Lelaki ini kongsi cara menulis format surat rayuan haji

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Setiap orang yang bergelar Muslim mempunyai impian yang besar untuk menunaikan haji jika berkemampuan. Lebih seronok lagi, kalau dapat pergi bersama orang yang tersayang dan keluarga yang tercinta.

Dalam artikel ini, saya nak kongsikan satu perkongsian oleh Tuan Hafizul hakim mengenai permohonan surat rayuan untuk mengejarkan haji bersama isteri.

Walaupun perkongsian beliau ini dikongsikan pada tahun lepas, 26 Mac 2019, tetapi ianya sangat penting untuk di share semula kerana rayuan telah dibuka dan akan tutup pada tanggal 24 Februari 2020 bersamaan 1 rejab 1441H.

Ikuti perkongsian beliau yang telah menjadi tular sehingga postingnya mencecah 29 ribu ketika ini.

CONTOH SURAT RAYUAN PERGI HAJI

1)Atas permintaan ramai, saya share surat rayuan haji yang telah saya hantar kepada Tabung Haji pada 29 Januari 2019 sebagai mahram isteri.

Alhamdulillah, saya telah dapat surat tawaran haji pada Jumaat lepas 22 March 2019.

Mudahan asbab perkongsian ini memudahkan urusan kami pergi haji bulan Julai nanti insha Allah.

2)Untuk posting ini saya sertakan dua contoh iaitu:

i) Surat Rayuan suami sebagai mahram (isteri telah dapat tawaran).

ii) Surat Rayuan suami isteri belum dapat surat tawaran. Anak-anak juga boleh menaip ikut format ini untuk ibu bapa mereka.

3)Surat saya simple je. Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya. Perkara paling penting perlu disediakan semasa menaip surat:

a. Nombor Daftar Haji.

Ada ditulis pada surat daftar haji. Kalau tak ingat, anda boleh hubungi Tabung Haji +603-62071919 atau emailkan ke th-info@lth.gov.my. Beritahu nak nombor daftar haji.

b. Kalau belum daftar haji, sila daftar dulu sama ada di Tabung Haji atau melalui perkongsian saya lepas. Baca sini:

https:///hafizul.hakim.999/posts/10159137584894572

Link Tabung Haji:

https://www.tabunghaji.gov.my/…/maklum…/pendaftaran-haji-off

c. Yang ada KWSP attach sekali salinan penyata terkini akaun. Mengapa info ini diperlukan? Klik

https:https://www.facebook.com/590569571/posts/10159206886629572?sfns=mo

4)Kemudian surat ini dihantar secara fizikal ke pejabat Tabung Haji terdekat dan hantar salinan pdf ke alamat email Tabung Haji di atas.

Baik, boleh lihat contoh surat saya dan mula menaip sekarang.

5)Surat ini cuma asbab selebihnya kita berdoa bersungguh-sungguh. Tiap malam kita doa solat tahajud dan buat solat hajat setiap malam minta Allah SWT pilih kita.

Maklumat tambahan untuk tahun 2020

Bacaan untuk anda yang ada buat rayuan haji. Tadi saya dimaklumkan ada borang tambahan dari Official : Lembaga Tabung Haji. Mesti dilengkapkan dan dihantar semula kepada mereka bersama surat rayuan anda.

Link muat turun: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/bantuan-haji-rayuan-haji…

Salah satu soalan yang perlu diisi ialah persetujuan peribadi untuk bayar kos penuh RM22,900 seorang (untuk rayuan haji).

Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya! Aamin.

CONTOH SURAT RAYUAN HAJI

Mukasurat 1: Rayuan Mahram

Mukasurat 2: Rayuan Mahram

Muka depan surat rayuan haji kedua-dua suami isteri. Anak-anak boleh tulis ikut format ini untuk ibu bapa mereka. Mukasurat kedua sama seperti page sebelum ini.

Sumber Facebook: Hafizul Hakim


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!