Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini part ke-16 sambungan “Kisahnya Secebis Hati“ hasil coretan dari Penderma HATI, Ahmad Khariri. Kalau belum baca episod awal Part 1 hingga 15 yang dipublish sebelum ni bolehlah KLIK DI SINI. Rakan Blogger boleh menjemput Saudara Ahmad Khariri untuk sessi Motivasi berkongsi pengalaman dan juga kepada yang teringin mempromosikan bisnes isteri beliau sila klik – Bunga Telur Teddy Bear.
Pesakit Bengkak Hati : Allahyarham Adik Mohd Yohitt Bin Mohd Farhan Kutty Krishnan
Penderma Hati : Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop
Tarikh pembedahan pemindahan hati (Liver Transplant) : 18 Disember 2004
Tarikh Adik Yohitt meninggal dunia : 28 Januari 2005
Hari yang dinantikan telah tiba. Sebuah klinik di Petaling Jaya saya kunjungi untuk sesi temubual oleh Doktor Pakar Sakit Jiwa. Saya ditemani oleh isteri namun saya minta beliau tunggu diluar bilik sahaja. Saya tidak mahu beliau tertekan dengan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh doktor ini. Saya yakin isteri saya tidak mampu menghadapi tekanan itu kerana ianya bukan seperti temubual yang dijangkakan. Semua ini hasil khidmat nasihat saudara Wan Hafizam.
Di dalam bilik ini saya hanya berdua dengan doktor tersebut dan ianya berlangsung lebih kurang dua jam. Sebelum ini ketika berjumpa dengan Dato’ Dr KC Tan tidaklah seteruk yang saya hadapi ketika ditemubual oleh doktor pakar sakit jiwa ini. Walaupun perbualannya hanya seperti berbual-bual biasa tetapi isi perbualan tersebut seolah-olah ‘peluru’ yang ditembak secara senyap. Wajah doktor itu sentiasa tenang dan mulut beliau tidak lekang senyuman. Saya sudah bersedia sebenarnya dengan keadaan ini.
“Doktor itu akan psiko kau dengan soalan-soalan yang merepek! Buat tak layan dan kau balas sahaja jawapan yang kau fikirkan logik!” Pesan Wan Hafizam sebelum kami menamatkan perbualan.
Antara soalan-soalan dari pakar sakit jiwa ini ialah:
- Mengapa awak teringin sangat hendak dermakan organ kepada orang yang awak tidak kenal?
- Awak waras ke?
- Konon-konon awak ingin menjadi hero di negara ke?
- Bayi itu ada mak, ayah dan keluarga dia. Biarkan dia dengan keluarga dia. Buat apa nak sibuk-sibuk hal keluarga orang lain?
- Berapa (RM) keluarga itu beri kepada awak?
- Awak ada keluarga, sekiranya awak mati atau sakit selepas pembedahan itu, siapa yang akan menjaga dan menanggung keluarga awak?
- (Ini adalah soalan yang buat saya bertambah ‘panas’ tetapi saya cuba tenangkan diri) Saya dimaklumkan oleh doktor pakar dari Kementerian Kesihatan, walaupun bayi itu akan dibedah dan digantikan oleh organ awak, dia akan mati juga. Buat apa hendak membazirkan masa dan wang?
Apa jawapan anda semua sekiranya ditanya dengan soalan-soalan seperti ini?
Walaupun saya sedar ianya hanya psiko untuk melihat sejauh mana saya benar-benar ingin mendermakan sebahagian hati saya namun adalah tidak wajar kerana soalan-soalan ini mengundang rasa yang tidak selesa kepada saya. Adakah setiap perkara kebaikan yang ingin kita lakukan perlu lalui soalan-soalan seperti ini? Mengapa tidak diberikan galakan dengan cara yang lebih menyenangkan semua pihak? Alangkah sedih sekiranya keluarga pesakit ini tahu beginilah yang terjadi dan seolah-olah anak kecil yang menderita kesakitan ini di’permain’kan perasaan dan maruah mereka.
