Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berat mencecah 105 kilogram, saiz seluar mencapai 42 inchi.
Itu mungkin sesuatu yang banyak berlaku dalam kehidupan kita sekarang. Mungkin ada sekitar itu dan mungkin ada yang lebih lagi. Namun semua itu tidak akan berubah sekiranya kita tidak mengubahnya sendiri.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Suka makan setiap hari
Pada mulanya dengan berat 105 kilogram dan baju bersaiz XXL sudah tentu terasa ‘besarnya’ diri dan tidak keterlaluan untuk dikatakan overweight.
Lumrah hidup manusia, memang suka makan, makan dan makan. Tanpa mengira jenis dan kuantiti makanan, kita hanya menikmati makanan tidak kira di gerai tepi jalan hinggalah ke hotel ternama.
Sudahlah makan pun kerap tanpa mengira waktu, hendak membuat senaman pun belum tentu seminggu sekali. Lagi-lagi apabila bekerja di pejabat ‘keluar rumah nampak bulan, balik rumah pun nampak bulan’.
Nekad nak kurus, tapi tiada jurulatih
Namun itu bukan jadi penghalang bagi seorang lelaki ini yang bernama Mohd Zarin. Beliau cabar dirinya untuk turunkan berat 105 kilogram pada 2016 yang lalu.
Nekad, fokus dan disiplin.
Pada mulanya nak turunkan berat badan, beliau hanya hentam keromo. Tidak makan nasi, tidak ambil makanan yang dirasakan menggemukkan, tanpa ada panduan yang betul daripada sesiapa.
Tips kurangkan berdengkur kepada yang lebih berat badan klik ASONOR
Dalam masa 3 bulan, beliau dah turun beberapa kilogram tetapi badan sangat letih dan adakalanya lemah. Ini semua adalah kesilapan yang ramai orang buat dan jika tidak kena caranya, kita akan rasa lebih lapar dan seterusnya akan makan dengan kadar berkali ganda.
“Biar orang gelak kat saya dulu, tapi saya tahu apa saya buat”
Zarin pada mulanya agak kekok untuk membuat larian atau senaman. Jadi beliau bermula dengan membuat aktiviti skipping. Tidak kira di mana dan waktu yang terluang, beliau membuat skipping untuk melatih dan sebagai aktiviti ringkas mengeluarkan peluh di samping menguatkan otot kaki.
“Pada mulanya memang kekok. Orang pun gelak tengok saya. Lama-lama OK lah!” – Zarin
Kemudian Zarin mempelajari selok belok yang betul untuk mendapatkan berat badan ideal. Beliau belajar berapa kuantiti dan kalori hidangan yang diperlukan dalam setiap hari. Kemudian beliau memulakan targetnya dan mencabar dirinya secara disiplin setiap hari.
Pemilihan makanan sihat adalah yang antara yang paling utama. Zarin sempat berkongsi tips mengenai makanan yang diambil.
5 perkara penting yang dibuat untuk kurangkan berat badan adalah :
- Kawal pengambilan kalori dan gula dalam makanan termasuklah yang tak nampak macam dalam sos, bahan perasa masakan dan lain-lain.
- Minum air masak 2-3 liter sehari.
- Kurangkan pengambilan nasi, makanan berminyak, garam dan sebagainya. Ganti dengan brown rice.
- Exercise sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Cardio workout dalam tempoh 30-60 minit.
- Rehat dan tidur secukupnya.
Sertai Fit Camp Shah Alam setiap minggu
Bukan mudah nak capai tahap ini.
Ketika menjaga pemakanan, Zarin juga telah sertai Fit Camp Shah Alam yang terletak di Skate Park Seksyen 18, Shah Alam. Dua kali seminggu beliau berada di situ untuk bersama rakan-rakan baru yang lain.
Di situ, ada coach yang akan ajar dan rakan-rakan lain juga yang ada impian yang sama. Bukan setakat nak kurus sahaja, tetapi badan perlu sihat.
Cara senaman yang betul, kawalan pernafasan, dan lain-lain lagi tips yang dipelajari di Fit Camp Shah Alam tersebut.
