Liat nak bayar hutang

Spread the love

Assalamualaikumndan Salam 1Dunia,

Dua hari sebeluam Adilfitri 2013 aku dapat panggilan telefon dari kawan lama. Kawan lama call mestilah jawab walaupun ada urusan lama yang masih belum selesai.

Biasanya kalau dia call mesti nak minta bantuan kalau tidak jangan haraplah nak call. Sangkaan aku memang tepat beliau nak pakai duit nak guna untuk persiapan raya. Katanya baru dapat cek bayaran dari projek yang dia buat tapi tak sempat nak tunaikan kerana bank dah tutup.

Kawan lama ni kata dia dah jumpa beberapa orang kawan tapi semua tak dapat dan harapannya sangat-sangat tinggi aku dapat membantu. Dia janji bila bank buka je selepas raya akan bank in cek seperti jumlah yang dia perlukan. Aku pun serba salah sebab hutang lima tahun dulu pun tak selesai lagi. Ingatkan anak-anak kawan lama yang nak menyambut raya dan jaminan cek yang sudah ada ditangan melembutkan hati aku. Silapnya aku lupa nak minta dia screen shot cek yang disebut-sebutkan.

Teringat pesan Tun Mahathir bila kawan minta pinjam jangan bagi semua sebab keberangkalian untuk bayar semula sangat tipis. Sehari selepas tu kawan tu follow up tanya duit dah masuk ke? Aku mohon maaf kepada dia kerana lambat sikit transfer sebab sibuk. Aku maklumkan juga yang aku tak dapat bagi semua jumlah yang dia minta tapi 3/4 dari jumlah tersebut … ni kira ikut nasihat Tun Mahathir lah.

Duit Ringgit Baru Malaysia
Hutang mestilah dijelaskan

Beberapa hari lepas Aidilfitri aku semak akaun nampak ada duit floating seperti jumlah yang aku kirimkan pada kawan tu. Lega hati nampaknya kali ni dia menepati janji. Aku pun tak ambik kisah sehingga suatu hari dapat surat dari bank menyatakan cek tersebut ada masalah teknikal kalau tak silap tarikh tak lengkap.

Aku sms kawan untuk maklumkan masalah yang berlaku bersama screenshot surat dari bank. Kawan tu senyap je …. selepas beberapa hari aku sms sekali lagi dan kali ini di jawab kata tak terima sms pertama. Pelik juga juga tak terima sms pertama tetapi sms ke dua terima. Aku sms sekali lagi detail dan screenshot surat dari bank. Dua bulan dah berlalu kawan tu tak jawab pun sms call pun tak jawab.

Nampaknya terkena aku untuk kali kedua dari sahabat yang sama. Kawan kenapalah kau liat sangat nak bayar hutang. Betul ke ada cek projek tu atau hanya sekadar alasan sebab tu sengaja tulis tarikh cek tak sempurna … Allah sahaja yang tahu. Kawan macam ini yang menyebabkan kawan lain yang jujur jadi mangsa bila nak pinjam duit … perasaan prejudis kita pasti ada.

Semuga Allah swt bagi hidayah pada kawan ini … Dalam hati berkata aku tak miskim kalau kau tak bayar hutang dan kau pun tak kaya tak bayar hutang TAPI tanggungjawab sebagai pembayar hutang tetap tidak akan putus sampai ke akhirat kelak.

Nampaknya nak kena hafal doa bebas hutang, ustaz kata bagus diamalkan sebelum tidur

Ingatlah kepada penghutang tak kira hutang kawan, hutang keluarga, hutang pinjaman bank, hutang kad kredit, hutang PTPTN, hutang tekun dan macam jenis hutang … tak lupa juga hutang ahlong… Tanggungjawab tetap tanggungjawab jangan liat nak bayar hutang.

Kawan ku faham ke apa hukum orang yang tak bayar hutang …. kalau faham mesti takut. Jadi janganlah liat bayar hutang…

Kawan-kawan juga mesti ada kisah tak bayar hutang jom lah kongsi sebagai pengajaran.


Spread the love

137 Comments

  1. Alahai..kawan apa macam ni kan. Cari kita bila masa susah.Bila masa senang tak ingat pulak. Harap takdelah kawan ni dan moga mereka sedar bahawa kita juga perlukan duit. Kita beri pinjam untuk membantu sebaliknya kita jadi mangsa dia pulak kan.
    Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir HarianMy Profile

  2. Kawan saya pernah dipinjam dalam jumlah yang amat besar (RMXX,XXX). Kemudian dah 3-4 tahun pun si peminjam tu tak langsaikan walau sedikit, sedangkan si peminjam siap beli rumah baru lagi. Adohai, nampak banyak duit, takkan sedikit pun tak nak dilangsaikan?
    Jangan sampai nanti Allah hukum kerana tak nak bayar hutang sedangkan mampu?
    Sekurang-kurangnya mulalah sedikit demi sedikit, daripada tak bayar langsung, dan berbincang dengan kawan saya ni dengan cara baik.

    Semua masalah boleh diselesaikan dengan cara berbincang, selagi ada kemahuan untuk melangsaikannya.
    Kita harus juga faham, tak semua perkara berlaku dalam jangkaan kita. Wallahu a;lam.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  3. Orang yang mati syahid pun, akan ditahan dahulu atau tergantung keadaannya sebelum boleh masuk syurga, dek kerana hutang tak terbayar, sedangkan dia mampu bayar. Hutang jangan dibuat memain, apatah lagi kita ni hamba yang masih lemah di sisi Allah.

    Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka yang berhutang, termasuk diri kita sendiri. Amin
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  4. Hutang ini meresahkan peminjamnya di siang dan malam hari, malah akan jadi sentiasa mengelak daripada bertemu dengan penghutang, akan jadi malu dengan masyarakat jika sudah banyak terbeban.