Saya berikan contoh begini. Seorang OKU yang menghadapi masalah penglihatan sedang berusaha untuk melintas jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Ramai yang memerhatikan dan ingin membantu insan OKU ini. Tiba-tiba datang seorang ‘manusia’ membawa sepanduk yang tertulis seperti ini..
“Jangan cuba membantu OKU ini kerana kereta sedang banyak di jalan raya. Adalah dikhuatiri sekiranya anda membantu OKU ini anda akan mengalami kemalangan dan mungkin mati.”
Walaupun ianya hanya contoh atau perumpamaan kepada niat kita yang ingin membantu tetapi perlukah kita dididik dengan ‘amaran’ seperti ini? Adakah ini yang dinamakan keperihatinan sesama manusia?
Di dalam bilik ini semakin PANAS dan bukan kerana kepanasan cuaca tetapi kerana sesi temubual ini telah bertukar kepada sesi menghentam saya! Kredibiliti seorang doktor pakar sakit jiwa sudah saya tidak hormati lagi apabila ayat-ayat seperti mati, hero, tidak selamat, simpati, mengemis, biarkan sahaja, waris dan pelbagai lagi yang keluar dari mulut pakar ini. Saya rasa muka saya sudah ‘merah padam’ menahan marah dan kesabaran saya benar-benar telah diuji oleh doktor pakar ini. Walaupun saya diminta bersabar namun adakalanya saya terpaksa meninggikan sedikit nada suara saya terutama apabila ada soalan-soalan yang ditujukan kepada saya melibatkan kemanusiaan dan maruah seorang manusia.
Sesi temubual ini berakhir dengan saya betul-betul ‘puas dihentam’ dan mengalami tekanan emosi yang hebat. Mungkin doktor tersebut beranggapan beliau baru sahaja berjaya membuatkan saya berfikir untuk menarik diri daripada mendermakan hati saya kepada Adik Atiqah, namun sebenarnya beliau telah tersilap! Walaupun emosi saya sedikit terganggu namun saya telah bertekad apa jua yang terjadi (dengan izin Allah SWT), saya tidak akan berpatah balik dan menyerah kalah hanya kerana beberapa orang yang sedaya upaya membuatkan saya lemah semangat.
Isteri saya perasan perubahan saya sejurus saya keluar daripada bilik doktor pakar tersebut. Beliau tidak banyak bertanya dan hanya memberikan kata-kata semangat agar saya kembali tenang dan kuat. Kata-kata itu walaupun sudah lali kepada saya, namun sebenarnya itulah yang diharapkan oleh seorang suami apabila menghadapi situasi seperti ini. Saya tidak banyak bercakap dan terus menuju ke kereta untuk pulang ke rumah dengan segera. Di dalam kereta juga saya tidak bersuara dan fikiran saya sentiasa teringat kata-kata kurang sopan doktor tersebut tentang niat saya ini.
Saya rasakan tubuh badan saya berbeza seperti sediakala. Terasa panas sejuk tidak menentu. Kepala terasa berat dan jantung saya berdegup laju. Sedih, kecewa, ingin menangis semuanya ada ketika ini. Saya kurang pasti mengapa situasi ini terjadi.
Malam itu saya diserang demam panas!
Bersambung …
43 Comments
fuuuhhh…. boleh tahan jugak soalan doktor tu… memang dia disuruh tanya soalan macam tu kut.. sabar je lah..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Anarm.net
kalau kid nak marah ke ape? stress dengan soalan tu
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Habis Dah Baucar Buku
apa punya mentaliti yer…
org berhati mulia nak dermakan organ pun banyak soal
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Yang paling peramah di bulan Januari & Februari 2013
entah laah.. adakah ia satu prosedur dalam bidang kedoktoran itu.. adeeeh, sakit jiwa. hehee
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Anarm.net
Tak lelah menghadapi berbagai cabaran dan ujian demi melakukan hal yang mulia
psiko balik doktor tu. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Bukan gua tak nak main Adsense..
yer benar soalan yg dilemparkan itu sukar dijawab….memang betul kalo dgr soalan camtu rasa panaassss jer….tapi apa kan daya….janji nawaitu niat baik tu ada….
