Lelaki ini kongsikan perbezaan antara 2 jenis kopi Arabica & Robusta

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kat sini siapa yang minat minum kopi? mesti ramai kan? Min sendiri pun memang penggemar kopi, lagi-lagi kalau kopi Americano. Sungguh menikmatilah orang cakap gitu. hihi.

Brother ni ada kongsikan di laman twitternya cerita tentang kopi. Jom kita tengok apa yang menariknya tentang kopi.

Berikut merupakan perkongsian daripada @hanifmz ;

Coffee. Kalau cakap pasal kopi, ramai yang suka dan ada yang ketagih kan? Hari ni aku nak cerita sikit pasal kopi. Kopi yang selalu kita minum hari-hari ada 2 jenis; Arabica dan Robusta. Ada juga Kopi Segera & 3 in 1, yang ini last sekali aku cerita.

Ini adalah bebenang

Arabica & Robusta adalah 2 jenis kopi biasa yang kita minum hari-hari. Tapi banyak perbezaan antara dua jenis kopi ni. Aku akan terangkan satu per satu.

1. Shape/Bentuk

Arabica bentuk dia seperti oval & saiznya lebih besar dari Robusta dan Robusta sedikit bulat & kecil.

2. Market Share/Bahagian Pasaran

Dalam market dunia, mengikut International Coffee Organisation, Arabica 70% dan Robusta kongsi dalam 30% sahaja. Dalam dunia perdagangan, biji kopi adalah barang makanan yang tertinggi yang didagangkan.

3. Flavor/Rasa

Arabica mempunyai rasa yang lebih manis, lebih smooth/halus, dan mempunyai rasa buah atau beri. Robusta pula lebih keras, lebih harsh/kasar, lebih pahit/bitter, earthy & woody. Jadi siapa yang suka bitter, boleh minum kopi Robusta.

4. Growing/Penumbuhan

Arabica ditanam diketinggian yang lebih tinggi; 600m-2000m dan Robusta dari 0m-600m. Arabica lebih terdedah dengan serangga perosak jika dibandingkan dengan Robusta. Arabica perlukan lebih perhatian dan Robusta kurang. Kiranya Arabica lebih manja.

Kalau nak dibandingkan antara dua jenis ni, yield/hasil Arabica lebih sedikit berbanding Robusta. Ini disebabkan beberapa factor yang aku sebut tadi.

5. Caffeine

Secara purata, Arabica mempunyai 1.5% berbanding 3.0% dalam biji kopi Robusta. Jadi, siapa yang mempunyai anxiety* tapi nak minum kopi, baik minum Arabica atau lagi baik, minum decaf coffee (biji kopi tanpa kafein). Caffeine baik utk kesihatan. *Rujuk doktor pakar.

6. Brands/Jenama

Yang ni tak perlu aku ulas panjang, sebab memang terlalu panjang list dia kalau nak tulis! Hahha. Terlalu banyak jenama! Aku cuma senaraikan sikit saja, kalau korang suka jenama lain, sila reply tweet ni. Personally aku suka Starbucks dan Alcafé.

7. Roasting/Panggang

Setiap syarikat jenama mempunyai cara tersendiri untuk panggang kopi mereka. Dark Roast, Medium Roast & Light Roast. Setiap peringkat mempunyai rasa, aroma & bau yang berbeza. Ikut citarasa masing-masing. Secara peribadi, aku suka Dark Roast & Medium Roast.

8. Brewing Coffee/Membancuh Kopi

Sepanjang sejarah sejak kopi ditemui, kita ada pelbagai cara untuk brew the coffee. Antaranya Pressure, Steeping, Filteration/Dripping & Boiling. Kalau nak cerita memang panjang, jadi kalau ada sambutan, aku buat bebenang lagi satu khas utk Brew.

9. Instant Coffee/Kopi Segera

Kopi segera ni merupakan kopi yg diproses dari biji kopi sebenar & diekstrek airnya dari biji kopi. Prosesnya memerlukan mesin yang besar dan kompleks. Kopi segera tidak ada gula tamahan tapi ada perasa tambahan. Kalau korg nak tau prosesnya.

10. Kopi Kampung

Siapa tak pernah minum kopi kampung? Hahha. Tanyalah ayah atau atok korang, sedap tak sedap kopi kampung? Secara peribadi aku tak suka sebab ada rasa hangit daripada gula/majerin yang dipanggang & dipanggang bersama biji kopi.

Cara buat kopi kampung agak simple tapi lama. Biji kopi dipetik, ditumbuk untuk mendapatkan isi, dipanggang atas kuali menggunakan kayu api untuk mendapatkan aromanya sehingga hitam, kemudian masak gula sehingga menjadi caramel, campur biji kopi kacau sehingga sebati (part ni paling leceh sebab biji kopi dah mengeras dan tak boleh dibiarkan, nanti gula terlalu hangit), tambah madu sebagai perasa tambahan, disimpan 24 jam, ditumbuk sehingga hancur menggunakan batu lesung khas. Kalau cara moden sikit, cuma guna grinder.

11. Coffee 3 in 1

Kalau anda peminat tegar kopi, 3 in 1 (Kopi, Krimer & Gula) bukan pilihan anda. Cuba lihat senarai bahan dlm kopi 3 in 1. Bahan 1st, GULA & selalunya bahan terakhir atau kedua terakhir barulah kopi. Kalau anda nak diet yang sihat, elak 3 in 1.

Konklusinya, Arabica paling tinggi kualitinya & sangat sedap berbanding kopi lain. Kopi terbaik diminum jika minum tanpa gula. Gula proses (artificial sugar) adalah punca segala penyakit*. Cara brew juga memainkan peranan penting dalam menaikkan aroma kopi. *Rujuk doktor pakar.

Sekian sedikit ilmu fasal kopi. Harap bermanfaat. Aku akan buat lebih banyak thread mengenai makanan & minuman dari masa ke semasa, jadi jangan lupa follow untuk up to date!@hanifmz

Sumber: @hanifmz


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!