Life begins at 40 dan doa menyambut usia 40

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, belum terlambat rasanya nak ucapkan happy birthday ke 40 kepada sahabat Facebook yang juga merupakan owner Saudacare yang telah menjadi sponsor kepada beberapa contest di blog Denaihati. Semuga tuan dimurahkan rezeki serta berjaya dunia dan akhirat. Entri ini kira macam entri bodeklah kot-kot Saudacare sudi lagi nak sponsor contest terbaru denaihati.

Orang putih kata “life begins at 40“, John Lennon pun ada menyanyikan lagu “life begins at 40“. Ungkapan yang simple tetapi penuh dengan makna. Orang Melayu kata kalau umur 40 tak berubah maka susahlah nak berubah. 40 ni mungkin umur kepatangan sebenar seorang lelaki. Jika lelaki yang nakal tidak berubah maka agak sukar untuk berubah selepas umur 40 (bukan tak boleh dengan izin Allah). Biasanya pada umur 40 seseorang lelaki sudah stabil ekonomi dan kehidupannya. Mungkinlah itu sebabnya ramai anak dara suka dengan lelaki berusia 4o tahun ni kot???

Tok guru ajar bila menyambut usia 40, jangan lupa mandi sunat taubat, solat sunat taubat dan baca doa menyambut usia 40 semuga Allah memberi perlindungan dan bimbingan untuk kejayaan dunia dan akhirat. Paling baik dilakukan pada 2/3 malam.

Doa menyambut usia 40 seperti di Surah Al-Ahqaf Ayat 15 yang maknanya : Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

Happy Birthday kepada semua yang menyambut ulang tahun ke 40 tak kira lelaki dan perempuan. Bertambah usia bermakna semakin pendek masa kita di dunia ini.

108 Comments

  1. some say..a women’s life begin at 30’s..xtahu pula kebenarannya.. ermm 2thn lg nk tukar siri nih hadoiiii… nak cari umo 40thn tu skdr gurauan..tp kalau btl pun, apa salahnya kan…. Huhu si steward 33 kan..nah ko cari awek yg dlm umur 23-25 gitu….

  2. Pingback: IMCurtain.com
    1. My birthday dah lepas lah few months back tapi tak ada sesiapa pun wish …sedih lah …heee gurau je. My birthday kalau tak silap awal sebulan daripada you.

  3. betul sekali saudara/i denaihati, entri yang sangat menggugah jiwa, semoga sebelum usia 40 datang, kita telah banyak bertaubat dan tak lupa bersyukur… trimakasih telah menuliskannya untuk kami.. 🙂

    salam kenal dari Indonesia…
    Curahan rasa advertiyha @ ..Headline Repoeblik Mimpi…My Profile

      1. Makaseh kepada bang Iwan yang banti promosi denaihati di Indonesia. Semuga DH akan lebih popular di Indonesia di masa ke depan insyallah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!