Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ni adalah part yang ke-8 sambungan “Kisahnya Secebis Hati“ coretan dari Penderma HATI, Ahmad Khariri. Bagi yang belum baca episod awal yang telah dipublish sebelum ni iaitu Part 1 hingga 7 boleh KLIK SINI. Rakan Blogger boleh menjemput Saudara Ahmad Khariri untuk sessi Motivasi berkongsi pengalaman dan kepada yang teringin mempromosikan bisnes isteri beliau sila klik – Bunga Telur Teddy Bear.
Pesakit Bengkak Hati : Allahyarham Adik Mohd Yohitt Bin Mohd Farhan Kutty Krishnan
Penderma Hati : Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop
Tarikh pembedahan pemindahan hati (Liver Transplant) : 18 Disember 2004
Tarikh Adik Yohitt meninggal dunia : 28 Januari 2005
Sampai sahaja di pejabat, saya terus duduk di meja sambil membelek-belek surat khabar Utusan Malaysia yang saya beli pagi ini. Kebiasaannya saya akan terus melihat bahagian belakang sekali kerana membaca ruangan sukan tetapi entah mengapa hari ini saya menyelak bahagian hadapan terlebih dahulu. “Pesakit Bengkak Hati Memerlukan RM270 ribu”.
Terkejut saya membaca tajuk berita ini. Pada mulanya saya tidak berapa perasan dengan tajuknya tetapi apabila kelihatan gambar adik Atiqah bersama ibu dan ayahnya, barulah saya cam. Sedih apabila melihat gambar adik Atiqah dalam keadaan perutnya yang membuncit. Walaupun saya kurang senang dengan gambarnya dipaparkan begitu, namun itu adalah ‘senjata’ utama seorang editor dan wartawan bagi melariskan jualan akhbar mereka. Saya meneruskan bacaan artikel tersebut sehinggalah di satu perenggan ayat berbunyi ‘..bakal penderma hati kepada adik Nur Atiqah Najwa adalah Saudara Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop. Beliau yang ditemui di rumah keluarga Encik Mohd Sharif bersetuju apabila dihubungi untuk mendermakan sebahagian hati beliau kepada adik Nur Atiqah. Pembantu Perancang di sebuah kilang di Shah Alam ini ….’ sekeping gambar saya turut diletakkan dalam artikel itu.
Saya yakin pasti ada sahabat saya yang perasan akan cerita ini. Bukan saya risaukan akan cerita berkaitan adik Atiqah ini tetapi kerana nama dan gambar wajah saya yang turut bersama di artikel ini. Saya sudah menaruh persepsi yang tidak baik terhadap mereka yang akan membacanya. Mungkin mereka akan berjumpa saya dan bertanya macam-macam berkaitan hal ini. Mungkin juga akan ada yang menghentam saya kerana ‘kebodohan’ saya ingin mendermakan hati. Pelbagai persepsi ini berpusing-pusing tiada hentinya. Bagi saya merka ada hak untuk mengatakan apa jua terhadap niat saya ini tetapi mereka tidak boleh mempersoalkan mengapa saya ingin membantu adik kecil ini!
Seperti yang saya jangkakan beberapa orang sahabat saya datang ke meja saya semata-mata ingin mendapatkan kepastian berita yang baru sahaja dibacanya sebentar tadi. Rimas juga dibuatnya pagi-pagi lagi sudah mempunyai ramai ‘peminat’. Mereka sememangnya terkejut kerana perwatakan saya di pejabat ini sentiasa membuat lawak dan menghiburkan mereka dengan telatah saya. Dan amat jarang sekali saya akan menjadi seseorang yang begitu serius. Mungkin mereka beranggapan mana mungkin dengan perwatakan saya ini memberanikan saya untuk menjadi penderma hati. Sudah semestinya penderma itu seorang yang serius dan tidak akan membuat lawak dengan keputusan yang begitu besar kesannya.
Bukan setakat sahabat-sahabat malahan majikan saya juga bertanyakan perkara yang sama. Apa yang mereka baca begitulah juga mereka ingin tahu kebenarannya. Saya rasakan dengan tiba-tiba sahaja hari ini saya telah menjadi popular di kalangan kakitangan di SEEM ini. Saya juga tidak boleh melakukan kerja-kerja saya kerana ada sahaja yang ‘mengusik’ saya. Ada yang konon-kononya mahukan autograph saya dan tidak kurang yang meminta saya memberitahu kepada wartawan nama-nama sahabat saya kononnya adalah sahabat baik saya. Kadangkala saya ketawa apabila memikirkan ianya baru sekali keluar di surat khabar. Belum lagi seperti artis yang hampir setiap hari cerita kehidupan mereka menjadi bacaan dan bualan para peminat. Entah bagaimana agaknya sekiranya ditayangkan di televisyen pula. Masalahnya, saya bukan artis atau seseorang yang perlu menjadi perhatian orang sekeliling. Saya hanya seorang Pembantu Perancang di sebuah kilang sahaja!
