Kutipan pecah panggung pada hujung minggu pertama dengan rekod RM4.96 billion untuk filem Avengers:Endgame

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pencapaian yang sangat membanggakan untuk Marvel Studios kerana filem terbarunya ‘Avengers: Endgame’ dalam usaha untuk memecahkan semua rekod yang ada di dunia perfileman Hollywood.

Lebih menarik, filem keluaran Marvel Studios ini akan mendapat kutipan paling tinggi dalam sejarah dan bakal mengatasi kutipan siri sebelumnya iaitu Avengers: Infinity War yang mencatat keuntungan lumayan sebanyak USD2.04 billion pada tahun 2016.

Kutipan untuk hujung minggu pertama sahaja sudah mencecah USD1.2 Billion (RM4.96 Billion).

Ia memecahkan rekod kutipan terbanyak dalam masa sehari di China, Australia, New Zealand dan beberapa negara lain. Tayangan filem itu di China adalah paling menguntungkan dengan kutipan sebanyak AS$330.5 juta.

Peminat Avengers yang tidak sabar untuk menjadi antara yang pertama menonton filem Endgame ini sudah membelinya lebih awal sebelum hari mula ditayangkan. Sangat kagum dengan kesabaran peminat Avengers.

Malah, ada juga pawagam yang beroperasi terus 24 jam untuk memenuhi permintaan tontonan Endgame. Itu yang menjadikan Jualan tiket awal banyak membantu dalam kutipan filem ini.

Pakar meramalkan siri akhir Avengers:Endgame yang menerima pujian ramai, menampilkan barisan pelakon handalan seperti Robert Downey Jr, Scarlet Johansson dan lain-lain, akan memperoleh AS$200 hingga AS$260 (RM924 juta hingga RM1.2 bilion) pada pembukaan hujung minggu di Amerika Utara.

Yang pasti, tidak ada filem yang dapat menandingi kejayaan yang dicipta oleh Avengers:Endgame dalam masa terdekat.

Tahniah Disney dan Marvel Studios.

Sumber: The Vocket, Berita Harian


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!