Langkah pencegahan yang wajar diambil oleh orang awam ketika wabak Koronavirus semakin menular

Spread the love

Pada 6/3/2020, Angka korban wabak koronavirus di China setakat ini dilaporkan mencecah 3,254 orang diseluruh dunia, dengan 95,124 orang dijangkiti virus itu di seluruh dunia.

Menurut WHO 82 buah negara telah terlibat dengan wabak Covid-19.

Semua kes maut yang berlaku di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei yang dipercayai menjadi tempat virus itu mula tersebar, kata laporan itu lagi.

Selain Wuhan yang memiliki populasi 11 juta penduduk, China mengenakan sekatan keluar kepada 10 bandar berhampiran.

Hampir semua penerbangan ke bandar-bandar tersebut dibatalkan dan sekatan di jalan keluar utama diwujudkan.

Kes kematian setakat ini bukan hanya berlaku di China, tetapi virus itu dilaporkan turut mengorbankan mangsa di Korea Selatan, Itali, Iran, Perancis, Jepun, Sepanyol, Australia, Thailand, Iraq, Amerika Syarikat dan Filipina.

Koronavirus boleh menyebabkan pneumonia yang pada keadaan tertentu mengakibatkan kematian. Simptom virus tersebut termasuk demam, batuk dan kesukaran pernafasan.

Dalam suasana begini mengikut Pakar Kesihatan menasihat orang awam lebih baik kita semua :

topeng-muka

1. Mengelakkan untuk berada di kawasan yang sesak serta kawasan mempunyai rangkaian jangkitan.

2. Perlu mencuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat menggunakan air serta sabun.

3. Meningkatkan daya ketahanan dengan menjaga pemakanan dan makan supplemen.

Mengikut kajian saintis Mardi, Kunyit Hitam boleh menambah ketahanan tubuh badan. Dapatkan maklumat lanjut di sini Penemuan saintis MARDI, berkesan cegah pelbagai penyakit moden.

4. Banyakkan minum air kosong untuk mengurangkan dehidrasi.

5. Tidur yang secukupnya.

Segelas air kosong sebagai penyembuh penyakit

Jadi lebih baiklah kalian berehat di rumah dengan buat beberapa aktiviti keluarga seperti solat berjemaah, tazkirah dan membaca buku.

Kita orang Islam boleh tambah amalan untuk mengelakkan terkena wabak ini antaranya :

1. Amalkan sunat beristinsyaq setiap kali sebelum berwuduk.
2. Makan kurma setiap hari dalam jumlah ganjil minima satu biji maksima tujuh biji.
3. Minum sesudu teh madu asli atau madu kelulut setiap hari.
4. Istighfar 1000 x setiap hari.
5. Tidur cukup dan ikut sunnah Rasulullah SAW.
6. Bila keluar rumah baca doa musafir.
7. Doa untuk umat supaya terlindung dari wabak ini.

Madu lebah kelulut asli sangant berkhasiat dan mahal harganya

Stay safe and stay alert. Pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga terutama berada dikawasan crowded dan ramai pelancong asing.

Semuga bermanafaat

Amir Hassan
Blogger


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!