Lelaki ini nekad nak kurus, dulu baju XXL kini pakai saiz M. Ini rahsianya!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berat mencecah 105 kilogram, saiz seluar mencapai 42 inchi.

Itu mungkin sesuatu yang banyak berlaku dalam kehidupan kita sekarang. Mungkin ada sekitar itu dan mungkin ada yang lebih lagi. Namun semua itu tidak akan berubah sekiranya kita tidak mengubahnya sendiri.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Suka makan setiap hari

Pada mulanya dengan berat 105 kilogram dan baju bersaiz XXL sudah tentu terasa ‘besarnya’ diri dan tidak keterlaluan untuk dikatakan overweight.

Lumrah hidup manusia, memang suka makan, makan dan makan. Tanpa mengira jenis dan kuantiti makanan, kita hanya menikmati makanan tidak kira di gerai tepi jalan hinggalah ke hotel ternama.

Sudahlah makan pun kerap tanpa mengira waktu, hendak membuat senaman pun belum tentu seminggu sekali. Lagi-lagi apabila bekerja di pejabat ‘keluar rumah nampak bulan, balik rumah pun nampak bulan’.

Nekad nak kurus, tapi tiada jurulatih

Namun itu bukan jadi penghalang bagi seorang lelaki ini yang bernama Mohd Zarin. Beliau cabar dirinya untuk turunkan berat 105 kilogram pada 2016 yang lalu. 

Nekad, fokus dan disiplin.

Pada mulanya nak turunkan berat badan, beliau hanya hentam keromo. Tidak makan nasi, tidak ambil makanan yang dirasakan menggemukkan, tanpa ada panduan yang betul daripada sesiapa.

Tips kurangkan berdengkur kepada yang lebih berat badan klik ASONOR

Dalam masa 3 bulan, beliau dah turun beberapa kilogram tetapi badan sangat letih dan adakalanya lemah. Ini semua adalah kesilapan yang ramai orang buat dan jika tidak kena caranya, kita akan rasa lebih lapar dan seterusnya akan makan dengan kadar berkali ganda.

Aktiviti skipping, maaf video lama visual kurang jelas.

“Biar orang gelak kat saya dulu, tapi saya tahu apa saya buat”

Zarin pada mulanya agak kekok untuk membuat larian atau senaman. Jadi beliau bermula dengan membuat aktiviti skipping. Tidak kira di mana dan waktu yang terluang, beliau membuat skipping untuk melatih dan sebagai aktiviti ringkas mengeluarkan peluh di samping menguatkan otot kaki.

“Pada mulanya memang kekok. Orang pun gelak tengok saya. Lama-lama OK lah!” – Zarin

Kemudian Zarin mempelajari selok belok yang betul untuk mendapatkan berat badan ideal. Beliau belajar berapa kuantiti dan kalori hidangan yang diperlukan dalam setiap hari. Kemudian beliau memulakan targetnya dan mencabar dirinya secara disiplin setiap hari.

Pemilihan makanan sihat adalah yang antara yang paling utama. Zarin sempat berkongsi tips mengenai makanan yang diambil.

5 perkara penting yang dibuat untuk kurangkan berat badan adalah :

  1. Kawal pengambilan kalori dan gula dalam makanan termasuklah yang tak nampak macam dalam sos, bahan perasa masakan dan lain-lain.
  2. Minum air masak 2-3 liter sehari.
  3. Kurangkan pengambilan nasi, makanan berminyak, garam dan sebagainya. Ganti dengan brown rice.
  4. Exercise sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Cardio workout dalam tempoh 30-60 minit.
  5. Rehat dan tidur secukupnya.

Sertai Fit Camp Shah Alam setiap minggu

Bukan mudah nak capai tahap ini. 

Ketika menjaga pemakanan, Zarin juga telah sertai Fit Camp Shah Alam yang terletak di Skate Park Seksyen 18, Shah Alam. Dua kali seminggu beliau berada di situ untuk bersama rakan-rakan baru yang lain.

