Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kisah Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan yang berasal dari Pulau Pinang.
Dikatakan video yang tular adalah video sebelum dia dianugerahkan Juara Dewi Remaja 2018/2019. Perkara tersebut telah berlaku sebulan sebelum acara itu. Ketika malam kemenangan Haneesya Hanee, dia berada di rumah keluarganya.
Ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda tampil memberikan kenyataan berhubung penularan video tersebut di akaun Facebooknya. Menurut ibunya, sebelum ini dia mengawasi gerak-geri Haneesya dan akan sentiasa bersama walau kemana sahaja.
“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,” Haneesya
as salam kepada semua famili, sahabat dan supporters.. me as mother to Haneesya memohon ampun dan maaf cos my dghter dah let semua org down.. tapi itu bukan salah dia.. itu salah me as a mother yg tak pandai mendidik anak.. i just push her too hard agar dia tak repeat mistake yg i pernah lalui dlm hidup i.. Haneesya telah lakukan kesilapan yg sukar di terima semua org.. tapi percaya lah kesilapan yg dia lakukan adalah kerana dia terlalu tertekan hidup menjadi my dghter yg nak kan kesempurnaan.. tolong maafkan dia dan jgn lagi di ungkit aib dia.. beri masa utk me perbaiki kesilapan i mendidik anak.. dia anak yg baik yg tak pernah abai tanggung jawab sebagai anak.. dia selalu pimpin tangan saya naik dan turun tangga n i juga pimpin tangan dia masa dia belajar dlm industry ini n now masa i utk pegang tangan dia disaat dia jatuh bila allah beri dia teguran.. allah bukan sengaja menegur dia dgn keras tapi kerana allah sayang dia dan saya agar saya tak leka jadikan dia MALAIKAT.. dan dia tidak leka jadi SYAITAN.. beri lah masa, ruang dan peluang utk kami berdua perbaiki kesilapan yg terjadi ini.. buat semua keluarga n supporters yg tak jemu support kami ucapkan jutaan terima kasih.. pd yg belum saya tengok msg anda saya minta maaf.. pd yg menepuk tangan penuh sindiran atas ujian yg allah bagi pd kami.. terima kasih juga kerana disaat anda mengeji allah tunjukkan siapa yg masih iklas bersama kami.. kepada mereka yg sanggup dtg kerana risau keadaan kami n call memberi kata kata semangat hanya allah saja yg mampu memberi kebaikan di atas sokongan anda yg tak berbelah bagi.. terima kasih kerana masih percaya dan memberi peluang kepada haneesya utk buktikan dia bukan FAKE.. tapi insan yg baik hati yg menjadi mangsa ibu ug inginkan kesempurnaan menjadi insan dan anak terbaik.. MAAFKAN SAYA
GELARAN Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee di malam kemuncak Dewi Remaja, pada Ahad, telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja.
Pengumuman tersebut dibuat di pejabat Nu Ideaktiv semalam. Serentak dengan itu juga, Haneesya turut menyerahkan mahkota kemenangan, trofi serta selempang Dewi Remaja.
Menurut Editor Remaja, Faiz Aiman, gelaran tersebut ditarik kerana Haneesya Hanee telah melanggar syarat-syarat Dewi Remaja seperti yang telah ditandatanganinya sebelum memasuki pertandingan ini.
Pada pandangan umum, melihat ianya suatu kejadian yang sudah tentu ada hikmahnya. Perkara yang terjadi juga membuat hati ramai ibu-ibu tersentuh. Mereka yang mempunyai anak perempuan, faham akan perkara ini. Anak-anak yang meningkat remaja dan dewasa, adakalanya memerlukan ruang untuk merasai kehidupan sendiri.
Namun apa yang sering dirisaukan dan dikesalkan adalah mungkin adakalanya ‘tergelincir’ sedikit daripada kehidupan yang baik bersama keluarga sebelum ini. Moga semuanya menjadi pengalaman dan pengajaran terbaik tidak kira anak, ibu dan juga masyarakat sekeliling.
12 Comments
Jīngrén de wénzhāng wěidà de gōngzuò zhuàn qǔ zìyóu de Robux – yòng Robux jiěsuǒ nǐ de xiǎngxiàng lì. Nín kěyǐ shǐyòng zhèxiē jīfēn duìhuàn gè zhǒng jiǎnglì, bāokuò nín kěyǐ yòng lái gòumǎi Robux de xiànjīn, zhè shì rèmén MMO Roblox de yóuxì bì! Shǐyòng nǐ de Robux wèi nǐ de tóuxiàng gòumǎi shēngjí hé tèshū nénglì.
赚取免费的Robux
terima kasih sudah di share semoga bermanfaat untuk yang lain nya . i lime it thank,s
sebenarnya anak anak ni pandai bermuka muka depan parents. yang penting kena pandai cari kawan.. kawan yang baik tak bawak kita ke tempat tempat mcm tu
Allah masih bagi peluang untuk berubah, sebab yang ditarik gelarannya dewi remajanya dan bukan nyawanya.
Curahan rasa ajumohit @ ..Adam sakit perut, ingatkan gastrik rupanya sebab selalu tahan berak
Betul Aju. DIA menegur cepat supaya kita tidak terus terleka dengan hiburan dunia ni. Alhamdulillah
Gelaran dewi remaja kena tarik balik tak mengapa, asal jangan Allah tarik iman kita sampai terlupa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan Produk RM28 Juta Dari Shopee
Ada hikmah disebaliknya. Sy friend dengan ibu beliau dalam fb. Semoga kisah ini dijadikan iktibar buat anak remaja yang lain.
“Sesungguhnya arak itu haram utk diteguk oleh umat islam”
Curahan rasa Cikza @ ..Rancang Kehamilan Selepas Keguguran Dengan D’ Folia Dan Sedu Arrow
Ibu bapa sebenarnya tidak boleh bergantung kepada ‘keupayaan dan ilmu’ mereka semata-mata untuk mendidik anak. Kalau ibubapa yakin dengan didikan sendiri hingga ‘terlupa’ yang mendidik dan membimbing itu sebenarnya adalah Allah….ddikan ibubapa itu tidak akan ke mana.
Curahan rasa ahmadyani @ ..9 Faktor Menjadikan Destinasi Ini Tempat Bercuti Terbaik Di Dunia
saya pun ada anak perempuan…dan saya memang risau juga dengan mereka..
lebih senang jaga anak lelaki berbanding jaga anak perempuan nie
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Hari Sebelum Tibanya Tarikh Kes Perceraian
Saya pun risau juga dengan 3 orang anak perempuan saya. Semoga Allah lindungi mereka
Semua yang telah terjadi adalah atas kehendak Allah jua. Apa yang ibubapa kita lakukan pasti ada kebaikannya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..AEON Bandar Baru Nilai di Buka Secara Rasmi 17/1/2019
Ada hikmah disebalik semua ini. Kembali lah kepada fitrah Islam yang sebenar-benarnya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..AEON Bandar Baru Nilai di Buka Secara Rasmi 17/1/2019
Comments are closed.