Kunci Untuk Mendapat Kebahagian Dan Berkat Dalam Hidup

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Allah SWT dengan jelas menjanjikan kehidupan yang baik buat hamba-hambaNya yang melakukan amal soleh.

Ibnu ‘Athiyyah berpendapat amal soleh adalah merangkumi segala bentuk ketaatan, yang disyaratkan mesti dilakukan dengan keimanan.

Baca : 12 Amalan Harian Yang Perlu Kita Buat

Ibnu Kathir pula menjelaskan amal soleh adalah amalan yang sesuai dengan Al-Quran sunnah. Tiga syarat amal soleh ialah; selari dengan petunjuk Nabi SAW ikhlas kerana Allah disertai dengan akidah yang benar.

Para ulama’ mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai kehidupan yang diredhai Allah dan dikurniakan:

  1. Rezeki yang halal
  2. Kebahagiaan
  3. Kecukupan keperluankemanisan dalam ketaatan
  4. Ketenangan hati
  5. Kelapangan dalam berbagai perkara
  6. Kebaikan di akhirat berupa syurga.

Rasulullah SAW juga telah bersabda:

Sungguh beruntunglah orang yang masuk Islam, lalu diberi rezeki yang cukup, dan berasa cukup dengan apa yang Allah berikan.”

(HR Muslim)

Dan sentiasalah melakukan segala sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian kita. Jangan tinggalkan amalan-amalan kebaikan. Kerana amalan kebaikan itulah yang akan membawa kita ke Syurga kelak. InsyAllah.

Baca : 7 Sunnah ‘Power’ Yang Patut Kita Amalkan

Wallahua’alam. Sebarkan jika bermanfaat. 🙂


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!