Lelaki ini kongsikan 12 Panduan Travel Menaiki Pesawat

Spread the love

Assalammualaikum dan Salam Rejab

Kebiasaannya bila kita travel ke tempat jauh-jauh dan menaiki pesawat, mesti kita akan risau. Kadang takda apa-apa pun tapi dalam hati mesti ada perasaan risau tu. Tambah-tambah kalau kita pertama kali naik pesawat.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bayangkan kalau kita ni pertama kali naik pesawat. Mesti kelam kabut dan tak tentu arah dan tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang kita sendiri boleh tengok samada seseorang itu pertama kali naik pesawat atau tak. Mana yang dah selalu travel, tiada masalah bagi mereka.

Ini adalah perkongsian dari Lutfi Lokman tentang panduan travel menaiki pesawat.

1. Semak butiran cetakan atau terma syarat syarikat penerbangan yang telah dipilih oleh anda.

2. Ketahui pecahan butiran kos asas untuk harga penerbangan berapa RM, cukai penerbangan berapa RM, caj perkhidmatan penumpang berapa RM dan bayaran tambahan untuk bagasi yang telah beranak-pinak ketika melancong.

3. Semak kesemua dokumen. Pastikan pasport, visa dan tiket anda adalah sah. Boleh rujuk kepada Travel Agensi yang menguruskan kesemua dokumen tersebut.

4. Semak jika insurans perjalanan anda merangkumi perlindungan yang mencukupi. Samada pakej asas atau premium.

5. Tangkap gambar kesemua dokumen penerbangan anda. Memori phone anda besar kan?

6. Elakkan dari mendaftar masuk bagasi yang mempunyai barang bernilai ke dalam pesawat. Jika tidak perlu bawa, tinggalkan di rumah. Kau pun nak pergi mana bawa segala harta bagai.

7. Tangkap gambar barang-barang anda dan letakkan butiran hubungan anda di dalam bagasi.

8. Pastikan kad kredit dan debit anda berfungsi untuk kegunaan luar negara. Belanja bukan sikit kalau berjalan weh.

9. Jika anda kekurangan upaya atau menaiki penerbangan bersama individu yang kurang upaya, maklumkan kepada syarikat penerbangan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum perlepasan.

10. Jika penerbangan ditunda selama 2 jam, anda layak menerima hidangan makanan, khidmat penggilan telefon dan akses internet. Jika tertunda 5 jam, anda layak mendapat penginapan hotel. Jika dibatalkan, anda layak menerima bayaran balik sepenuhnya atau penerbangan alternatif.

11. Jika bagasi anda hilang, rosak atau tertunda, simpan resit atau bukti nilai pembelian untuk pengesahan tuntutan.

12. Jika kau tak ada duit, kau berangan jer dulu. Nanti ada duit, boleh lah travel menaiki pesawat. Berangan itu percuma.

Anda boleh baca Tips jimat untuk travel 2019, mesti cuba!

Selain dari tips yang diberikan, kita juga harus tahu rukun naik pesawat, iaitu ;

1) Tangkap gambar passport dan tiket.
2) Tangkap gambar sayap kapal terbang.

sumber : Lutfi Lokman

Semoga beramanfaat.

Dah baca ? Klik share 😉


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!