Lelaki ceroboh bilik rawatan, rakam doktor tertidur keletihan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

SEORANG lelaki bertindak biadap apabila menceroboh wad kecemasan dan merakam video seorang doktor wanita yang tertidur di atas katil pesakit.

Difahamkan, doktor muda itu tertidur akibat keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa merawat pesakit di wad kecemasan itu tanpa rehat yang cukup.

Bagaimanapun, lelaki itu tetap memarahi doktor wanita terbabit dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya. Gara-gara video tersebut, pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap doktor terbabit sehingga menyifatkan dia sebagai ‘makan gaji buta’.

Video tersebut telah tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang daripada netizen.

Netizen berpendapat lelaki itu tidak sepatutnya menceroboh ke larangan sesuka hati dan menyebarkan video tersebut tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Sumber : Lobak Merah


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!