Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Industri perfileman di Malaysia merupakan antara yang aktif saban tahun. Setiap minggu sudah pasti ada sahaja filem-filem baru yang dimasukkan ke senarai panggung wayang di Malaysia. Ada yang meletup box office dan ada juga yang mungkin pulang modalnya sahaja.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tahun demi tahun, filem tempatan dilihat semakin mengorak langkah dengan adanya teknologi yang telah dikuasai dan dipelajari. Berbanding dengan puluhan tahun yang lalu, sudah pasti ada bezanya. Penerbit dan pengarah sesebuah filem sudah pasti mahukan bajet yang memberikan pulangan yang memberangsangkan.
Bagi menggalakkan perfileman di Malaysia, Finas turut memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sewaan alat kelengkapan penggambaran serta kemudahan produksi filem, dewan pratonton dan studio.
Sehingga Oktober 2018, Munafik 2 kini merupakan filem tempatan paling hebat sepanjang masa di Malaysia dan satu-satunya filem yang melebihi kasar melebihi RM40 juta.
Kutipan filem tempatan paling tinggi di Malaysia:
- Munafik 2 – RM48 juta
- Hantu Kak Limah 3 – RM36 juta
- PASKAL – RM30 juta
- Polis EVO 2 – RM20 juta
- Abang Long Fadil 2 – RM18.15 juta
- Polis EVO – RM17.74 juta
- Munafik – RM17.04 juta
- The Journey – RM16.87 juta
- Ola Bola – RM16.67 juta
- BoboiBoy : The Movie – RM15.77 juta
Pihak kerajaan turut membantu pengeluar-pengeluar filem tempatan dengan menawarkan potongan 50% kepada iklan-iklan di televisyen kerajaan oleh Kementerian Penerangan.
Furious 7 kini merupakan filem antarabangsa tertinggi sepanjang masa di Malaysia dan memegang beberapa rekod iaitu filem tertinggi pada tahun 2015, rekod pembukaan tertinggi sepanjang masa dan satu-satunya filem kepada kasar melebihi RM60 juta.
Sehingga 2017, Fate of the Furious telah mengambil alih sebagai pembukaan tertinggi hujung minggu sepanjang masa pada tahun 2017.
Untuk pegetahuan, Avengers: Infinity War menjana lebih $2 bilion di seluruh dunia, menjadi filem keempat untuk melampaui pencapaian, dan filem ke-4 tertinggi sepanjang masa.
Black Panther, Jurassic World: Kingdom Fallen and Incredibles 2 masing-masing berjumlah lebih $1 bilion di seluruh dunia, dan merupakan antara filem-filem tertinggi kutipannya sepanjang zaman.
125 Comments
Hebat filem Munafik 2 sebabnya hanya dia filem tempatan paling hebat sepanjang masa di Malaysia dan satu-satunya filem yang melebihi kasar melebihi RM40 juta.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Filem hantu kak limah mmg sentiasa diminati. Filem pertama dulu mncetus kan fenomena tersendiri
Skop Production mengungguli carta mengutip filem tempatan tertinggi di Malaysia. Syabas kepada team mereka.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Skoo production ni dari dulu lagi bijak buat filem yg org suka. Walaupun gerak khas tu mcm tak berkualiti. Oops.
Skop Production bertahn cukup lama dalam industri. Filem filem keluaran mereka pun berkualiti tinggi
Furious 7 mencatat 60 juta kutipan merupakan filem antarabangsa tertinggi di Malaysia. Ramai sangat peminat filem ni
Biasalah filem franchise. Mereka dah ada pengikut tersendiri yg follow dari filem prtama lagi
Munafik 2 di bawah penerbitan Skop Productions arahan Shamsul memang dah dijangka akan meletops
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Sebab ramai yg suka sgt dgn filem pertma. Jadi masing masing tsk sabar nk tengok kesinambungannya
Kalau penerbit dan pengarah sesebuah filem dapat bajet yang memberikan pulangan yang memberangsangkan tentu filem yang disajikan juga berkualiti
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Finas turut memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sewaan alat kelengkapan penggambaran serta kemudahan produksi filem, dewan pratonton dan studio kepada pengkarya filem di Malaysia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bagus kan? Mereka dh bagi ruang utk filmakers brkarya. Sebb tu kena buat betul betul.
Brckp soal filem, sy sendiri merupakan penggemar tegat filem. Dh lama juga tak tgo movie sbb sibuk hantar komen di sini
hehe mungkin lepas 31/12/2018, NK boleh sambung layan movie lagi kan.. tak pun stop komen di sini dulu haha
Of course. Dah lama sgt tak layan filem. Banyak dh yg ketinggalan ni. Nanti nak kena catch up.
Punya la kerajaan nai suruh mro buat filem brkualiti. Sampai siap bg potongan hrga utk iklan
Tu maknanya kerjaayn meang support kerja kerja perfileman ni. Yang tak bestnya, karya diplagiat
itu sebagai salah satu usah kerajaan sokong produk perfileman tempatan negara. Terbaiklah
Kerajaan dah sokong. Sekarang ni tunggu penonton tempatan pula utk beli tiket utk support
Walau bangga yang filem Malaysia sudah mula menunjukkan kutipan yang bagus-bagus. Tapi kebanyakkan filemnya adalah filem yang santai-santai.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Perhatikan 7 Tanda Ini Kalau Hendak Tahu Rezeki Berkat Atau Tidak
Betul tul. Tapi penonton di malaysia masih belum gemar filem yg bertema berat. Mereka lebih suka filem blockbuster
Haah, jadi penerbit filem pun tak berani nak buat filem yang nanti orang tak nak masuk panggung. Diorang yang rugi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bnyak flem filem melayu yg catat kutipan tinggi tahun ni. Tahun depan macam mana pula ya?
Menonton filem adalah salah stu cara utk kita release tekanan. Selain tu masa utk kita habiskan dgn rakan rakan
Dah luma juga tak menonton wayang sejak berkahwin dan beranak pinak ni, susah ada baby
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kematian paul walker sedikit sebnyak menyumbang kpd jumlah kutipan. Ramai nk tgk lakonannya yg terakhir
Furious 7 ni best. Siap terjuj dari kapal terbang. Plg best pengarahnya berasal dari malaysia hehe
Ni yang paling best kot. Ulang kali banyak kali tengok pun tetap rasa excited
Ye. Saya selalu tgk furious 7 di astro. Filem lain dlm franchise ni tak berapa minat plak hehe
Owh.. kitorg layan semua..macam semua je best..tp tnpa Paul Walker, dah rasa kureng sket
Bidang prfileman ni brgantung pd nasib juga. Kalaau dibarisi pelakon best pun belum tentu dpt sambutan
Nak kata nasib tak gak. Rasanya lebih tepat kepada idea yang menarik. Cast hanya membantu
Comments are closed.