Klinik Pakar Kesihatan USIM bantu Golongan Asnaf

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Bagi memberi perkhidmatan kepada golongan kurang berkemampuan seperti fakir miskin serta golongan asnaf , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai membuka sebuah klinik yang diwakafkan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Klinik Pakar Kesihatan USIM yang mula beroperasi sejak bulan April 2014 terletak di Nilai Square memberi peluang kepada masyarakat sekitar mendapatkan perhidmatan daripada pakar-pakar perubatan USIM dengan kadar bayaran berpatutan.

USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd. (UTHSB) ditubuhkan pada 17 Mac 2009 dan mengendalikan Pusat Pakar Kesihatan USIM (PPKU) yang menawarkan perkhidmatan pakar perubatan, pakar pergigian dan rawatan pesakit luar kepada masyarakat di sekitar Nilai.

Pusat ini mempunyai kelebihan dari segi modal insan kerana melibatkan doktor-doktor pakar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian USIMF. la juga dilengkapi dengan peralatan yang berasaskan teknologi terkini.

Apa yang menarik dan terbaik di Klinik Pakar Kesihatan USIM ini adalah dengan adanya tabung Tabarru’. Untuk Tabung Tabarru’ itu tujuannya adalah untuk membiayai kos rawatan bagi golongan asnaf yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sumber tabung ini diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan juga syarikat korporat.

Pusat Pakar Kesihatan USIM (PPKU) menawarkan perkhidmatan yang komprehensif yang merangkumi bidang-bidang berikut:

  • Perundingan perubatan, prosedur dan diagnostik
  • Perubatan Am & Perubatan Keluarga
  • Pakar Perubatan Dalaman
  • Pakar Ortopedik
  • Perbidanan Dan Sakit Puan (O&G) : klinik antenatal dan postnatal, klinik infertiliti, dan klinik kesihatan wanita.
  • Klinik Mata (Oftalmologi)
  • Pembedahan : pembedahan am, berkhatan.
  • Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
  • Radiologi : ultrasound, x-ray
  • Pergigian : diagnosis, tampalan, crown & bridge, periodontik, rawatan akar, pembedahan kecil, rawatan pencegahan, otodontik (braces), prostetik, implan dan pemutihan gigi.
  • Farmasi
  • Pemeriksaan dan saringan kesihatan
  • Ceramah kesihatan
  • Perundingan kesihatan Islami
  • Kemudahan makmal
  • Panel

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan di klinik USIM tersebut, bolehlah bertemu dengan pegawai khidmat pelanggan di situ. Pemeriksaan kesihatan percuma untuk golongan asnaf dan fakir Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan juga ada diadakan mengikut jadual.

Untuk temujanji dan pertanyaan hubungi mereka di talian 06-8504921

Alamat :

Klinik Pakar Kesihatan USIM
Lot 193-194, Jalan Nilai Square 6
Nilai Square, 71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Sila follow Facebook Klinik Pakar Kesihatan USIM untuk maklumat lebih lanjut.


Spread the love

26 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!