Lakukan 2 tips ini jika anda nak berubah

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kita sentiasa menginginkan kebaikan hari demi hari. Kita mahu esok lebih baik daripada hari ini. Kita mahu esok masalah telah selesai, kita mahukan hidup jadi lebih baik. Untuk berubah, ada dua elemen utama yang diperlukan; pertama kemahuan, dan kedua kesungguhan. Dalam satu perkongsian, Mufti Menk menyarankan dua cara untuk seseorang itu berubah.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

1- Melakukan Perubahan Dengan Kadar Segera

Jika kita mahu berubah, maka ambil lah langkah dengan segera. Usah berlengah-lengah. Syaitan akan menggoda kita dan membuatkan kita melambat-lambatkan taubat, melambatkan perubahan.

Qadhi ‘Iyadh rahimahullah melaporkan bahawa beliau pernah melakukan hal-hal yang dilarang oleh Allah. Namun pada suatu hari beliau mengambil keputusan untuk terus berubah setelah mendengar satu firman Allah yang berbunyi:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?…”(Surah Al-Hadid 57:16)

Tidakkah kita terfikir bahawa petunjuk sebenarnya sentiasa ada di sekeliling kita – melalui orang-orang yang kita jumpa, nasihat-nasihat baik yang kita dengar, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Cuma kita perlu membuka mata hati untuk ‘menerima’nya.

2- Melakukan Perubahan Secara Perlahan-Lahan

Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan satu demi satu perubahan setiap hari. Jika hari ini kita masih bersikap kasar dengan ahli keluarga, suka melontarkan kata-kata kesat dan sebagainya – maka mulalah dengan cara mendiamkan diri saat marah, atau boleh menjauhkan diri sebentar, kemudian barulah boleh belajar untuk bercakap dengan baik. Jika ada rasa untuk memaki, maka praktikkan kembali ‘diam’. Sehingga akhirnya kita mampu mengawal rasa marah.

Jika hari ini kita tidak solat, maka mulalah walau dengan hanya mengambil wuduk. Esok kita mula untuk menunaikan satu waktu solat. Kemudian satu lagi, dan satu lagi sehingga akhirnya solat menjadi satu ibadah yang tak mampu lagi untuk ditinggalkan. Hingga kita akhirnya dapat merasa betapa perlunya hati kepada solat.

Allah tahu jika hati kita mahukan kebaikan. Percayalah Allah akan melorongkan jalan dengan lebih mudah. Sehingga tanpa sedar kita telah berada di atas ‘jalan lurus’ yang sering kita pohonkan iaitu “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus” – (Surah Al- Fatihah 1:6)

Dah baca? Klik share 🙂

Semoga bermanfaat. Wallahu’alam.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!