Kisah Haneesya Hanee Dewi Remaja buat ramai ibu terasa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan yang berasal dari Pulau Pinang.

Dikatakan video yang tular adalah video sebelum dia dianugerahkan Juara Dewi Remaja 2018/2019. Perkara tersebut telah berlaku sebulan sebelum acara itu. Ketika malam kemenangan Haneesya Hanee, dia berada di rumah keluarganya.

Ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda tampil memberikan kenyataan berhubung penularan video tersebut di akaun Facebooknya. Menurut ibunya, sebelum ini dia mengawasi gerak-geri Haneesya dan akan sentiasa bersama walau kemana sahaja.

“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.

“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,”  Haneesya

as salam kepada semua famili, sahabat dan supporters.. me as mother to Haneesya memohon ampun dan maaf cos my dghter dah let semua org down.. tapi itu bukan salah dia.. itu salah me as a mother yg tak pandai mendidik anak.. i just push her too hard agar dia tak repeat mistake yg i pernah lalui dlm hidup i.. Haneesya telah lakukan kesilapan yg sukar di terima semua org.. tapi percaya lah kesilapan yg dia lakukan adalah kerana dia terlalu tertekan hidup menjadi my dghter yg nak kan kesempurnaan.. tolong maafkan dia dan jgn lagi di ungkit aib dia.. beri masa utk me perbaiki kesilapan i mendidik anak.. dia anak yg baik yg tak pernah abai tanggung jawab sebagai anak.. dia selalu pimpin tangan saya naik dan turun tangga n i juga pimpin tangan dia masa dia belajar dlm industry ini n now masa i utk pegang tangan dia disaat dia jatuh bila allah beri dia teguran.. allah bukan sengaja menegur dia dgn keras tapi kerana allah sayang dia dan saya agar saya tak leka jadikan dia MALAIKAT.. dan dia tidak leka jadi SYAITAN.. beri lah masa, ruang dan peluang utk kami berdua perbaiki kesilapan yg terjadi ini.. buat semua keluarga n supporters yg tak jemu support kami ucapkan jutaan terima kasih.. pd yg belum saya tengok msg anda saya minta maaf.. pd yg menepuk tangan penuh sindiran atas ujian yg allah bagi pd kami.. terima kasih juga kerana disaat anda mengeji allah tunjukkan siapa yg masih iklas bersama kami.. kepada mereka yg sanggup dtg kerana risau keadaan kami n call memberi kata kata semangat hanya allah saja yg mampu memberi kebaikan di atas sokongan anda yg tak berbelah bagi.. terima kasih kerana masih percaya dan memberi peluang kepada haneesya utk buktikan dia bukan FAKE.. tapi insan yg baik hati yg menjadi mangsa ibu ug inginkan kesempurnaan menjadi insan dan anak terbaik.. MAAFKAN SAYA

GELARAN Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee di malam kemuncak Dewi Remaja, pada Ahad, telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja.

Pengumuman tersebut dibuat di pejabat Nu Ideaktiv semalam. Serentak dengan itu juga, Haneesya turut menyerahkan mahkota kemenangan, trofi serta selempang Dewi Remaja.

Menurut Editor Remaja, Faiz Aiman, gelaran tersebut ditarik kerana Haneesya Hanee telah melanggar syarat-syarat Dewi Remaja seperti yang telah ditandatanganinya sebelum memasuki pertandingan ini.

Pada pandangan umum, melihat ianya suatu kejadian yang sudah tentu ada hikmahnya. Perkara yang terjadi juga membuat hati ramai ibu-ibu tersentuh. Mereka yang mempunyai anak perempuan, faham akan perkara ini. Anak-anak yang meningkat remaja dan dewasa, adakalanya memerlukan ruang untuk merasai kehidupan sendiri.

Namun apa yang sering dirisaukan dan dikesalkan adalah mungkin adakalanya ‘tergelincir’ sedikit daripada kehidupan yang baik bersama keluarga sebelum ini. Moga semuanya menjadi pengalaman dan pengajaran terbaik tidak kira anak, ibu dan juga masyarakat sekeliling.


Spread the love

12 Comments

  1. Jīngrén de wénzhāng wěidà de gōng​​zuò zhuàn qǔ zìyóu de Robux – yòng Robux jiěsuǒ nǐ de xiǎngxiàng lì. Nín kěyǐ shǐyòng zhèxiē jīfēn duìhuàn gè zhǒng jiǎnglì, bāokuò nín kěyǐ yòng lái gòumǎi Robux de xiànjīn, zhè shì rèmén MMO Roblox de yóuxì bì! Shǐyòng nǐ de Robux wèi nǐ de tóuxiàng gòumǎi shēngjí hé tèshū nénglì.
    赚取免费的Robux

  2. sebenarnya anak anak ni pandai bermuka muka depan parents. yang penting kena pandai cari kawan.. kawan yang baik tak bawak kita ke tempat tempat mcm tu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!