masalah yang kritikal, ianya telah dibina dan disusun dengan baik. Penulisan artikel, struktur artikel, penggunaan gambar, pembahagian perenggan dalam keadaan yang selesa untuk di baca.
Satu perkara yang mungkin boleh difikirkan, untuk menambah saiz font dalam artikel, ini sekadar cadangan untuk memberi keselesaan kepada pembaca yang berumur. Kemudian, boleh juga tambah no telefon dan email di bahagian top bar (selain button click to whatsapp yang telah disediakan), agar sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan pakej, boleh buat nampak nombor telefon tersebut.
Kita akan sentuh beberapa teknikal lain dalam review seterusnya untuk laman yang berbeza pula. Setiap laman ada keunikan dan keistimewaan yang tersendiri, semakin banyak kita mengkaji, ianya akan menjadi semakin seronok.
69 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik illike it thanks,
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Menariknya review dari tuan DH tentang blog ni. Pastinya lepas ni ada perubahan yang baik
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Cetaphil Baby untuk Anak yang Sering Menggaru Gatal-gatal
Teringat masa pegi Guangzhou tahun lepas..
memang ramai betul orang kat situ
Curahan rasa zool @ ..Kejohanan Boling Dunia : Li Jane pungut perak dalam acara Masters
Teringin nak pergi China, tapi tengah cari tempat untuk melancong, belum ada plan nak shopping.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM
website limau mandarin ni siapa punya eh?
so far, kira ok la tu sitenya.
nak bagus sangat, kena wat sendiri la.
Curahan rasa titan @ ..Doktor Gigi yang COMEL.
Nampak menarik blog tu…informasi yang menarik..satu lagi blog tu pun laju loading
Curahan rasa Muhammad @ ..Semakan Keputusan SMA Terengganu SMANT 2018 Online
Ulasan yang begitu menarik. Keep posting review laman laman besar lainnya. I like it
Curahan rasa hasan bahtiar @ ..Cara Cek Nomor Telkomsel Lewat Hp. Langsung Saja!
semoga pendedahan begini menjadi panduan juga kepada pemilik website yang lain..
apa yang lihat sempurna belum tentu terbaik pada pandangan orang lain
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
Nampak kemas blog tu, dengan template yang tersusun, memang tak jemu orang nak belek blog tu
Curahan rasa Thenewsia @ ..Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura
Lepas ni kalau ada perancangan nak bercuti ke China, boleh saya belek-belek blog tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Buat masa sekarang belum ada perancangan lagi… keibginan tu ada.. mungkin nak tunggu anak2 besar sikit..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
boleh sangat tu Tuan Anuar.
saya memang merancang ke China tetapi bukan masa yang terdekat.
rasanya tidak mustahil
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
kena cari masa sesuai tu..
saya pun teringin nak ke China.. cari peluang meniaga
Curahan rasa zool @ ..Skuad boling wanita negara menang pingat emas pada Kejohanan Boling Dunia
Blog/website yang laju memang👍. Kadang kadang kalau kita bukak web tgk loading tak abis abis selalunya pangkah dan kadang2 terus tak jadi pun nak tengok. Papepon bole killa praktikkan ilmu ni kat web killa.
Curahan rasa Syakilla @ ..Cara Merawat Strok Secara Semulajadi Dan Berkesan
Betul, kalau website yang lambat biasanya kita sendiri malas nak tunggu, ambil banyak masa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Untuk Lebih Masa Dengan Famili
baru-baru ni saya dapati blog saya slow sangat-sangat…
Sekali saya semak apa yang menyebabkan blog jadi slow yang teramat sangat… Rupanya iklan Nuffnang punya angkara…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Lepas tu bila saya dah buang satu persatu iklan Nuffnang dalam artikel-artikel blog saya… Alhamdulillah loading blog dah laju semula..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Setuju.. lawat blog sendiri pun macam tu Juga… kalau loading lambat, rasa.hangin semacam jer..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Baru-baru ni saya terpaksa godek bahagian html untuk setiap artikel disebabkan nak buang script2 nuffnang..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Sejak akhir-akhir ni script nuffnang jadikan loading blog tersangat perlahan..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Dah lah dapat income daripada CPUV pun tak seberapa… loading blog pula terjejas teruk..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Tapi nak buang scrip nuffnang satu persatu dalam setiap artikel juga bukannya mudah..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
baru sempat buat untuk 50 artikel terkini.. artikel lain belum sempat lagi.. huhuhu..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
saya sangat suka dengan idea cantik tetapi perlu praktikal..
pandangan saya memang best juga..
Font yang yang masih terlalu kecil..
mata saya yang tua kot
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Mungkin boleh lihat lagi dengan font yang diperbesarkan, tekan Cntrl + insyaallah dapat lihat font yangg lebih besar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
itu cara Zoom bro..
bagi pengguna biasa tak tahu la kot..
saya selalu guna zoom kecik pada blog yang mempunyai paparan yang besar
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
harga tiket utk ke luar negara semakin murah. maka banyak la website tempatan yg buat niche travel
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria
betul ke semakin murah..
jalau betul best juga.
saya pun nak melancong terutama ke negara China
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Bila tiket lagi murah, lagi mudah orang Malaysia nak berjalan jalan ke China.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerja Sebab Nak Bayar Kereta
tiket merupakan faktor utama untuk melancong…
harga murah.
lebih ramai yang pergi China
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD
nice blog for reading . keep it up ! insyaallah semua akan dapat manfaat bila baca
Curahan rasa TAHZ @ ..9 Tanda Kencing Manis Tidak Terkawal Dan Mungkin Membahayakan Nyawa
blog yang berkaitan niche travel men jadi rujukan orang yang nak melancong..
saya pun suka melancong
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Kelajuan laman blog pun ada benchmarking nya
Kalau laman lain setara dengannya lembap
Perbezaan yang ada itu belum tentu cukup nak naikkan ranking
Tapi lebih baik kita sasar untuk laju kan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tanda bersalin untuk persediaan ibu hamil kurang pengalaman!
blog laju bagus..
orang yang baca itu senang hati..
lebih-lebih lagi pada kawasan yang perlahan kelajuan internet
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Performa blognya sangat elok sekali.. Tapi di lihat dari speed GTMetrix YSlownya rendah, mungkin perlu ditingkatkan kembali.
Ya, kelajuan adalah nadi utama bagi sesebuah blog kerana ia bisa membuatkan pengunjung rasa bosan menunggu waktu loading yang lama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
blog yang laju sangat penting..
dan blog yang berada halaman utama itu memerlukan blog yang ringan dan laju
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Comments are closed.