Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Industri perfileman di Malaysia merupakan antara yang aktif saban tahun. Setiap minggu sudah pasti ada sahaja filem-filem baru yang dimasukkan ke senarai panggung wayang di Malaysia. Ada yang meletup box office dan ada juga yang mungkin pulang modalnya sahaja.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tahun demi tahun, filem tempatan dilihat semakin mengorak langkah dengan adanya teknologi yang telah dikuasai dan dipelajari. Berbanding dengan puluhan tahun yang lalu, sudah pasti ada bezanya. Penerbit dan pengarah sesebuah filem sudah pasti mahukan bajet yang memberikan pulangan yang memberangsangkan.
Bagi menggalakkan perfileman di Malaysia, Finas turut memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sewaan alat kelengkapan penggambaran serta kemudahan produksi filem, dewan pratonton dan studio.
Sehingga Oktober 2018, Munafik 2 kini merupakan filem tempatan paling hebat sepanjang masa di Malaysia dan satu-satunya filem yang melebihi kasar melebihi RM40 juta.
Kutipan filem tempatan paling tinggi di Malaysia:
- Munafik 2 – RM48 juta
- Hantu Kak Limah 3 – RM36 juta
- PASKAL – RM30 juta
- Polis EVO 2 – RM20 juta
- Abang Long Fadil 2 – RM18.15 juta
- Polis EVO – RM17.74 juta
- Munafik – RM17.04 juta
- The Journey – RM16.87 juta
- Ola Bola – RM16.67 juta
- BoboiBoy : The Movie – RM15.77 juta
Pihak kerajaan turut membantu pengeluar-pengeluar filem tempatan dengan menawarkan potongan 50% kepada iklan-iklan di televisyen kerajaan oleh Kementerian Penerangan.
Furious 7 kini merupakan filem antarabangsa tertinggi sepanjang masa di Malaysia dan memegang beberapa rekod iaitu filem tertinggi pada tahun 2015, rekod pembukaan tertinggi sepanjang masa dan satu-satunya filem kepada kasar melebihi RM60 juta.
Sehingga 2017, Fate of the Furious telah mengambil alih sebagai pembukaan tertinggi hujung minggu sepanjang masa pada tahun 2017.
Untuk pegetahuan, Avengers: Infinity War menjana lebih $2 bilion di seluruh dunia, menjadi filem keempat untuk melampaui pencapaian, dan filem ke-4 tertinggi sepanjang masa.
Black Panther, Jurassic World: Kingdom Fallen and Incredibles 2 masing-masing berjumlah lebih $1 bilion di seluruh dunia, dan merupakan antara filem-filem tertinggi kutipannya sepanjang zaman.
125 Comments
Terbaik filem Munafik 2.. ini antara kelebihan orang yang terlibat dalam industri perfileman.. bila dapat kutipan juta-juta ringgit, umpama dapat bonus besar..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Itu belum lagi termasuk royalti bila filem-filem di ulang tayang atau dimasukkan ke dalam channel astro berbayar.. bertambah-tambahkan masyuk..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Bertuah kan. Bajet sederhana tapi keuntungan berjuta juta. Untung bessr pihak penerbit
Tapi ada gak production house yang bagi bonus tak setimpal dengan apa yg diorg dah kutip
Selain teknik dan teknologi yang canggih, peranan pelakon,krew dan pengarah saling mempengaruhi untuk menghasilkan filem yang hebat-hebat.
Kita sering lupa pada mereka yg bkrja keras di blakang tabir. Sbb kita biasa tgk pengarh dan pelakon shj
Kira bernasib jika filem boleh balik modal.Yang kesiannya jika rugi dan ini memberi kemerosotan motivasi kepada penggiat industri seni filem negara.
Filem yang membuat box office adalah impian pengarah dan pengeluar.Banyak untung dan banyak seronok tengok duit masuk.
Ye. Penerbit dan pengarah mcm dpt durian runtuh. Siapa tak suka kalau filem dpt kutipa juta juta
Filem Jurassic World: Kingdom Fallen adalah sequel kepada filem keluaran sebelum.Menonton filem ini memang menjanjikan kepuasan dan kejutan dalam pawagam.
Filem jurassic world mmg popular. Ramai nak tgk kesinambungan kisah mereka. Pelakon pun femes
Jurassic World memang best. Anak anak memang enjoy tengok. Balik rumah, google youtube Jurassic world lak nak sambung tgk
Sayanglah filem Black Panther belum sempat saya menonton.Biasalah bukan kaki wayang dan tiada penggerak untuk ke tempat tersebut.
Filem Avengers memang hebat populariti di dunia.Kalau tidak masakan boleh memperoleh kutipan tiket sehingga lebih $2 bilion.
Sbb franchise ni ditubuhkan sejak 2008 lagi. Jdi penonton dh terbiasa dgn watak watak ini
Pada tahun 2015 ekonomi Malaysia masih bagus.Kesempatan ini digunakan oleh orang ramai untuk berbelanja sakan.Mungkin dengan cara menonton wayang.
Tu la..nak kata ekonomis tak bagis, kita masih menonton wayng yang bukan satu keperluan pun kan
Filem Furious 7 menjadi tertinggi sepanjang masa di Malaysia bukan satu kejutan.Sebab ramai yang minati filem ini sejak dari filem yang pertama lagi.
Rakyat msia ni suka filem aksi. Lihat sahaja carta filem melayu. Aksi mesti dpt kutipan tinggi
Filem Furious 7 memang hebat dan terpuji dalam kelasnya.Jika tidak masakan boleh ada sequel sehingga ke 7 kali.
Ada potongan 50% untuk iklan promosi memang baik juga.Jika bijak menggunakan kesempatan memang boleh menghasilkan pulangan yang lumayan.
Walau pun dilanda kontroversi, Polis Evo 2 dapat hasilkan kutipan yang memberangsangkan berbanding filem filem lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Filem Polis Evo 2 digarap dengan begitu baik sekali…
sebab itu ramai sudah menonton mau menonton untuk kali kedua dan sebagainya
belum tengok lagi munafik tu. Bila lah agaknya dapt tengok sebab orang kata cerita dia best sangat
Ada yg cakap munafik 2 lebih seram dari filem nya yg pertama. Betul ke?
Dah lama juga tak tgk filem melayu. Kali trakhir saya tonton pisau cukur. 2009 ke 2010 dah lupa
Hehe NK dah lama sgt tak menonton filem lokal ye. Kena support produk tempatan juga
Comments are closed.