Ada juga sahabat yang menghantar SMS dan menghubungi saya untuk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita di akhbar itu. Saya sengaja tidak mahu membalas SMS mereka kerana semakin dibalas dan dilayan, semakin banyak yang saya akan jawab. Cukuplah sekadar dengan apa yang mereka baca sahaja dan tidak perlu saya ulas selebihnya. Manusia sememangnya begini. Sekiranya dibacanya satu, mereka mahukan diulas cerita itu supaya menjadi lebih banyak atau besar daripada cerita itu. Mereka tidak akan berpuashati dengan apa yang dibaca. Satu demi satu akan ditanya sehingga mereka berpuashati. Masalahnya tiada apa yang perlu saya diceritakan lebih daripada itu. Saya sekadar hanya ingin membantu dengan mendermakan hati saya itupun sekiranya kesihatan saya di tahap yang baik dan sesuai untuk didermakan. Ianya betul-betul diperingkat permulaan dan belum ada kepastian lagi sebenarnya.
Apabila diajukan dengan soalan-soalan yang sedikit ‘kasar’, saya lebih selesa mendiamkan diri kerana mungkin mereka sekadar ingin tahu namun cara bertanya yang kurang sesuai. Saya tidak cepat melatah untuk memarahi atau memaki orang. Saya lebih selesa mengambil pendekatan kurangkan bercakap namun hanya lebihkan senyuman sebagai jawapannya. Terpulang bagaimana mereka ingin membuat kesimpulannya sendiri. Saya khuatir tersalah menjawab soalan mereka akan menimbulkan situasi yang kurang enak. Bukannya ingin menyombong dan jauh sekali untuk membangga diri tetapi kadangkala dalam sesuatu keadaan ada cara tersendiri untuk menanganinya.
Saya sedaya-upaya untuk tidak melibatkan perkara peribadi tersebut ke dalam urusan kerja saya. Saya tidak mahu urusan periuk nasi saya terganggu dengan semua ini. Saya berjumpa dengan Encik Ahmadsur untuk menerangkan apa yang berlaku hari ini agar beliau dapat mendapat gambaran yang sebenar. Walaupun sejak pagi tadi beliau hanya mendiamkan diri namun saya yakin beliau mahukan saya sendiri yang membuat penjelasan kepadanya. Kelihatan beliau sangat professional dalam hal ini kerana bijak mengawal sentimen hari ini. Saya selesa meluahkan kepada beliau kerana beranggapan beliau bukan sahaja sebagai ketua tetapi seorang abang yang baik. Beliau mendengar dengan teliti dan tidak memberikan komen sepanjang sesi perbualan kami. Mungkin beliau cuba ‘masuk’ ke dalam diri saya ketika ini agar dapat memahami apa yang saya rasakan.
Sedikit demi sedikit saya mulai rasa tenang kembali. Jika tidak saya rasakan begitu berat situasi ini untuk ditangani sendirian. Encik Ahmadsur memberikan nasihat dan beberapa langkah-langkah yang perlu diambil untuk meredakan keadaan ini. Beliau minta agar saya berjumpa terus bahagian Sumber Manusia untuk menceritakan perkara ini. Sekurang-kurangnya apabila ada pihak lain atau wartawan yang datang untuk interview saya atau mendapatkan pengesahan daripada majikan, mereka telah sedia maklum akan perkara ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Ahmadsur yang benar-benar membantu saya. Nampaknya saya lebih tenang untuk meneruskan urusan kerja. Saya akan pastikan urusan kerja ini menjadi sebahagian daripada cabaran saya selain cabaran untuk mendermakan hati kelak.
Ketika sampai sahaja di rumah, kedua-dua anak gadis saya melompat-lompat mendapatkan saya. Di tangan mereka kelihatannya ada surat khabar yang hampir remuk. Barangkali mereka juga telah melihat gambar abah mereka ini di dalamnya. Jangkaan saya tepat apabila Aina memberikan surat khabar yang memaparkan cerita berkaitan adik Atiqah ini. Sememangnya ibu akan membeli surat khabar setiap hari apabila ke kedai. Ibu hanya membaca cerita-cerita yang menarik perhatian terutama cerita masalah masyarakat atau politik terkini. Walaupun ibu tidak minat kepada politik namun beliau gemar untuk memberikan ulasan apabila berbual-bual dengan kami sekeluarga. Ada sahaja yang akan dimarahinya kerana permainan politik ini terlalu kotor dan jahat katanya. Ibu akan menceritakan kepada kami bagaimana Allahyarham abah pernah menyuarakan untuk bertanding dalam pilihanraya setahun sebelum beliau mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Kepetahan Allahyarham ketika menyampaikan ceramah membuatkan ramai sahabat beliau yang mengesyorkan agar beliau masuk bertanding sebagai calon wakil rakyat.
