Kisah dan Review Filem 3AM

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Lima belas tahun yang lalu, berlaku satu pembunuhan kejam dan ngeri di Pahang. Kejadian ini tidak mendapat liputan luas di media atas sebab-sebab tertentu dan  tiada sesiapa yang tahu mengenai perkembangan kes ini.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Selepas tragedi itu, tiada siapa yang menghuni rumah tersebut dan ia kekal menyimpan misterinya sehingga menjadi kawasan terbiar.

Igauan ngeri dari rumah tersebut sering menghantui penduduk sekitar. Antaranya terdengar bunyi yang aneh dan seperti laungan serta jeritan ngeri hampir setiap malam dari pekarangan rumah tersebut.

Sekumpulan remaja dan seorang penyiasat persendirian telah membuat keputusan untuk mengkaji sendiri misteri yang tersirat di sebalik laungan-laungan yang datang dari rumah itu.

Apakah mereka berjaya mendapatkan jawapannya sepertimana diceritakan oleh penduduk sekeliling? Filem 3 AM, ada jawapannya.

Filem 3AM terbitan Produksi Bright Sun Media Sdn Bhd merupakan filem sulung garapan pengarah, Azlan Shahril ini memaparkan keunikan dari sudut sinematografi berunsurkan seram, di mana elemen teruja akan membuatkan penonton lebih ternanti-nanti apa berlaku kepada babak seterusnya.

Dimulakan dengan animasi, menjadikannya babak ini amat penting bagi membentuk filem secara keseluruhan. Setiap adegan dipenuhi tanda tanya dan penonton akan sentiasa berdebar untuk menantikan apa kesudahannya.

Bagaimana mereka berjaya atau sebaliknya membongkar kisah misteri di rumah itu.

Tumpuan utama filem ini adalah rumah itu sendiri dan penonton disajikan dengan elemen suspen ketika menonton filem itu sendiri. Tambahan pula, kehadiran pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Norman Hakim meningkatkan lagi jangkaan filem ‘3am’ ini.

Pelakon hebat dalam 3AM

Dua figura dalam menghayati watak dan cerita tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah dengan gandingan watak sampingan seperti A Galak, Dynas Mokhtar dan Allana Amir yang memukau, ditambah iringan rumut bunyi serta audio debar yang dramatik, ia cukup mengagumkan!

Tarikh Siaran : 06 Dis 2018
Bahasa : Melayu
Sarikata : Bahasa Inggeris
Genre : Seram / Thriller
Durasi filem : 82 minit
Pengarah : Azlan Shahril
Pelakon : Norman Hakim, Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, A. Galak, Rahim Omar, Allana Amir
Pengedar : Bright Sun Media Sdn Bhd

Ia mengabungkan animasi, paranormal and lakonan biasa. Audio tidak begitu baik tetapi tidak menghampakan. 

Ditayangkan di pawagam pada 6 Disember lalu, 3AM menjadi sebahagian pengalaman dan kepuasan kepada para pemburu kisah seram bertemakan pembunuhan ngeri. Selamat menonton!

Kredit : Sinar Harian


Spread the love

53 Comments

  1. Dah lama tak tengok filem melayu dekat pawagam… Dapat sesekali tengok filem Melayu mesti best… Lebih-lebih lagi filem seram macam ni..

  2. Seram tak seram, tengok first poster tu pon dah meremang bulu roma. Filem seram, kalau ada Dynas, pasti aura seram dia lain macam..

  3. judul agak menarik cuma tiada dimasukkan unsur seram..

    sekiranya cuma diwar-war 3AM ramai yang tidak akan tahu cerita ini adalah cerita seram

  4. Kenapa tak berapa tahu mengenai filem ini? Mungkin kurang promosi agaknya. Adakalanya suka juga menonton filem seram, tapi lepas tu seram sendiri. hehehe.

  5. Tajuk pun dah menggambarkan cerita nih cerita seram, haduih tak kuat semangat lah nak nengok citer seram nih.. terbawak2 nanti.

    1. Iyer lah, kalau tak baca kat DH nih tak tau pun kewujudan cerita nih kat panggung wayang, memang kurang promosi lah cerita nih.

    1. Kan..kalu nonton dengan pasangan takde nak takut sangat kot.. sebab kompem akan menyembamkan muke kat badan dia ke… tangan dia ke.. eeee

  6. sejujurnya kurang berani nak menonton cerita seram kerana daya imaginasi saya sangat tinggi…

    saya boleh terbawa-bawa kepada kehiduapn sebenar.

    itulah yang tak syoknya

    namun tidak kepada orang lain..

    apapun memang ada peminat cerita seram dan semoga mereka gembira menonton cerita sebegini
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk DitaklukiMy Profile

    1. Haha.. sama lah kita, kalu pas tengok cerita cerita seram nih, nak ke toilet pun nak anak suami or anak temankan wey… haduihh serammm

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!