Curahan rasa Norizwan @ ..Contest kaca mata PapaMifz.com
bukan calang2 orang menjawab dan bertahan dengan soalan mcm tu….
Curahan rasa staibaqhang @ ..Bergembira di taman permainan
saya pon tak tahan… doktor tu yang tak betul sebenarnya. ahha
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Habis Dah Baucar Buku
Soalan2 yang begitu susah untuk dijawabbb
Curahan rasa Aiman Aziz @ ..Blogger ‘Famous’ tidak reti bercakap?
Soalan Itu adalah salah satu ujian atau tantangan bagi niat yang baik si pederma
kenapa susah sangat jalan untuk membantu orang lain
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa Kataku tentang Brand Denaihati Bagian 2
ini kerana Tuhan nak uji kesabaran dan iman kita…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Terkena Sihir
Tuhah mahu lihat sama ada hambaNya sabar atau tidak
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Habis Dah Baucar Buku
Niatan yang baik untuk mengadakan psikotes seharusnya pula dilakukan dengan cara yang bijak pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mengurus Akte Kelahiran
Kita umpakan coba balik bila anak dokter tersebut yang mengalami sakit seperti adik Mohd Yohitt…terus kita tanyakan hal itu kepada dokternya. Apakah sang dokter juga berpangku tangan tanpa usaha untuk menolong anaknya…Saya kita dokter tersebut akan berpikir seribu kali untuk menanyakan hal itu
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mengurus Akte Kelahiran
Saya hanya membaca soalan dokter jiwa itu sudah demam rasanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Orang Terkaya Di Dunia Versi Majalah Forbes 2013
namun saya yakin soalan seperti itu semata-mata menag untuk menguji ketuluisan hati AbangKhai
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Orang Terkaya Di Dunia Versi Majalah Forbes 2013
Dan saya sangat yakin, bahwa seberat apapun tantangannya, AbangKhai akan tetap teguh dengan tujuannya yang mulia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Orang Terkaya Di Dunia Versi Majalah Forbes 2013
doktor tu yang sakit jiwa… geram je soalan gitu..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Moden VS Tradisional
apa pon anda seorang pewira…..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Moden VS Tradisional
teringin sangat nak jumpa doktor tu.. nak berkenalan.. heeeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Giliran Sudah Tiba
fuh soalan-soalan tuh memang mencabar kesemuanya…namun jika benar2 ikhlas untuk menderma sudah tentu akan dipermudahkan oleh-Nya…
Curahan rasa papa mifz @ ..Pemenang iPhone 5 Sertai Contest Kaca Mata PapaMifz.com
Soalan yang bener2 bisa menyurutkan semangat memberi
Jika soalan itu diajukan pada sembarang orang, mungkin bisa menjadikan niat baiknya urung dilaksanakan
Namun tidak untuk tuan Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop yang benar2 ikhlas
tentu tidak Kang,… karena semua itu sudah disiapkan dari jauh hari dengan tulus dan ikhlas.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Orang Terkaya Di Dunia Versi Majalah Forbes 2013
memang orang-orang pilihan dan sangat bersabar
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa Kataku tentang Brand Denaihati Bagian 2
Ini juga sebagai langkah ujian keteguhan hati dari Sang Dokter buat pendonor.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Orang Terkaya Di Dunia Versi Majalah Forbes 2013
Dan saya rasa soalan yang sama akan diberikan kepada setiap yang mau menjadi pendonor
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Orang Terkaya Di Dunia Versi Majalah Forbes 2013
Bahaya betul soalan-soalan yang diberikan… walaubagaimanapun soalan-soalan tersebut tidak berjaya mematahkan semangat tuan penderma… Ini menunjukkan beliau benar-benar ikhlas untuk menderma…. Tahniah…
Curahan rasa Anuar @ ..Teknik Pemasaran 5 – Pemasaran Unik (Unique Selling Proposition) – USP
Comments are closed.