Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lima belas tahun yang lalu, berlaku satu pembunuhan kejam dan ngeri di Pahang. Kejadian ini tidak mendapat liputan luas di media atas sebab-sebab tertentu dan tiada sesiapa yang tahu mengenai perkembangan kes ini.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Selepas tragedi itu, tiada siapa yang menghuni rumah tersebut dan ia kekal menyimpan misterinya sehingga menjadi kawasan terbiar.
Igauan ngeri dari rumah tersebut sering menghantui penduduk sekitar. Antaranya terdengar bunyi yang aneh dan seperti laungan serta jeritan ngeri hampir setiap malam dari pekarangan rumah tersebut.
Sekumpulan remaja dan seorang penyiasat persendirian telah membuat keputusan untuk mengkaji sendiri misteri yang tersirat di sebalik laungan-laungan yang datang dari rumah itu.
Apakah mereka berjaya mendapatkan jawapannya sepertimana diceritakan oleh penduduk sekeliling? Filem 3 AM, ada jawapannya.
Filem 3AM terbitan Produksi Bright Sun Media Sdn Bhd merupakan filem sulung garapan pengarah, Azlan Shahril ini memaparkan keunikan dari sudut sinematografi berunsurkan seram, di mana elemen teruja akan membuatkan penonton lebih ternanti-nanti apa berlaku kepada babak seterusnya.
Dimulakan dengan animasi, menjadikannya babak ini amat penting bagi membentuk filem secara keseluruhan. Setiap adegan dipenuhi tanda tanya dan penonton akan sentiasa berdebar untuk menantikan apa kesudahannya.
Bagaimana mereka berjaya atau sebaliknya membongkar kisah misteri di rumah itu.
Tumpuan utama filem ini adalah rumah itu sendiri dan penonton disajikan dengan elemen suspen ketika menonton filem itu sendiri. Tambahan pula, kehadiran pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Norman Hakim meningkatkan lagi jangkaan filem ‘3am’ ini.
Pelakon hebat dalam 3AM
Dua figura dalam menghayati watak dan cerita tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah dengan gandingan watak sampingan seperti A Galak, Dynas Mokhtar dan Allana Amir yang memukau, ditambah iringan rumut bunyi serta audio debar yang dramatik, ia cukup mengagumkan!
Tarikh Siaran : 06 Dis 2018
Bahasa : Melayu
Sarikata : Bahasa Inggeris
Genre : Seram / Thriller
Durasi filem : 82 minit
Pengarah : Azlan Shahril
Pelakon : Norman Hakim, Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, A. Galak, Rahim Omar, Allana Amir
Pengedar : Bright Sun Media Sdn Bhd
Ia mengabungkan animasi, paranormal and lakonan biasa. Audio tidak begitu baik tetapi tidak menghampakan.
Ditayangkan di pawagam pada 6 Disember lalu, 3AM menjadi sebahagian pengalaman dan kepuasan kepada para pemburu kisah seram bertemakan pembunuhan ngeri. Selamat menonton!
Kredit : Sinar Harian
53 Comments
dengarnya ada seorang vlogger dpt warning dari penerbit filem. sebab dia review negatif
Ohhh, tak boleh eh review negatif? Kalau kritikan yang membina kena lah berhati terbuka untuk terima pandangan.
Dah lama tak tengok filem melayu dekat pawagam… Dapat sesekali tengok filem Melayu mesti best… Lebih-lebih lagi filem seram macam ni..
sama lah. last tengok filem melayu Pisau Cukur. dah lama dah tu.. filem melayu sekarang dah banyak dpt kutipan
Dapat tengok filem seram macam ni tengah-tengah malam memang best… Mahu tak dapat tidur malam dibuatnya
Macam suspen dan menyeramkan jer filem ni.. walaupun dah lebih seminggu masuk pawagam, tapi saya belum pernah lagi tengok cerita ni
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Seram tak seram, tengok first poster tu pon dah meremang bulu roma. Filem seram, kalau ada Dynas, pasti aura seram dia lain macam..
judul agak menarik cuma tiada dimasukkan unsur seram..
sekiranya cuma diwar-war 3AM ramai yang tidak akan tahu cerita ini adalah cerita seram
Kenapa tak berapa tahu mengenai filem ini? Mungkin kurang promosi agaknya. Adakalanya suka juga menonton filem seram, tapi lepas tu seram sendiri. hehehe.
dengar cerita pihak penerbit dan pengarah akan saman mana mana pihak yang cuba memberikan review buruk atau menghina filem ni. betul ke?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify Review dari Lazada
lately, ramai yang bagi bad review pasal filem ni, belom kesempatan nak tengok. Tp insha allah nak g tengok nanti.
Curahan rasa cikzacom @ ..Resipi Bihun Hailam Senang,Mudah,Ringkas Dan Sedap
pengarah dah warning, siapa yang bagi bad review, mereka akan saman penulis blog dan vlogger. seram bukan?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify Review dari Lazada
Nanti bolehlah filem seram Malaysia ni ‘berlawan’ dengan filem seram Indonesia dan Thailand. 2 negara ni memang pakar dalam penghasilan filem seram. Filem seram Malaysia sudah masuk gelanggang!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Hot!!! 10 Ebook Terlaris Terbitan Klikjer Bulan November 2018
Tajuk pun dah menggambarkan cerita nih cerita seram, haduih tak kuat semangat lah nak nengok citer seram nih.. terbawak2 nanti.
tak berapa aware sangat dengan filem ini. mungkin kurang promosi. yang minat genre seram dan misteri wajib tengok ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify Review dari Lazada
Iyer lah, kalau tak baca kat DH nih tak tau pun kewujudan cerita nih kat panggung wayang, memang kurang promosi lah cerita nih.
AKu pun tak tahu gak bila main citer ni di panggung. Ke belum main lagi? ke dah lepas ni? heheh
Kalau tgk sorang memang takut cerita seram ni..kalau berdua dengan suami tak lah takut sebab boleh tekup muka kat badan dia🤗
Kan..kalu nonton dengan pasangan takde nak takut sangat kot.. sebab kompem akan menyembamkan muke kat badan dia ke… tangan dia ke.. eeee
hee.. kawan saya ada sorg yang suka tgk citer seram sorg sorg. Dia cakap feel seram tu yang best
Filem harus tonton tak ni? Boleh tonton tapi kene tutup mata.. harap dapat baca lagi banyak review dari peminat-peminat movie genre seram..
Curahan rasa Ooh Deo @ ..CARA BERKESAN MERAWAT SENGGUGUT
filem seram memang menjadi kegemaran ramai sebab buat kita takut walhal ia cuma lakonan shj
terbaca review di fb tadi. teruk juga review tu. tapi lain org lain pendapat kan
Itulah. Saya dah lama tinggal menonton cerita seram ni. Kadang malas nak tengok sebab satgi ternampak benda pelik pelik pulak.
Ala, rugi la kalau tengok citer seram tak tutup mata. Kena la buka mata dan menghayti. Baru best
sejujurnya kurang berani nak menonton cerita seram kerana daya imaginasi saya sangat tinggi…
saya boleh terbawa-bawa kepada kehiduapn sebenar.
itulah yang tak syoknya
namun tidak kepada orang lain..
apapun memang ada peminat cerita seram dan semoga mereka gembira menonton cerita sebegini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki
Haha.. sama lah kita, kalu pas tengok cerita cerita seram nih, nak ke toilet pun nak anak suami or anak temankan wey… haduihh serammm
hahah daya imaginasi sangat tinggi bro tu yang unik. Ke hijab bro tak ditutup, boleh nampak apa saja?
Comments are closed.