Lihat apa yang terjadi selepas minuman ‘bubble tea’ yang dipesan dihantar oleh seorang wanita OKU melalui pesanan GrabFood

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Seperti yang kita tahu, aplikasi Grab yang dahulunya hanya menawarkan perkhidmatan e-hailing telah mengambil langkah berani dengan menambah beberapa perkhidmatan lain seperti GrabFood dan GrabDelivery.

Walaubagaimana pun, perkhidmatan GrabFood telah mendapat perhatian orang ramai kerana kelainan yang dibawa oleh aplikasi Grab itu sendiri. Semakin ramai orang yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Namun, dalam kes-kes tertentu, kebarangkalian makanan pelanggan lewat dihantar, masih lagi berlaku.

Mulanya berang juga kerana pesanan lewat sampai!

Kebiasaannya, penghantaran barang tidak kira berupa makanan ataupun benda akan mengambil masa sekejap sahaja bergantung kepada keadaan kerana menaiki kenderaan seperti motosikal.

Menurut Shahril Jantan, dia berasa agak berang kerana minuman yang dipesan lewat tiba. Dia yang menetap di kawasan Empangan Bedok di Singapura, telah membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan memesan minuman ‘bubble tea’ untuk isterinya.

Namun, penghantar minumannya mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk menghantar pesanannya daripada Tampines, yang kebiasaannya hanya mengambil masa 10 ke 12 minit sahaja menggunakan kereta.

Kesabaran Shahril mula menipis namun apabila dia melihat di luar tingkap, dia ternampak seorang wanita berkerusi roda yang membawa beg berlogo Grab di belakang kerusi roda automatiknya, sedang mendekati blok kediamannya.

Tersentak melihat wanita OKU menjadi penghantar Grab

Menerusi perkongsian Shahril Jantan melalui Facebook, dia menceritakan pengalaman menyentuh hati ketika seorang wanita istimewa (OKU) yang menghantar pesanannya.

Malah kisah ini telah mendapat lebih 15 ribu tanda suka (likes) dan telah mendapat perkongsian sebanyak 13 ribu.

Hatinya mula tersentak dan Shahril bergegas turun bersama anaknya. Dia cuba untuk memulakan perbualan kecil dengan wanita itu.

“Akak bawa minuman ni dari Tampines ke sini?”

Wanita yang bernama Sumaiyah itu hanya mengangguk dan menyerahkan minuman itu kepada Shahril lantas terus beredar.

Shahril sempat memberikan wang kepada Sumaiyah sebagai sedekah kepadanya. Dia benar-benar kagum malah berasa rendah diri apabila melihat seorang wanita kurang upaya yang masih tabah dan cekal bekerja walaupun dilabelkan sebagai OKU.

Sumber Video: Berita Harian Singapura

Sumber: Shahril Jantan


Spread the love

8 Comments

    1. Benar sekali. Orang yang sihat tubuh badan ni lagilah perlu mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!