KKM Tubuh Jawatankuasa Khas Audit Kematian COVID-19

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menjalankan audit terhadap kematian pesakit COVID-19 di hospital.

Penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah melalui keputusan mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan, CPRC, pada Jumaat.

KKM menerusi satu tweet berkata, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Datuk Dr. Christopher Lee dan dibantu oleh pakar-pakar pelbagai bidang disiplin yang berkaitan.

Manakala Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan bertindak sebagai sekretariat teknikal bagi National COVID-19 Mortality Review Committee ini.

Kredit Gambar: Malaysiakini

Melalui jawatankuasa ini, setiap butiran pengurusan dan rawatan yang diberikan kepada setiap kes kematian COVID-19 akan diteliti oleh pakar-pakar berkenaan.

“Hasil analisis maklumat ini harap dapat membantu dalam pengurusan pesakit COVID-19 di negara kita,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga turut berterima kasih kepada Dr. Christopher Lee yang sudi membantu walaupun sudah bersara daripada perkhidmatan awam pada Januari lau.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!