Di situ, ada coach yang akan ajar dan rakan-rakan lain juga yang ada impian yang sama. Bukan setakat nak kurus sahaja, tetapi badan perlu sihat.

Cara senaman yang betul, kawalan pernafasan, dan lain-lain lagi tips yang dipelajari di Fit Camp Shah Alam tersebut.

Mula sertai acara larian

Apabila pemakanan sudah dijaga dan senaman pun konsisten, maka berat pun mulai menurun. Semangat semakin kuat dengan adanya coach dan rakan-rakan seperjuangan.

Ada masanya membuat cabaran 90 hari. Setiap hari perlu maklumkan apa yang dimakan pada waktu pagi sehingga malam. Kiraan kalori yang betul secukupnya mesti dibuat untuk mecapai sasaran.

Acara larian mula disertai. Fun Run, larian 5km, 10km, 21km, siang dan malam, dan sehingga ada juga menyertainya ke luar negara baru-baru ini. Selepas ini dalam perancangan untuk ke full marathon 42km.

Lihat sahajalah medal-medal yang menjadi koleksi dan sudah pastinya para peminat acara larian mengenalinya di blog mohdzarin.com Instagram dengan nama @mohdzarindotcom

Tahun 2016 dengan berat 105 kilogram, baju saiz XXL, seluar 42 inchi. Kini 2018, berat dah capai 75 kilogram, baju saiz M dan ada yang muat saiz S, seluar 30 inchi. Seronok tak?

Tidak ada yang mustahil.

Zarin telah buktikan kepada dirinya dan juga rakan-rakan di sekelilingnya. dari XXL kepada M. Pastinya senyuman sentiasa terukir bila melihat kembali gambar-gambar yang terdahulu.

“Pasti ada masanya kita rasa seperti mahu berhenti dan berserah. Tapi ingatlah semula kenapa kita mulakannya dan jangan fikirkan apa yang akan jadi kalau kita mengalah, tapi bayangkan apa yang akan jadi sekiranya kita berjaya” – Mohd Zarin


Spread the love

128 Comments

  1. kagum kan dengan usaha beliau. Kena bersungguh sungguh secara konsisten tu . Nak kena follow gak la macam ni . . . . . .

  2. Pertama kali jumpa bro Zarin, memang besar. 2nd time jumpa kecik sket..skang ni kalau jumpa pasti tak kenal heheh

  3. Sebelum mencuba aktiviti fizikal yang berat, mintalah nasihat dari doktor. Bawa bersama pelan pemakanan anda supaya aktiviti fizikal yang diamalkan sesuai dengan keadaan badan dan tidak memudaratkannya.

  4. Bersenam adalah cara yang terbaik untuk membantu anda membakar kalori, meningkatkan imbangan dan koordinasi serta mengurangkan stres.

  5. Amalan pemakanan yang betul hanyalah sebahagian dari diet yang betul. Aktiviti fizikal dan senaman merupakan sebahagian dari diet

  6. Cara diet yang betul bukan pada makanan semata-mata. Kena ada pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan yang mempunyai objektif yang sama

  7. Kalau sekarang 70 kg, setkan dalam minda, berapa target berat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, ingin hilangkan 10 kg. Dari 70 kg ke 60 kg. Selagi tidak sampai, perlu terus berusaha dan jangan patah hati.

  8. Mengikut kajian, kadar pengurangan berat badan ideal adalah kurang dari 1 kg setiap minggu.

    1. ” Mengikut kajian, kadar pengurangan berat badan ideal adalah kurang dari 1 kg setiap minggu” . . tapi tengok bro Zarin, macam cepat je

  9. Cara diet yang betul ialah kena sertakan matlamat atau objektif. Matlamat tersebut perlulah realistik dan boleh dicapai.

  10. Jangan mengubah diet anda secara drastik! Anda sedang cuba melatih diri untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaannya. Berikan diri anda masa. Sistem badan manusia dicipta untuk mengimbangi input dan output melalui otak secara natural mengikut keadaan badan.

  11. Dalam melakukan perubahan yang melibatkan sistem badan, anda perlulah melakukan secara perlahan-lahan dan berterusan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!