Lelaki ini berkongsi perasaan gembira setelah dapat selfie bersama Dr Zakir Naik dan Maher Zain

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Melangkah keluar sahaja dari lift apartment ternampak susuk tubuh Dr Zakir Naik sedang menghirup kopi di lobi apartment bersama anaknya.
Beberapa jemaah merapati beliau minta selfie dan semua dilayan dengan baik. Dalam hati kalau dapat selfie dengan Dr Zakir best juga ni.

Pernah sekali ketika zaman Tun M jadi PM ke 4 kami hadir ceramah Dr Zakir di PWTC. Yang datang bukan orang Malaysia malahan ada yang datang dari berbagai negara termasuk dari India dan China. Yang datang juga berbagai agama. Ada yang mengucap dua kalimah syahadah ketika bersoal jawab dengan Dr Zakir. Memang meremang bahu melihat suasana hebat begitu.

Di Malaysia sekarang ada pihak yang sedang berusaha untuk menghalang dakwah berbeza yang disampaikan Dr Zakir.

Abang melangkah perlahan-lahan ke Dr Zakir mencari ruang yang sesuai sebab rasanya ini sahaja peluang nak selfie. Kira-kira 50 meter lagi nak sampai tiba-tiba Bro Maher Zain sampai bersalam dan berbual dengan Dr Zakir

Dalam hati kalau dapat selfie dengan dua-dua lagi bagus juga ni. Tapi tak manislah kan menganggu dua insan hebat yang sedang berbual. Abang lalu tepi dan terus berlalu menuju ke lift satu lagi untuk turun ke Masjidil Haram. Belum sempat pintu lift tertutup tetiba Maher Zain masuk ke dalam dengan perpakaian ihram. Apa lagi terus minta kebenaran selfie dengan beliau. Alhamdulillah dapat juga berselfie dengan Maher zain.

Alhamdulillah kali ini dipilih untuk membantu Maher zain mempromosi #mztourmy2019. Bolehlah bawa rakan-rakan datang ke konsert Maher Zain Malaysia Tour 2019 untuk berjumpa dengan Maher Zain.

Selfie bersama Maher Zain

Agak-agak dapat tak Abang selfie dengan Dr Zakir Naik?

Alhamdulillah berkat doa sahabat-sahabat dapat juga Abang berselfie dengan Dr Zakir Naik.

Kali pertama hadir majlis beliau berbelas tahun dahulu di PWTC bersama lebih 6 ribu orang berbagai bangsa dan agama. Masa tu pergi bersama sahabat kami Hj Mohd Rafee dan Hajjah Eena Ahmad

Kepetahan beliau menjawab soalan dengan rujukkan ayat Al Quran sangat mengkagumkan. Di akhir majlis kami beratur nak bersalam dengan beliau, tak pernah terlintas di hati suatu hari nanti akan dapat berselfie dengan beliau. Berkejar nak bersalam sampai tertinggal hp. Puas mencari rupanya ada dalam beg. Kenangan yang tidak dapat dilupakan.

selfie bersama Dr Zakir Naik

Semuga ada anak-anak kita bakal jadi ahli rujuk Al Quran seperti Dr Zakir Naik

Amir Hassan
Blogger 
Since 2008


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!