    Hutang itu menyempitkan hidup. Sebab tu, berhutang hanya jika ada keperluan.

    Islam tak mengharamkan hutang, cuma kena bijaklah.

    Apapun, sebaik-baik Muslim adalah yang berusaha atas kakinya sendiri.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  5. Prinsip saya, kalau orang mintak pinjam, kita bagi je jumlah sedikit ~ yang mana kita tak kisah pun kalau kawan kita tu tak bayar. Contohnya kalau kawan minta pinjam RM800, kita bagi cuma RM100, dan kawan tu tak perlulah pulangkan semula wang.

    Cara ni boleh lah membantu walaupun tidak membantu rakan kita tu sepenuhnya. Sekurang-kurangnya kita bantu juga, dan kita pun takkan susah di kemudian hari jika dia tak bayar hutang kita. As simple as that.

    1. Berhutang dengan kawan dan saudara mara hanya akan menjadikan hubungan tegang dan perbalahan jika tidak dibayar.

      Lagipun, biasanya kawan dan saudara-mara apabila memberi pinjam, tempoh bayaran susah untuk dibuat secara ansuran dan sistematik seperti bank, kerana ada masa mereka juga memerlukan.

      Tambah lagi, pinjam dengan niat nak bayar segera, maka kesianlah pada mereka sebab kita tak bayar sedangkan dah janji. Tapi tulah, manusia ada macam-macam ragam. Mengingkari janji dibimbangi menyebabkan kita dicop Allah sebagai seorang munafik.
      Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  6. Ini adalah satu perkara yang sangat mendatangkan marah kepada si pemberi pinjam. Yang meminjam pun patut berasa berslaah jugak lah. Wan pernah alami beberapa perkara seperti ni. Sakit sangat. Nak mintak rasa serba salah…tak mintak pun rasa serba salah. Apapun, bayarlah walaupun sikit-sikit.
    Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

  7. Saya ada kwn yg dah 8 tahun pinjam RM 1500 sampai skrg 1 sen pun tak bayar. Dah pindah, tukar no. handphone, ghaib entah ke mana. Kali terakhir saya telefon 8 tahun lps minta dia bayar ansuran RM 50 sebulan dia memaki hamun saya. Lepas insiden tu saya jadi fobia dan takut nak tolong kwn2 lagi. Bila ada yg minta pinjam atas alasan mak atau anak sakit spt kwn yg ghaib tu, saya minta terus nama hospital dan no. Wad utk saya sendiri ke sana namun senyap. Tahulah saya itu hanya alasan yg direka utk meraih simpati bg mendapatkan pinjaman wang. Satu pengajaran buat saya.

    1. Tak slah juga kita nak beri pinjam. Tapi biar berpada-pada. Katakan kawan pinjam RM1000. Kita beri 10 – 20 % sahaja atas jumlah pinjaman. Bermakna kalau kawan pinjam RM1000. Kita beri RM100 – RM 200. Kalau dia betul2 perluakan RM1000 biar dia berusaha cari lagi RM800.
      Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang BagusMy Profile

  8. Hai sye dee.. psl hutang x di byr 1 kes yg sgt berat sbb sampai akhirat pun x lps punya hukuman. Dee memang kedekut tp kalau org nk pinjam duit sbb x de duit mkn utk ari ni, insyallah dee boleh bg jnji esok pulangkn la. Tp ape yg dee kene si kaki penipu yg kate nak byr hilang… geram sgt. Walau pun da 6thn kisah ni dee tetap igat, cam ner ko jnji nk byr dee tunggu smpai bile2. Lg 1 kes pulak ade la sorg member ni mintak tolong, igatkn nk tolong ape rupanye mintak tolong tagih utang pd kwn dee sbb kwn dee tu da utang kat ramai org tp liat nk byr.. spnjang dee kenal si kwn ni x pernah lg la, dia nk pinjam duit… dee x percaya langsung dgn ape yg kwn2 lain ckp smpai la 1 hri kwn dee ni nk pinjam duit utk sehari katenye. Pastu dia pujuk la bgai nk rak kat dee supaya bg dia duit, dn time tu gak la dee bru terigat kat kwn2 dee yg pernah ckp yg dia byk utang kat org, terus la dee selidik sikit kat minah ni tanye dgn dia “ko nk buat pe dgn duit tu” time tu kje mlm dia ckp “ade la, bg la aku pinjam esok aku byr duit ade kat bank” sye ckp balik dgn dia “dr ko pinjm duit aku baik ko g pakai duit yg ko ckp ade kat bank tu, sbb kat aku pun x de duit semua kat bank yg ade duit belnje je kat aku ni” nmpak sgt kwn dee tu bengang sgt.. sbb x dpt pinjam smpai dia merungut dgn kakak sorg lg… akak tu smpai geleng kepala… pastu ungkit pulak.. “ala ko tu aku nk pinjam duit 1hari pun x leh mcm la aku x byr” sye ckp balik pd dia “itu hak aku nk bg pinjam ke tak yg ko sibuk psl duit aku knp?” Terdiam gak dia.. da la nk pinjam duit org paksa2 la pulak… ape punye kwn la… sebelum kite ni nk bg org pinjam duit fikirla balik cam ner kite nk mintak balik utang kite tu…dee ni sbb da terkena terus smpai skrg sory la ye….

  9. hutang perlu dibayar. jangan buat-buat lupa… kalau berhutang tu, terus tulis kat buku ke apa ka takut lupa.
    sebab nanti hidup tak tenteram. tu baru dunia, akhirat dah lain pulak jadinya

    1. betul. takut nanti daripada kawan baik —-> musuh paling jahat.
      huish betul-betul menakutkan. semoga kita dijauhi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!