Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih lagi berkisar kisah gunung berapi dan tsunami.
Pakar tsunami mengatakan bahwa potensi tsunami akibat longsoran Gunung Anak Krakatau boleh diramal dengan merujuk pada letusan dahsyat ibunya, Krakatau, pada 1883. Tapi bagaimana letusan itu memberi impak pada dunia?
Ketika itu erupsi besar Krakatau menghancurkan sepertiga badan gunung api yang mengakibatkan tsunami.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Anak Krakatau yang sekarang tidak sampai 30% dari besar Gunung Krakatau dulu. Tapi potensinya sama kerana ia menyimpan letusan yang sama dengan ibunya dulu. Bahawa potensi bahayanya ada di situ dan itu boleh saja meletus bila-bila masa saja dan dengan mekanisme yang tidak kita duga.
Tapi bagaimana sebenarnya catatan sejarah akan letusan Krakatau yang terjadi pada 27 Ogos 1883 itu?
Letusan gunung api global pertama, dalam liputan berita global, adalah letusan Krakatau pada 1883 menurut Profesor David Pyle.
Menurut catatan, bahawa letusan besar gunung api Vesuvius pada 79 Masehi, Tambora pada 1815, Krakatau pada 1883 menjadi subjek yang menarik, yang membuat manusia merasa ketakutan sekaligus kagum.
Jaringan telegraf transatlantik baru saja dibuat, dan khabar mengenai letusan (Krakatau) tersebut sampai dalam beberapa jam ke Eropah utara.
Saat itu, dianggarkan ada 36.000 orang yang meninggal, sebahagian korban meninggal dunia kerana aliran lava dari letusan gunung api, sementara korban lain meninggal akibat tsunami yang terjadi kerana longsoran gunung api ke dalam kawah.
Letusan gunung berapi juga mempengaruhi iklim dan menurunkan suhu dunia.
Catatan awal juga memaklumkan letusan Krakatau pada 1883 bermula tiga bulan sebelumnya, pada 20 Mei, getaran mulai terasa, dan lava keluar dari gunung api yang sebelumnya tak melakukan aktiviti dalam 200 tahun.
Dalam tiga bulan berikutnya, muncul letusan kecil dari Krakatau, dan pada 11 Ogos mulai muncul abu dari gunung api tersebut. Letusan pun menjadi semakin kuat sampai 26 Ogos, dan bencana terjadi.
Letusan Krakatau pada 27 Ogos 1883 terjadi pertama pada jam 05.30 pagi, dan berlangsung selama 4 hingga 5 jam, sehingga empat letusan besar yang sangat kuat.
Letusan terakhir mengeluarkan suara paling keras yang pernah tercatat di planet Bumi ini. Kesannya selama beberapa hari, cahaya matahari tak terlihat siang pun menjadi seperti malam.
Gempa bumi pun sudah semakin kerap berlaku, petanda dunia menuju ke penghujungnya.
Letusan Gunung Anak Krakatau adalah sebahagian dari proses alami kerana gunung tersebut masih dalam fasa pertumbuhan. Setiap tahunnya, gunung tersebut bertambah tinggi 4-6 meter.
73 Comments
Analisis visual oleh agensi gunung berapi Indonesia mendapati gunung berapi itu hilang lebih dua pertiga ketinggiannya
sebelum ini, ketinggian Anak Krakatau adalah 338 meter, namun kini tingginya susut kepada hanya 110 meter sahaja
Anak Krakatau kini lebih pendek, biasanya kita boleh nampak puncaknya dari pos pemerhati, kini tidak lagi
buat masa sekarang pelancong tak berani lagi nak ke indonesia.. masing masing takut terkandas di sana
Tak payah lah nak menyemakkan lagi dengankedatangn kita ke sana kan, pergi lah melancong tempat lain,hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kalau dah book tu tukar je ke tempat lain spt thailand atau singapore.. seram tau
hari ni sebuah lagi gunung berapi di bali meletus.. rakyat indonesia mesti tak senang duduk sekarang ni
Mesti resah gelisah, setiap hari nak tidur pun pastinya dalam ketakutan yang amat sangat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kali ni teknologi pun tak boleh nak hidu. Sebab tu mereka tak di beri amaran
Secanggih mana pun teknologi, kalau Dia nak datngkan sesuatu musibah, memang takkan terduga dr arah mana
ye. allah tak tunjuk kali ni.. dugaan datang betimpa timpa buat negara indonesia
Nak tunjuk atau pun ujian buat mereka. Dia tak ujian pada hambanya yang tak boleh terima ujianNya.
Kuasa Allah lebih besar dan lebih canggih dari manusia. Apa yang DIA datangkan,tak terjangkau pun akal kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Teknologi manusia pun tak boleh menandingi kuasa Allah,Pencipta segala makhluk danfenomena di dunia ini
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bencana macam ni tan kira masa. Kita juga x boleh jangka akan kedatangannya
yup, dah namanya bencana kan. bila bila masa Dia blh hantar utk uji kita semua.
allah tak bagi warning.. kita hanya mm pu berdoa sahaja supaya kita semua selamat dr musibah
Fenomena alam begini amat menakutkan..
namun ketakutan tersebut boleh kita atasi dengan beramal dan sentiasa berbuat kebaikan..
jika sudah kiamat pun …kita sudah bersedia dan redha
Kita fokus kepada beribadah then yang selebihnya kita biar Allah uruskan. Fenomena alam ni bukan dalam urusan manusia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Betul juga tu. Kita hnya mampu berdoa semoga kita dan seluruh indonesia selamat
Betul tu. kena sentiasa berdoa agak kita dan anak isteri kita sentiasa di bawah lindungan Allah..
Ye. Dlm masa sama kita jgak kena doakan kesejahteraan rakyat Indonesia yg tgh trauma
Ya, sentiasa doakan utk mangsa mangsa di sana. Dan juga supaya kita di sini turut dilindungi.
Setuju dengan koen noriza, kita teruskan fokus beribadah dan berdoa kepadaNYa. yang lain, kita berserah kpd Allah swt
musibah bencana alam ni kita tak boleh nak jangka.. hanya boleh doa sahaj
Comments are closed.