Kutipan pecah panggung RM25 juta, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal kalahkan filem animasi antarabangsa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pecah rekod. Pecah panggung! Itulah yang berlaku dengan filem animasi tempatan, Upin & Ipin Keris Siamang Tungggal.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal merupakan filem animasi kedua terbutan Les Copaque Production meraih kutipan RM25 juta hanya selepas 3 minggu tayangan. Jumlah penonton pula telah mencecah 2 juta orang.

Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan Incredible 2. Lebih membanggakan, jumlah penonton yang ramai tersebut tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadi penanda aras bagi filem baru tempatan.

Sudah tentu ia akan meningkat pada hari minggu yang akan datang.

Kejayaan filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini adalah hasil daripada penulisan cerita yang luarbiasa dalam mengaitkan watak Upin Ipin dengan watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan banyak lagi.

Penaja utama filem, Citrex Gummy dalah dari negara seberang, Indonesia. Mereka mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan terbaru sekali Citrex Gummy yang merupakan guka-gula kenyal. iNest pula memasarkan produk Coway dan semua penaja-penaja ini juga memberikan mesej yang baik kepada semua pengguna dan penonton.

Kos penerbitan filem yang menelan belanja RM20 juta menjadikan ia filem termahal di Malaysia dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Ia dilihat sebagai satu penanda aras baru terhadap mutu industri animasi tempatan dalam semua aspek setanding dengan karya-karya antarabangsa.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal ini akan ke panggung wayang di Vietnam, China dan Indonesia tidak lama lagi. Sudah tentu peminat-peminat di negara seberang tidak sabar menunggu filem animasi ini di pawagam.

Moga kutipan di panggung wayang semakin meningkat dan mendapat sokongan rakyat Malaysia yang menontonnya dan tidak membuat rakaman untuk dimuat naik di sosial media.

Tahniah Les Copaque Production!


Spread the love

7 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!