Mula sertai acara larian
Apabila pemakanan sudah dijaga dan senaman pun konsisten, maka berat pun mulai menurun. Semangat semakin kuat dengan adanya coach dan rakan-rakan seperjuangan.
Ada masanya membuat cabaran 90 hari. Setiap hari perlu maklumkan apa yang dimakan pada waktu pagi sehingga malam. Kiraan kalori yang betul secukupnya mesti dibuat untuk mecapai sasaran.
Acara larian mula disertai. Fun Run, larian 5km, 10km, 21km, siang dan malam, dan sehingga ada juga menyertainya ke luar negara baru-baru ini. Selepas ini dalam perancangan untuk ke full marathon 42km.
Lihat sahajalah medal-medal yang menjadi koleksi dan sudah pastinya para peminat acara larian mengenalinya di blog mohdzarin.com Instagram dengan nama @mohdzarindotcom
Tahun 2016 dengan berat 105 kilogram, baju saiz XXL, seluar 42 inchi. Kini 2018, berat dah capai 75 kilogram, baju saiz M dan ada yang muat saiz S, seluar 30 inchi. Seronok tak?
Tidak ada yang mustahil.
Zarin telah buktikan kepada dirinya dan juga rakan-rakan di sekelilingnya. dari XXL kepada M. Pastinya senyuman sentiasa terukir bila melihat kembali gambar-gambar yang terdahulu.
“Pasti ada masanya kita rasa seperti mahu berhenti dan berserah. Tapi ingatlah semula kenapa kita mulakannya dan jangan fikirkan apa yang akan jadi kalau kita mengalah, tapi bayangkan apa yang akan jadi sekiranya kita berjaya” – Mohd Zarin
128 Comments
Nak kurus ni kena ada idola jgk. Kita nak badan mmcm siapa contohnya macam john cena. Haha
Kalau nk ambil supplement pastikan dpt nasihat doktor atau trainer yg bertauliah
Kalau betul betul nk kurus kena diet dan exercise ye. Bukannya makan ubat kurus dan ubat berak. Haha
Ada juga org sekililing gelak bila kita ckp nak diet. Jadikan itu sbg pembakar semangat
Apa apa yg kita nak buat msti ada target. Kalau tak mcm mana nak score .
Target tu memang ada, cuma itulah, bila tiba masa utk berusaha, macam macam alsan datng haha
Kalau wife pandai masa mesti susah nk diet. Hari hari masak best
Lihat sahaja gambar before and after. Mmg puas hati kalau dpt hasil mcm tu
Kalau nak kurus boleh jadikan zarin ni sebagai contoh. Dia mmg btul betul komited
Pastikan makanan yg kita ambil itu kurang kolestrol. Kalau tak sia sia je exercise
Best kan bila kurus dan kita boleh pakai bajuk yg selama ni kita nak pakai
Org yg selalu kutuk kita gemuk tu pasti akan terkejut akan transfomasi badan
Kita kena buang persepsi diet utk nmpak lawa. Tapi diet utk sihat. Kan?
Sebenrnya kalau target nak kurus ni bukan utk nmpak cantik shj. Tp utk sihat
Join marathon adalah slah satu aktiviti yg bagus. Bukan utk menang tpi utk uji ketahanan diri dan buang lemak
Betul. Tapi sebelum marathon, join fun run 3-5km dulu, them 10km. Dah kuat fizikal dan mental join pulak half marathon 21km
Kena banyak training sebelum join marathon. Nmpk je senang tp kena kuat dan ada pengalaman lari jauh
Kebanyakkan yg dlm proses turunkan berat badan pasti akan join marathon. Bagus bukan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Betul. Suami saya mulakan dengan threadmill dulu then baru join marathon lepas dah berkaya kurus
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tak ada jalan lain tuk kurus. Kena kerja kuat, senaman dan jaga pemakanan. Disiplin kena jaga
Disiplin pemakanan yang utama, then selepas tu senaman dan lifestyle juga. Semuanya berkait rapat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Lifestyle tu pnting sebb lifestyle la berat badan kita jadi naik mendadak
Kan.. nak kurus dengan buat semua tu. Lebih baik drp dok telan ubat kurus yang ntah ap ap kandungannya
Takut betul sy dengan lambakka. Produk kurus yg entah apa apa tu.
Comments are closed.