Bersambung …
61 Comments
terus menanti apa kesudahannya
Curahan rasa auc @ ..Rezeki Awal Tahun 1434H
kesian….tak terkata…tahu baca jer ceritanya huhu
Curahan rasa Norizwan @ ..Rahsia awet muda nenek 70 tahun seperti 40 tahun
Keputusan yg sukar. Kalau kawe pon, tak tahu apa nasihat yg hendak di beri. Hmmm..
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..SKYFALL – Past, Future, Experienced, Youth
Sungguh kebaikan hati sang penderma dan ketulusan niat ikhlas membuatnya tidak suka berita perdermaan ini dibuat di media massa
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Serangan Jantung
Karena bisa juga karena pemberitaan ini keikhlasan dalam berderma bisa ternoda
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Serangan Jantung
MUngkin dari sisi penderma tidak ada problem Mas,… Tapi dari para pembaca tentunya akan muncul berbagai tanggapan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah
Dan hal itu tidak terpikirkan oleh penulis berita atau bahkan sengaja mengabaikannya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah
Dalam kehidupan ini, setiap kita akan melaksanakan maksud baik selalu saja ada rintangan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah
Namun bila kita yakin akan langkah yang kita tempuh, maka semua itu pastilah akan bisa diatasi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah
apa agaknya cerita selanjutnya ye…
Curahan rasa boni kacak @ ..Silence Day Of Wednesday : Patah Hati
Iya nih… kita jadi kepingin tahu bagaimana kelanjutannya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah
Terutama tanggapan dari keluarga Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop tentang pemberitaan ini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah
makin best. best.best nih..
Curahan rasa titan @ ..Komisen pertama dari PenolongImigresen.com
Persoalan hidup memang tidak mudah untuk diketahui, teruslah melangkah dan maju jika kebenaran itu ada didepan…
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Tips dan Cara Membuat Brownies Kukus
bila berhadapan dengan situasi camtu mungkin baru boleh dapat nak kenal mana satu sahabat baik dan sebaliknya..
Curahan rasa pipoq @ ..Jemur
manusia mmg susah nk puaskan hati semua manusia dm dunia ni… buat sajelah apa2 pun dgn ikhlas, biar allah yg tentukan, bukan gitu… klu nak ikut/dgr cakap org ni, boleh gila dibuatnye
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Doa Awal Muharram – Salam Awal Muharram 1434 Hijrah !
orang ingin berbuat baik mesti ada yang pandang dengan lain macam
Curahan rasa beckhrooy @ ..Kembali Guna Nuffnang
pembantu perancang = assistant planner … kareer permulaan aku kerja kilang …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Pro MLM vs Anti MLM
kemudian ..planner ..senior planner ..manager …dll
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Pro MLM vs Anti MLM
pengalaman mendewasakan kita …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Pro MLM vs Anti MLM
kalau tak jadi wakil rakyat ni
Curahan rasa abah khalisha @ ..Fesyen Janggut Yang Sangat Cool
Watak manusia memang begitu, ingin mengetahui lebih
Curahan rasa Dawaihati @ ..Selamat Tahun Baru 1434 Hijriah
ejekan, cemoohan adalah bumbu dalam setiap perjuangan
Curahan rasa Dawaihati @ ..Selamat Tahun Baru 1434 Hijriah
Betul Kang, dan semua itu dapat kita jadikan sebagai penambah motivasi kita untuk berbuat lebih baik lagi
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah
Namun saya yakin bahwa diantara yang mencemooh, pastilsah tidak sedikit juga yang mendukung.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah
iya, tidak bisa melihat kelebihan seseorang, bawaannya cemburu, dan iri hati
Curahan rasa karakter pendidikan @ ..Benarkah Bumi Akan Gelap Tanggal 23 dan 25 Desember 2012
HMM sedih saye baca artikel harini dari denaihati ape2 pun teruskan kehidupan jgn di toleh ke belakang pekakkkan telinga keraskan hati apa org nk katakan mungkin pada suatu hari nanti ada orang yg memahami kenapa,bagaimana,sebab apa,tujuan dan pelbagaian lagi…saya sebagai rakan pd denaihati menyokong anda sampi bila2 jika saya berpeluang mcm anda lakukan sekarang saya akan buat walaupun perkkara tersebut mendapat tentang,cemuhan dan ejekkan HIDUP UNTUK MEMBERI!!!!
Curahan rasa latif @ ..Terpilih Untuk Contest “iPhone 5 Gadget Impian”
selagi apa yang dilakukan itu adalah benar, maka cemoan atau sindirian itu adalah dsalah…
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Tips dan Cara Membuat Brownies Kukus
Pada dasarnya mereka yang mencemooh adalah yang iri atau tidak bisa berbuat untuk kebaikan orang lain
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Bidadari-Bidadari Surga
Comments are closed.